Zahid Gesa Pru 15 Di Adakan Segera Sokong Kempen Pengampunan Diraja Terhadap Najib


 


KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya pilihan raya umum diadakan segera dan menyokong kempen pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak.
Menurut Zahid desakan UMNO supaya pilihan raya umum diadakan merupakan keputusan yang dibuat oleh seluruh kepimpinan parti dan tidak diputuskan secara bersendirian olehnya untuk menyelamatkan dirinya daripada kes mahkamahnya.
"Desakan supaya pilihan raya diadakan bukan isu yang baru. Ia bukan soal kita gilakan kuasa.
"Ia juga bukan soal kita gopoh, hingga ada yang menuduh sesama sendiri kononnya kita mahukan pilihan raya kerana gilakan jawatan dan gilakan kedudukan," katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di WTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Kita konsisten menuntut pilihan raya diadakan kerana kita menghormati mandat rakyat.
"Kita mahu sebuah kerajaan yang mempunyai keabsahan mandat dan bukannnya melalui percaturan politik," katanya lagi.
Zahid berucap di hadapan ribuan ahli Umno bagi menjelaskan kepada ahli parti berhubung pemenjaraan Najib baru-baru ini.
Zahid berkata UMNO telah menggesa pilihan raya umum diadakan sejak kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan pada Feb 2020 susulan Langkah Sheraton.
"Ketika kerajaan PH terbubar, semua daripada kita, tiada yang terkecuali senada mahukan pilihan raya diadakan. Kita perlu memulangkan semula mandat kepada rakyat.
"Pendirian kita konsisten sejak awal lagi. Jadi janganlah ada pula suara di antara kita sendiri, yang mula menuduh kita gopoh mahukan pilihan raya. Kita tegas dalam perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Zahid berkata walaupun perdana menteri sekarang Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO, namun kerajaan hari ini tidak boleh dipanggil kerajaan UMNO atau BN kerana ia "kerajaan hibrid" yang didapati sukar untuk memastikan kestabilan negara.
Zahid juga menafikan sekeras-kerasnya dia mahu mempercepatkan pilihan raya umum ke-15 kerana takut disabitkan kesalahan dalam kes mahkamahnya.
Katanya, dia tidak bimbang tentang kesnya kerana walaupun Najib disabitkan kesalahan, Zahid berkata dia masih percaya badan kehakiman adalah bebas.
Zahid berkata bagi meneruskan perjuangan untuk Najib, ahli UMNO perlu melakukan beberapa perkara, antaranya mesti menyokong kempen Nukilan Untuk Najib bertujuan memberi kata-kata semangat kepada bekas perdana menteri itu.
"Kita mesti bersedia, memberi sokongan kepada kempen petisyen pengampunan apabila tiba masanya. Kita serahkan kepada kebijaksanaan KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk menilai dan melaksanakannya kelak.
"Menjadikan tulisan Facebook Datuk Seri Najib sebagai bacaan untuk kita terus "like dan share". Ia adalah senjata UMNO dan perlu digilap dan digunakan sentiasa. Jadikan pemikiran dan semangat tulisan ini sebagai senjata hidup UMNO untuk terus memerangi musuh-musuh politik kita.
"Bersedia menghadapi PRU bila-bila masa. Kemenangan besar Barisan Nasional adalah pengukuhan kepada obor-obor perjuangan Datuk Seri Najib untuk parti dan negara.
"Kami percaya, kerajaan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak akan membiarkan harapan ini pudar sekiranya tarikh PRU dilengahkan," kata Zahid lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/08/zahid-gesa-pilihan-raya-umum-di-adakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 206 hits
Pertemuan mengejut melibatkan Ketua Ketua UMNO Bahagian di WTCKL semalam yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan untuk terus memaksa PRU15 diadakan segera akhirnya tidak dihadiri oleh Ismail Sabri Yaakob Ini bermakna Perdana Men...
Ngo Penyokong Najib Desak Supaya Najib Diberi Pengampunan Diraja Dalam Masa 1minggu

Ngo Penyokong Najib Desak Supaya Najib Diberi Pengampunan Diraja Dalam Masa 1minggu

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 198 hits
Baru sehari Najib dipenjara NGO tuntut PM mohon pengampunan dirajaFaiz Zainudin dan Shahrul ShahabudinPresiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu memulak...
Bolehkah Agong Beri Pengampunan Diraja Pada Najib Razak

Bolehkah Agong Beri Pengampunan Diraja Pada Najib Razak

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 204 hits
Seusai Mahkamah Persekutuan memberikan penghakiman menolak rayuan penyamun Najib Razak berkumandanglah angan angan dalam kalangan penyokong perompak ini bahawa mereka akan memohon mengadap ke bawah Duli Tuanku Yang di Pertuan Agong merafak ...
Who Is Najib Apakah Dia Boleh Akur Mahathir Betul Apa Pendirian Nya Pula Kalau Zahid Pilih Sokong Mahathir

Who Is Najib Apakah Dia Boleh Akur Mahathir Betul Apa Pendirian Nya Pula Kalau Zahid Pilih Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 281 hits
SEBAGAI AHLI umno aku letakan SEBAGAI pengkhianat parti BANGSA ugama Dan NEGARA hingga akibatnya hilang kuasa Kecuali lokman Adam Dan yang makan dedak apakah ADA AHLI umno yang siuman tidak menganggap bapak SEGALA punca MASALAH hingga umno ...
Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

Jangan Malukan Najib Takkan Baru Sehari Masuk Penjara Sudah Nak Minta Pengampunan Diraja

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 179 hits
Hanya semalaman selepas Najib Razak mendekam di Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam hari ini terlihat sudah ramai kalangan penyokongnya yang bercakap tentang usaha me...
Pelan B Umno Untuk Selamatkan Najib Dengan Desak Pru Segera

Pelan B Umno Untuk Selamatkan Najib Dengan Desak Pru Segera

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 140 hits
agendaily com21 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak kini hanya mahu menyelamatkan diri daripada kes mahkamah dihadapi mereka Perjalanan perbicaraan kes di Mahkamah Persekutuan yang se...
Didesak Adakan Pru Segera Ini Jawapan Tegas Pm

Didesak Adakan Pru Segera Ini Jawapan Tegas Pm

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 148 hits
Didesak Adakan PRU Segera Ini Jawapan TEGAS PM PUTRAJAYA Meskipun berdepan desakan lantang Umno yang mahukan PRU tahun ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau perlu mengambil kira pelbagai isu dalaman negara selain keadaan...
Tak Adil Najib Dipenjara Tapi Jho Low Masih Bebas Dap Gesa Cari Segera

Tak Adil Najib Dipenjara Tapi Jho Low Masih Bebas Dap Gesa Cari Segera

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 220 hits
agendaily com24 08 2022Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Jho Low Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low perlu dikesan dengan segera bagi membawanya ke muka pengadilan gesa Lim Guan Eng Pengerusi DAP itu berkata tidak adi...
Zahid Gesa Segerakan Pru Kerana Bimbang Lebih Banyak Pembongkaran

Zahid Gesa Segerakan Pru Kerana Bimbang Lebih Banyak Pembongkaran

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 21 2022 Ketua Bersatu Johor Sahruddin Jamal menyifatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai terdesak sehingga menggesa pilihan raya umum ke 15 diadakan segera Sahruddin berkata tindakan Zahid itu adalah ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet