Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej
Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej
Secara umum, dunia ini bukan hanya didiami oleh manusia dan hidupan bernyawa yang dapat dilihat dengan mata kasar sahaja.
Hakikatnya, ia turut ‘dihuni’ oleh makhluk-makhluk lain yang terhijab daripada pandangan kita.
Makhluk halus ini hanya muncul dalam keadaan tertentu dan apabila kehadirannya dirasai atau terlihat sudah tentu rasa seram sejuk akan merayap ke seluruh tubuh.
Dengan kemajuan teknologi, ada kalanya makhluk-makhluk ghaib ini dapat ‘direkod’ menggunakan telefon pintar.
Berdiri di hujung koridor gelap
Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan penampakan makhluk halus yang dipercayai hantu bungkus atau pocong kira-kira jam 2 pagi.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @liana.ahamad di Threads, makhluk halus itu dilihat berada di hujung koridor gelap, dengan hanya lampu dari aras atas menerangi sedikit kawasan berkenaan.
Difahamkan, rakaman itu diambil oleh adiknya di sebuah kolej di Johor ketika suasana sunyi sepi, sekali gus menambah rasa seram apabila kelibat misteri tersebut muncul tanpa diduga.
“Kebetulan ketika itu dia keluar dari bilik untuk ke tandas, sebelum terlihat kelibat samar-samar berdiri di koridor
“Dalam keadaan cemas, dia terus masuk semula ke bilik untuk mengambil telefon bimbit dan merakam secara perlahan-lahan,” katanya lagi.
Lebih menyeramkan, makhluk halus tersebut dilihat melompat di hujung rakaman, sekali gus membuatkan adik kepada @liana.ahamad berasa amat ketakutan.
Menurut @liana.ahamad, adiknya yang baru semester satu sebagai pelajar sememangnya tidur awal pada waktu-waktu sebegini.
“Dia sendiri tidak pasti sama ada apa yang dilihat itu benar-benar makhluk halus atau sekadar prank
“Namun apabila difikirkan semula, siapakah pula yang sanggup menyamar menjadi ‘cik cong’, membalut seluruh badan dalam suasana sunyi dan gelap begitu?” ujar wanita itu lagi.
BACA: Tabiat Minum Kopi, Makanan Bergoreng Didakwa Punca Penggondolan Hutan

BACA: Apa Yang Untung Jadi Gen Z, Tapi Kita Gen Terdahulu Tak Pernah Dapat Dari Dulu
BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang
Sumber: @liana.ahamad via Threads
The post Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/16/pelajar-dakwa-nampak-kelibat-dipercayai-pocong-di-koridor-kolej/