Percaya Atau Tidak Kajian Dapati Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser


Berjalan kaki kadang-kala meletihkan. Terutamanya bagi mereka yang berada di pusat bandar seperti Kuala Lumpur dan menaiki pengangkutan awam. Berjalan ke setiap satu stesen yang berlainan rasanya cukup meletihkan.
Walaupun begitu, jangan mengeluh kerana aktiviti berjalan kaki secara tidak sengaja ini sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada kesihatan anda.
Melalui satu kajian yang dijalankan, berjalan kaki bukan sahaja membantu membakar kalori tubuh, malah ia lebih daripada itu. Ingin tahu apakah manfaat yang ingin dikongsikan? Ikuti penjelasan oleh Hello Doktor seperti di bawah.
Jalan kaki bantu kurangkan risiko 7 jenis kanser Baru-baru ini, terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa, individu yang melakukan senaman sederhana selama dua jam 30 minit dalam masa seminggu mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk mendapat tujuh jenis kanser. Biar betul?
Ya, dan ini boleh dilakukan melalui aktiviti berjalan kaki cepat selama sekurang-kurangnya 20 minit atau kayuhan basikal setiap hari. Bukan susah pun sebenarnya untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.
Jumlah senaman seperti yang dinyatakan di atas ini telah didapati dapat mengurangkan risiko untuk mengalami kanser hati sebanyak 18 peratus, iaitu hampir satu per lima bagi kedua-dua jantina.
Bagi kanser payudara pula, risiko tersebut berkurangan sebanyak 6 peratus bagi senaman selama 2 jam 30 minit, dan 10 peratus untuk senaman selama 5 jam. Selain itu, risiko untuk mengalami kanser buah pinggang bagi kedua-dua jantina juga menurun sebanyak 11 peratus bagi senaman selama 2 jam 30 minit, dan 17 peratus bagi senaman selama 5 jam.
Golongan wanita yang melakukan senaman dalam tempoh seperti yang dicadangkan di atas akan mempunyai pengurangan risiko sebanyak 18 peratus untuk mendapat kanser rahim berbanding mereka yang tidak aktif.
Selain itu, berpandukan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Oncology, mereka juga akan kurang berisiko untuk mendapat limfoma bukan Hodgkin sebanyak 18 peratus. Bagi golongan lelaki yang melakukan senaman seperti tempoh yang disarankan, mereka akan mengalami pengurangan risiko untuk mendapat kanser kolon sebanyak 14 peratus. Kedua-dua golongan lelaki dan wanita juga kurang berisiko untuk mendapat myeloma kanser darah sebanyak 19 peratus.
Sebab mengapa senaman kurangkan risiko kanser Hasil daripada kajian yang dijalankan mencadangkan bahawa senaman membantu mengurangkan separuh risiko untuk mengalami kanser kerana ia membantu menurunkan berat badan seseorang individu itu. Walau bagaimanapun, untuk individu yang kekal aktif, walaupun mereka tidak menurunkan berat badan, mereka masih mendapat perlindungan bagi melawan serangan kanser.
Kaedah kajian yang dijalankan Para penyelidik telah melakukan pemantauan terhadap seramai 755, 549 individu melalui kajian ini selama satu dekad. Menurut Dr. Alpa Patel yang merupakan pengkaji bersama dari American Cancer Society, perkara yang paling mengujakan mengenai hasil kajian ini adalah, penyertaan peserta kajian dalam aktiviti berintensiti sederhana dengan jumlah yang sedikit tetapi konsisten dilihat boleh memberikan manfaat perlindungan dengan pengurangan risiko untuk mendapat kanser.
Menurut Dr. Alpa lagi, ini merupakan satu berita baik bagi kebanyakan daripada kita. Apabila mereka mengetahui mereka sepatutnya melakukan lebih banyak senaman untuk kesihatan atau pencegahan kanser, mereka mungkin akan melakukan perubahan drastik dalam hidup mereka seperti mula berlatih untuk penyertaan maraton.
Faedah-faedah lain yang boleh anda dapati daripada berjalan kaki Selain daripada pengurangan risiko bagi beberapa jenis kanser, anda juga pasti ingin tahu apakah manfaat-manfaat lain yang boleh anda peroleh daripada berjalan kaki. Dengan 30 minit berjalan kaki setiap hari, ia boleh meningkatkan kecergasan kardiovaskular, menguatkan tulang, mengurangkan lemak badan yang berlebihan, selain meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot.
Selain itu, berjalan kaki juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2, dan kerapuhan tulang atau osteoporosis. Yang paling penting, berjalan kaki adalah percuma kerana anda tidak memerlukan sebarang peralatan khas atau tertentu untuk melakukannya.
Bagaimana untuk memulakannya? Berjalan kaki tidak memerlukan waktu atau lokasi khas untuk anda melakukannya. Mungkin juga agak sukar untuk anda melakukannya selama 30 minit secara berterusan. Langkah terbaik adalah dengan cara melakukannya selama 10 minit, tiga kali sehari. Tetapi jika matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu melakukannya lebih daripada 30 minit setiap hari.
Selain itu, aktiviti fizikal yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda juga adalah sangat membantu. Ia adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan dan mengekalkannya setelah anda menghilangkannya. Antara saranan yang boleh anda ikuti adalah:
Gunakan tangga berbanding penggunaan lif. Jika anda tinggal di rumah yang berada di tingkat 20, cuba gunakan tangga sekurang-kurangnya daripada tingkat 1 hinggalah tingkat 10 Gunakan kemudahan pengangkutan awam jika anda mahu kemana-mana. Ia akan menggalakkan anda untuk banyak berjalan kaki berbanding hanya duduk di dalam kereta Jika anda mahu ke kedai atau pasar yang jaraknya tidak lebih daripada 1 atau 2 kilometer, cubalah berjalan kaki berbanding menaiki kereta atau motosikal Bersiar-siar di taman permainan atau tasik rekreasi. Pemandangan yang cantik dapat mengurangkan rasa letih ketika anda berjalan-jalan Rekod perjalanan anda dengan menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda. Ia dapat membantu anda untuk melihat prestasi harian anda melalui jarak yang telah anda lalui, waktu aktif anda, dan sama ada anda telah memenuhi sasaran harian atau tidak. Senang bukan?
Kesimpulan  Berjalan kaki hanya memerlukan kelengkapan yang minimum, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan boleh dilakukan mengikut kadar anda sendiri. Berjalan kaki juga adalah satu aktiviti fizikal yang sangat baik untuk individu yang mempunyai berat badan berlebihan, warga emas atau mereka yang telah lama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal atau senaman.
Jadi, tunggu apa lagi, buka pintu rumah anda dan berjalanlah disekitar taman perumahan anda. Tiada alasan untuk anda kekal aktif lagi!
Sumber : Muhammad Wa’iz via Hello Doktor
The post Percaya Atau Tidak, Kajian Dapati Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/04/percaya-atau-tidak-kajian-dapati-berjalan-kaki-mampu-kurangkan-risiko-kanser/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Dan Cara Kurangkan Sakit Tumit Kaki

Petua Dan Cara Kurangkan Sakit Tumit Kaki

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 786 hits
Petua Dan Cara Kurangkan Sakit Tumit Kaki Anda sakit kaki kerana kaki anda ada masa untuk sakit kepada ini cara utuh yang baik untuk kurangkan sakit tumit kaki secara alami dan ada juga petua untuk hilangkan sakit tumit kaki Sakit kaki ini ...
Berjalan Kaki Ke Mcdonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

Berjalan Kaki Ke Mcdonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 689 hits
Berjalan Kaki Ke McDonalds Untuk Dapatkan Hello Kitty Carrier Punyalah lama dok peram entry Hello Kitty Carrier ni Almaklumlah hidup terlalu bizi sampaikan takde masa nak habiskan entry ni Sudahnya peram dulu Cerita dah lama viral aku pulak...
Djarot Soal Wagub Dki Tanya Ke Pak Anies Beliau Butuh Wakil Atau Sendiri Mampu

Djarot Soal Wagub Dki Tanya Ke Pak Anies Beliau Butuh Wakil Atau Sendiri Mampu

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 245 hits
Mantan Gubernur DKI Djarot Saiful Hidayat mengaku sejak lama menyarankan kursi wagub segera diisi sesuai kesepakatan partai pengusung
Kurangkan Stress Kerja Dengan Meletak Tumbuhan Di Atas Meja Kajian

Kurangkan Stress Kerja Dengan Meletak Tumbuhan Di Atas Meja Kajian

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 299 hits
MENURUT satu kajian terbaru sepasukan penyelidik dari Jepun meletakkan tumbuhan di atas meja tempat kerja boleh mengurangkan tahap stress Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Hyogo di Awaji itu bertujuan untuk menyiasat...
Sambung Bayar Superbike Risiko Atau Tidak Ini Jawapan Nya

Sambung Bayar Superbike Risiko Atau Tidak Ini Jawapan Nya

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 183 hits
Perhatian kepada semua pemilik superbike Sila fahami dan hadam apa yang admin ingin sampaikan Gejala trend Superbike Sambung Bayar sekarang semakin menjadi jadi dan mendapat permintaan yang tinggi kerana berlambaknya superbike yang murah se...
Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi

Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 347 hits
Jika anda seorang yang bertubuh rendah ada di antara anda yang mungkin merasa cemburu dengan mereka yang bertubuh tinggi Namun tahukah anda terdapat satu kajian menemukan bahawa kelanjutan usia mempunyai kaitan dengan ketinggian individu Me...
Kajian Dapati Lelaki Akan Jadi Stres Jika Isteri Bergaji Lebih Besar

Kajian Dapati Lelaki Akan Jadi Stres Jika Isteri Bergaji Lebih Besar

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 354 hits
Bagi menampung kehidupan dalam zaman kini kebanyakan isteri akan memilih untuk bekerja bagi mengukuhkan pendapatan keluarga Tetapi adakah setiap pasangan mengetahui jika pendapatan gaji isteri melebihi pendapatan suami suami akan berasa san...
Bermula Dengan Sebuah Mesin Jahit Sabella Melangkah Jauh Dan Mampu Miliki Kilang Seluas 30 000 Kaki Persegi

Bermula Dengan Sebuah Mesin Jahit Sabella Melangkah Jauh Dan Mampu Miliki Kilang Seluas 30 000 Kaki Persegi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 702 hits
Siapa sangka bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit dan niat nak bantu menambahkan pendapatan seisi keluarga jenama Sabella kini mampu berdiri gah dengan pembukaan kilang seluas 30 000 kaki persegi Alhamdulillah pembukaan tahun b...
Hotel Kapsul Di Kaki Gunung Santubong

Hotel Kapsul Di Kaki Gunung Santubong

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 350 hits
The Culvert Hotel Resort Kuching Hotel yang berkonsepkan seperti kapsul yang terletak di kaki gunung Santubong Hotel dekat dengan pantai dilengkapi dengan kolam renang dek yang dibina di tepi cerun bukit untuk melihat matahari terbenam dan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba