Sabarlah Zahid Hamidi Pru Awal Jika Tujuannya Difahami Untuk Lepaskan Tengkuk Tidak Menjamin Bn Boleh Menang


 
Dengan maksud yang jelas untuk mendesak serta menekan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar segera membubarkan Parlimen, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan tewas jika PRU15!tidak diadakan dengan segera.
Menurut beliau, melengahkan PRU15 lebih membawa risiko BN ditimpa kekalahan kerana sekarang kedudukan UMNO sedang berada di tahap terkuat dan berpeluang cerah untuk menang.
Tambahnya, apabila dilengahkan lagi ia bermakna memberikan senjata kepada pihak musuh untuk mengalahkan UMNO.
“UMNO sudah lama membuat pendirian tersebut. Kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti.
“Segerakanlah atau UMNO dan BN akan tewas.
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Nampaknya di sebalik kes rayuan akhir Najib Razak di Mahkamah Persekutuan bakal menemui titik noktahnya minggu depan di mana setelah permohonan penangguhan dan mengemukakan bukti baru ditolak oleh lima hakim, ditambah dengan pihak pembela mungkin tidak membuat penghujahan yang bermakna lebih mudah kes diselesaikan, Zahid Hamidi jelas semakin bimbang dengan nasib dirinya.
Di mata umum, desakan untuk kesekian kalinya daripada beliau agar disegerakan PRU15 itu tidak lain adalah gambaran kebimbangan dirinya yang tidak terluahkan dengan kata-kata berterus-terang.
Dalam hal ini, bukankah Ismail Sabri sudah berkali-kali menyatakan beliau akan berbincang dengan Top 5 UMNO berhubung penentuan tarikh PRU15?
Jadi, apa yang Zahid Hamidi perlu bimbangkan lagi?
Mengapa perlu beliau membuat gesaan secara terbuka kepada Ismail Sabri dan tidak boleh menunggu untuk bercakap secara berterus-terang kepada Perdana Menteri dalam perbincangan Top 5 UMNO?
Kalau ia pun beliau sebenarnya bimbang jika dilewatkan lagi PRU15 bererti peluangnya bertanding semakin tipis kerana mungkin disabitkan bersalah terlebih dahulu, tenang-tenanglah dulu.
Fikirkanlah sama nasib, masalah dan kesusahan rakyat ketika ini.
Namun, jika bukan itu maksudnya, apakah dengan membuat desakan secara terbuka itu bertujuan memberi gambaran dirinya saja yang memikirkan soal kemenangan BN?
Apakah Zahid Hamidi fikir Ismail Sabri sebagai “poster boy” BN tidak mahu kepada kemenangan?
Dalam kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan “poster boy” BN dengan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang ada 87 kes mahkamah, memanglah kedua-duanya mementingkan kemenangan, cuma kesucian tujuan saja yang berlainan.
Pendek kata, Ismail Sabri juga mahukan kepada kemenangan.
Dalam cubaan mengejar kemenangan, keberkesanan kerajaan dan agar masalah rakyat yang sedang kesusahan diselesaikan sebaik mungkin adalah jauh lebih penting untuk didahulukan.
Oleh itu, menyegerakan PRU15 yang boleh dilihat sebagai cubaan menyelamatkan nasib diri boleh jadi akan memberi kesan lantunan yang akhirnya menikam UMNO dan BN.
Sementara rakyat mahu nasib mereka dibantu dan kesukaran hidup diatasi terlebih dahulu, bagi mereka PRU15 awal sebagaimana desakan Zahid Hamjdi itu lebih bertujuan menyelamatkan nasib dan tengkuknya semata-mata.
Dengan itu, PRU15 awal bukanlah jaminan mutlak kemenangan boleh digenggam dengan mudah.
Sebaliknya dengan melewatkan sedikit PRU15, tetapi memperbanyakkan program untuk rakyat, kemenangan yang dicari jauh lebih terjamin lagi.
Untuk itu kepada Zahid Hamidi – sabar-sabarlah dulu dan fikirkan sama kesusahan rakyat, jangan fikir nasib diri sendiri saja. – ShahbudinHusin 20/08/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/sabarlah-zahid-hamidi-pru-awal-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Buat Mesyuarat Tergempar Bakal Tentukan Nasib Ismail Sabri Berita Awani Video

Zahid Hamidi Buat Mesyuarat Tergempar Bakal Tentukan Nasib Ismail Sabri Berita Awani Video

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 150 hits
POSTED ON AUGUST 22 2022Menara Dato Onn di ibu kota sekali lagi menjadi perhatian hari ini Difahamkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ketua Ketua Bahagian UMNO di Ibu Pejabat parti ...
Pengerusi Pac Sanggah Zahid Hamidi Laporan Disediakan Berdasarkan Dokumen Dan Keterangan

Pengerusi Pac Sanggah Zahid Hamidi Laporan Disediakan Berdasarkan Dokumen Dan Keterangan

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 134 hits
1 Saya membaca ulasan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai laporan PAC berhubung Perolehan Littoral Combatant Ship yang menyeru agar PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan khususnya isu keselamatan negara ...
Kenapa Zahid Dan Najib Kalut Nak Pilihanraya Katanya Awal Bulan 10

Kenapa Zahid Dan Najib Kalut Nak Pilihanraya Katanya Awal Bulan 10

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 270 hits
Hamdan Taha Jika orang itu ada otak dan berfikir tentulah kita boleh faham kenapa beria ia zahid hamidi ni minta pru di segerakan Sampaikan hari hari desak pru padahal dia bukan boleh bertanding lagi pun Kes dia sedang berjalan sekarang apa...
Isu Warganegara Zahid Tak Boleh Kawal Naib Presidennya Kata Pemimpin Dap

Isu Warganegara Zahid Tak Boleh Kawal Naib Presidennya Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 200 hits
Teo Nie Ching berkata Ahmad Zahid Hamidi dan Umno bukan pembangkang untuk membela ibu di negara ini yang masih berdepan masalah kewarganegaraan membabitkan anak lahir di luar negara PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seperti tid...
Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 190 hits
Pertemuan mengejut melibatkan Ketua Ketua UMNO Bahagian di WTCKL semalam yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan untuk terus memaksa PRU15 diadakan segera akhirnya tidak dihadiri oleh Ismail Sabri Yaakob Ini bermakna Perdana Men...
Tun Mahathir Failkan Saman Fitnah Terhadap Zahid Hamidi Berhubung Isu Kutty Pada 2017

Tun Mahathir Failkan Saman Fitnah Terhadap Zahid Hamidi Berhubung Isu Kutty Pada 2017

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu pada 2017 Dr Mahathir 97 yang juga bekas Pengerusi BE...
Zahid Hamidi Panicking Wants Snap Ge15

Zahid Hamidi Panicking Wants Snap Ge15

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 146 hits
Some 158 Umno division leaders are calling for the 15th general election to be held immediately party leader Jamal Yunos said The Sungai Besar Umno chief said the demand will be relayed to Prime Minister Ismail Sabri Yaakob by party preside...
Perikatan Nasional Pahang Buat Persetujuan Awal Berkaitan Pembahagian Kerusi Pru 15

Perikatan Nasional Pahang Buat Persetujuan Awal Berkaitan Pembahagian Kerusi Pru 15

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Persetujuan awal mengenai pembahagian kerusi Perikatan Nasional untuk Pilihan Raya Umum Ke 15 di negeri ini sudah dicapai di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Islam SeMalaysia Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdull...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut