Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera


 
Pertemuan mengejut melibatkan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di WTCKL semalam yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan untuk terus memaksa PRU15 diadakan segera, akhirnya tidak dihadiri oleh Ismail Sabri Yaakob.
Ini bermakna Perdana Menteri tidak berasa terkejut dengan jemputan secara mengejut yang kononnya ada sesuatu yang segera serta mustahak untuk dibincangkan.
Selain Ismail Sabri, turut tidak hadir dalam pertemuan yang dikatakan dihadiri oleh seramai 158 daripada 191 Ketua Bahagian itu ialah seorang lagi Naib Presiden UMNO, Mahadzir Khalid.
Berdasarkan maklumat yang diterima, apa yang didakwa sebagai pertemuan segera dan mustahak itu tidak lain hanyalah untuk mendesak agar Ismail Sabri membubarkan Parlimen dengan segera, di samping angka sebenar Ketua Bahagian yang hadir cumalah sekitar 70 orang saja.
Angka 158 sebaliknya hanya disebut oleh salah seorang Ketua UMNO Bahagian, Jamal Md Yunos.
Sudah banyak kali desakannya tidak jalan, kali ini beliau nampaknya mahu mendapat mandat daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian, bukan saja agar desakan itu diteruskan, bahkan mungkin disusuli dengan usul dalam persidangan tahunan cawangan yang sedang berlangsung sekarang, diikuti usul dalam mesyuarat perwakilan bahagian kemudiannya.
Berdasarkan sudah banyak kali desakan serupa dilakukan, malah dua hari pun Zahid Hamidi turut bercakap tentang pilihan raya awal, pertemuan semalam itu sebenarnya tiada apa-apa yang luar biasa.
Ia tidak lebih menyerlahkan keterdesakan Presiden UMNO itu yang mahu agar pilihan raya diadakan serapa segera yang boleh.
Mungkin juga Zahid Hamidi cuba mengambil kesempatan dalam kedudukan Najib yang semakin hampir diputuskan nasibnya oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendesak PRU tetap disegerakan.
Namun, dengan ketidakhadiran Ismail Sabri dalam pertemuan semalam, desakan itu boleh dikata gagal dan tidak mencapai matlamatnya.
Berikutan itu, dalam pertemuan beberapa pemimpin UMNO di Seri Perdana malam tadi, Zahid Hamidi pula memutuskan tidak menghadirinya.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan diberitakan mengetuai sekumpulan pemimpin UMNO hadir dalam pertemuan tersebut.
Akhrinya, dengan Perdana Menteri tidak hadir di perjumpaan anjuran Presiden UMNO dan kemudian Presiden UMNO pula tidak hadir di pertemuan di kediaman Perdana Menteri, tiada apa kejutan bakal berlaku dalam waktu terdekat ini.
Begitu pun, dalam keadaan Perdana Menteri sudah menjawab desakan Zahid Hamidi dua hari lalu dengan mengatakan banyak isu perlu diselesailan terlebih dahulu seperti isu LCS misalnya sebelum Parlimen hendak dibubarkan dan di waktu yang sama, Najib Razak sedang berdepan saat-saat genting di mana pintu penjara kian terbuka buatnya, tindakan beliau menganjurkan pertemuan mengejut di WTCKL itu adalah tidak kena sama sekali.
Zahid Hamidi sepatutnya bertenang dahulu serta beristighfar banyak-banyak dan menunjukkan solidariti yang sesuci hati kepada Najib terlebih dahulu di hari-hari akhir penentuan hidupnya.
Bukankah beliau sendiri yang mahukan solidariti daripada UMNO diberikan kepada Najib?
Tetapi, dengan terus mendesak PRU15 diadakan seberapa segera di waktu Najib dalam kegentingan menuju laluan kehidupan, apakah desakan itu kerana petunjuk sebuah solidariti atau untuk kepentingan masa depannya sendiri?
Selain itu, sebagai Presiden UMNO juga, Zahid Hamidi harus sedar, tugas beliau ialah mengurus parti dan menentukan parti sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya.
Soal bila masa untuk membubarkan Parlimen adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri memilih waktu yang sesuai untuk menasihati Agong berkenaan dengannya.
Mendesak Perdana Menteri berkali-kali untuk menyegerakan pilihan raya bukanlah kerja atau peranan seorang Presiden UMNO.
Harus ada sedikit hormat dan berbudi bahasa kepada Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan yang disokong oleh UMNO sendiri.
Kalau Presiden UMNO sendiri tiada hormat dan tidak berbudi bahasa kepada Perdana Menteri, bagaimana Ismail Sabri sebagai “poster boy” mahu disokong dalam PRU15?
Lagi pula, selain mengambil kira persiapan parti, Perdana Menteri tentunya turut diberikan pelbagai laporan mengenai kedudukan UMNO dan kerajaan, boleh menang atau tidak jika PRU diadakan waktu ini, daripada sekian banyak badan perisikan yang ada.
Dengan itu, bila waktu untuk membubarkan Parlimen bukan boleh dibuat berdasarkan desakan semata-mata, tetapi penelitian yang mana Perdana Menteri lebih mengetahuinya berbanding Presiden UMNO.
Akhir kalam dan kepada Zahid Hamidi, cukup-cukuplah mendesak dan cuba membuat pertemuan mengejut yang sebenarnya tiada kejutan tidak ada sesiapa pun terkejut dengannya. – ShahbudinHusin 23/08/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/dalam-keadaan-najib-kian-hampir-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Segera Bukan Kerana Takut Hukuman Mahkamah Zahid Hamidi

Pru15 Segera Bukan Kerana Takut Hukuman Mahkamah Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 214 hits
Kalau kita menang saya berjanji lagi banyak yayasan yg akan kita tubuhkan
Zahid Gesa Pru 15 Di Adakan Segera Sokong Kempen Pengampunan Diraja Terhadap Najib

Zahid Gesa Pru 15 Di Adakan Segera Sokong Kempen Pengampunan Diraja Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya pilihan raya umum diadakan segera dan menyokong kempen pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak Menurut Zahid desakan UMNO supaya pilihan raya umum d...
Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

Mengapa Umno Benci Sangat Dengan Laporan Pac Takut Jerung Itu Adalah Najib Atau Zahid Ke

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 197 hits
BORHAN AHMADOrang awam di Malaysia kini keliru mengapa Umno kini benci terhadap laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara mengenai skandal kapal tempur pesisir yang melibatkan RM9 billion Adakah mereka bimbang jerung yang dimaksudkan oleh ...
Pru15 Selepas Kes Najib Dan Zahid Selesai

Pru15 Selepas Kes Najib Dan Zahid Selesai

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 253 hits
Hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab persoalan tentang bila PRU15 akan diadakan Ia akan diadakan selepas kes Najib Razak dan Zahid Hamidi selesai
Penjara Najib Permulaan Tangkap Tahan Dakwa Semua Perasuah

Penjara Najib Permulaan Tangkap Tahan Dakwa Semua Perasuah

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 137 hits
Tubuhkan PAC semak siasat semua setiap inci peruntukan di Jabatan Agensi Kerajaan Heret Dakwa penjawat awam yang menerima rasuah bersekongkol Terdapat dua bentuk kesalahan Pertama ialah di mahkamah undang undang kedua adalah kesalahan pada ...
Perhimpunan Akar Umbi Jadi Referendum Zahid Kepada Pm Supaya Pru 15 Segera

Perhimpunan Akar Umbi Jadi Referendum Zahid Kepada Pm Supaya Pru 15 Segera

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 182 hits
agendaily com27 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus mendesak Naib Presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan segera Pilihan Raya Umum Hari ini akan berlangsung satu perhimpunan khas ...
Banding Ditolak Najib Razak Divonis 12 Tahun Penjara Karena Korupsi 1mdb

Banding Ditolak Najib Razak Divonis 12 Tahun Penjara Karena Korupsi 1mdb

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 176 hits
Najib dijatuhi hukuman 12 tahun penjara atas kasus korupsi skandal 1Malaysia Development Berhad
Najib Jadi Pm Pertama Dihukum Penjara Walaupun Umno Kembali Jadi Kerajaan

Najib Jadi Pm Pertama Dihukum Penjara Walaupun Umno Kembali Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 137 hits
agendaily com24 08 2022Majoriti UMNO negeri mahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal 2023 Ironinya keputusan mahkamah semalam yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara berlaku se...
Hukuman Najib Kekal 12 Tahun Penjara Denda 210 Juta

Hukuman Najib Kekal 12 Tahun Penjara Denda 210 Juta

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 204 hits
PUTRAJAYA 23 Ogos Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Lima pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo