Kajian Dapati Lelaki Akan Jadi Stres Jika Isteri Bergaji Lebih Besar


Bagi menampung kehidupan dalam zaman kini, kebanyakan isteri akan memilih untuk bekerja bagi mengukuhkan pendapatan keluarga.
Tetapi, adakah setiap pasangan mengetahui jika pendapatan gaji isteri melebihi pendapatan suami, suami akan berasa sangat stress dan tertekan?
Ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dijalankan di luar negara selama 15 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti kupasan menarik mengikut fakta oleh Hello Doktor seperti di bawah.
Kajian terbaharu di Amerika Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan terhadap 6,000 pasangan suami isteri di Amerika oleh University of Bath, UK, suami didapati akan mengalami stres apabila gaji isteri besar dan mampu menampung perbelanjaan keperluan rumah sebanyak 40%.
Kajian yang dijalankan selama lebih 15 tahun ini menunjukkan pola yang menarik. Suami akan stres jika isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Jika isteri bekerja dan gaji mereka hampir mencecah 40% perbelanjaan isi rumah pula, stres suami akan berkurangan.
Namun, stres suami akan kembali meningkat jika gaji isteri mula melebihi 40% perbelanjaan isi rumah. Menurut Dr Joanna Syrda yang merupakan seorang pakar ekonomi, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tekanan yang dialami oleh suami berkaitan gaji isteri yang besar adalah berbahaya kepada kesihatan mereka!
Impak kesihatan yang mungkin dialami oleh kaum Adam akibat daripada situasi ini adalah masalah kesihatan pada aspek fizikal, mental dan sosial mereka. Dr Syrda menegaskan bahawa isu gaji isteri yang besar mungkin akan membuat lelaki berasa rendah diri, sekali gus mencipta jurang yang agak luas dalam perhubungan mereka.
Dalam erti kata yang lain, suami akan berasa seperti diri tidak berguna dan stres kerana terpaksa bergantung kepada isteri untuk menanggung perbelanjaan isi rumah yang semakin mahal zaman sekarang.
Trend kini yang tidak sama seperti dulu Zaman sekarang, kebanyakan wanita bekerja dan mempunyai kerjaya sendiri untuk membantu suami menjana pendapatan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pew Research Centre pada tahun 1980 di Amerika, 13% daripada isteri yang bekerja mempunyai gaji yang lebih besar dari suami. Menjelang tahun 2017 pula, statistik tadi semakin meningkat dan dijangka akan terus menaik menuju tahun-tahun yang berikutnya.
Dr Sydra menyatakan bahawa dia dan rakan-rakan pengkajinya amat berminat untuk melihat bagaimana trend ini memberi kesan kepada perhubungan suami isteri.
“Gaji isteri yang lebih besar dari suami akan menyebabkan satu trend yang dikenali sebagai ‘gender role reversals’. Trend ini sebenarnya agak berbahaya kepada kaum lelaki kerana ia mungkin menjejaskan kesihatan mereka dari aspek fizikal, mental, sosial dan lebih menakutkan, mengakibatkan penceraian”, kata beliau lagi.
Jadi, apa perlu buat untuk elak suami stres? Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk merendahkan para suami sebagai ketua keluarga. Namun situasi ini adalah realiti dunia yang berlaku pada hari ini. Jika isteri anda mempunyai gaji yang besar dan mampu menanggung separuh atau lebih daripada perbelanjaan isi rumah anda, jangan stres. Ini apa yang perlu dilakukan oleh kedua pasangan.
1. Jangan terlalu merendah atau meninggi diri Perkara ini adalah norma yang agak normal pada zaman sekarang. Sebagai suami, jangan terlalu merendah diri. Jika gaji anda lebih kecil dan tidak mampu menanggung sepenuhnya keperluan isi rumah, jangan sesekali anda berasa stres. Sebaliknya, tolong hargai usaha dan pengorbanan isteri dalam membantu menjana pendapatan isi rumah anda.
Meskipun situasi seperti ini dianggap sebagai satu kebiasaan kini, adat dan agama masih perlu dititikberatkan. Sebagai isteri, jangan sesekali meninggi diri jika gaji anda lebih besar dari suami kerana mereka tetap ketua dalam keluarga yang perlu dipatuhi dan dihormati. Kerjasama memang diperlukan dalam rumah tangga, bukan?
Pun begitu, jangan pula suami berasa terlalu selesa, ya? Tanggung jawab memimpin dan menanggung keperluan keluarga ada berada di bahu anda!
2. Elak pertelingkahan berkenaan kewangan di hadapan individu lain Ini adalah perkara yang sangat perlu pasangan suami isteri elakkan terutamanya di hadapan anak-anak dan juga individu luar!
Ya, memang perselisihan faham biasa terjadi dalam rumah tangga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Namun, ia perlu dielakkan di hadapan individu lain lebih-lebih lagi jika ia melibatkan hal kewangan.
Ini kerana semasa bertengkar, kita mungkin tidak dapat mengawal perkataan kita ekoran perasan marah yang sedang membuak-buak. Jadi, kemungkinan untuk pasangan mengungkit tentang gaji masing-masing juga ada.
Oleh itu, cuba kawal perasaan marah anda dan jangan sesekali bertengkar berkenaan kewangan di hadapan orang lain, ya?
3. Wujudkan simpanan kewangan bersama Apa maksudnya? Anda dan pasangan sebenarnya boleh membuat simpanan bersama-sama di dalam satu tabung. Anda mungkin boleh mewujudkan satu akaun bank khas untuk simpanan masa hadapan. Kemudian, setiap bulan suami dan isteri perlu menyimpan sejumlah wang yang sama amaunnya di dalam akaun tersebut. Bekukan, kemudian gunakan pada hari senja kelak.
Dengan usaha ini, mungkin tiada lagi istilah mengungkit atau bergaduh sesama pasangan mengenai gaji masing-masing lagi.
4. Tetapkan peruntukan yang berbeza Sebagai contoh, suami mungkin boleh membelanjakan gajinya untuk hal keperluan rumah seperti membayar bil, ansuran kereta dan rumah serta perbelanjaan dapur. Manakala gaji isteri mungkin boleh digunakan untuk kegunaan kecemasan serta shopping! Sudah lumrah wanita gemar membeli-belah, bukan?
Cuma sebagai suami, anda perlu ingat duit anda adalah duit isteri juga manakala duit isteri adalah duit isteri sahaja. Jadi, jangan terlalu bergantung pada isteri. ya?
5. Saling membantu antara satu sama lain Pernah dengar lagu tema Wonderpets? Apa yang penting, kerjasama! Ya, begitulah juga dalam kehidupan suami isteri. Jika suami di dalam kesulitan dari segi kewangan, isteri boleh membantu dan begitulah sebaliknya. Jangan pula anda berasa s dan usah pula anda berasa pasangan anda itu menyusahkan.
Kehidupan suami isteri perlulah erat dan jitu. Sebagaimana aur dan tebing, kedua-duanya saling memerlukan dan melengkapi satu sama lain.
Konklusi Kesimpulannya, gaji isteri yang besar tidak sepatutnya mendatangkan stres kepada suami. Apatah lagi membuat suami stres. Ia sepatutnya menjadi satu motivasi buat para suami untuk bekerja dan berjaya lebih lagi dalam kerjaya mereka.
Sebenarnya, ia juga adalah satu kelebihan untuk suami. Sekiranya anda berada dalam kesulitan, maka sentiasa ingat yang isteri anda selalu ada untuk membantu anda. Namun, jangan sesekali bergantung sepenuhnya kepada mereka pula ya!
Suami adalah nakhoda kapal layar yang sedang menuju ke pulau kebahagiaan. Pastikan anda sebagai suami mengawal navigasi kapal itu supaya tetap kekal di landasannya. Sebagai isteri pula, sentiasa sokong suami anda dari belakang. Dengan ini, nescaya perhubungan anda berdua boleh kekal sehingga ke jannah.
Sumber : Ahmad Farid via Hello Doktor
The post Kajian Dapati Lelaki Akan Jadi Stres Jika Isteri Bergaji Lebih Besar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/29/kajian-dapati-lelaki-akan-jadi-stres-jika-isteri-bergaji-lebih-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menurut Kajian Tugas Isteri Di Rumah Dua Kali Ganda Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa

Menurut Kajian Tugas Isteri Di Rumah Dua Kali Ganda Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 353 hits
Dengan kos kehidupan yang kian meningkat naik keinginan untuk memperbaiki taraf hidup wanita gigih keluar mencari rezeki membantu meringankan beban suami Malah walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa sebenarnya tugasan suri rumah adalah le...
Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi

Kajian Dapati Individu Rendah Hidup Lebih Lama Berbanding Individu Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 343 hits
Jika anda seorang yang bertubuh rendah ada di antara anda yang mungkin merasa cemburu dengan mereka yang bertubuh tinggi Namun tahukah anda terdapat satu kajian menemukan bahawa kelanjutan usia mempunyai kaitan dengan ketinggian individu Me...
Terkini Ais Mencair Tujuh Kali Lebih Pantas Berbanding Tahun 1990 Kajian

Terkini Ais Mencair Tujuh Kali Lebih Pantas Berbanding Tahun 1990 Kajian

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 352 hits
Para saintis di seluruh dunia sentiasa melakukan pelbagai kajian atau penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim yang dilihat semakin ekstrem sejak beberapa tahun yang mendatang ini Seperti mana yang diketahui umum ais di Greenland semem...
Jangan Pertikai Kenapa Besar Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon Semua Ada

Jangan Pertikai Kenapa Besar Beg Tangan Isteri Macam Poket Doraemon Semua Ada

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 372 hits
Sebelum berkahwin mungkin beg tangan seorang wanita mengikut mood pada hari itu Digayakan berpadanan dengan pakaian yang dipakai Semua itu hanya sebelum berkahwin kerana rata rata wanita selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak ak...
Isteri Yang Penat Dan Stres Buat Kerja Rumah Boleh Amalkan Zikir Fatimah Untuk Redakan Keletihan

Isteri Yang Penat Dan Stres Buat Kerja Rumah Boleh Amalkan Zikir Fatimah Untuk Redakan Keletihan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 510 hits
Hari ini ramai isteri yang mengeluh penat dan stres kerana tugas yang tak menang tangan Mereka ini terutama yang bergelar ibu bukan saja mengurus rumah tangga malah turut bekerja mencari rezeki Antara cara kebiasaan wanita meredakan kepenat...
Suami Yang Manja Mampu Buat Isteri Lebih Kurus Dan Ramping

Suami Yang Manja Mampu Buat Isteri Lebih Kurus Dan Ramping

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 546 hits
Suami wajib miang dengan isteri Nampak isteri dari jauh kenyit mata flying kiss selalu ajak isteri bergurau selalu buat lawak bagi isteri ketawa selalu ucap abang sayang sayang Jika tiba tiba mood tidak baik suami lebih baik diam dari berka...
Susah Sekalipun Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki Ada Lebih Bagilah Lebih Pada Isteri

Susah Sekalipun Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki Ada Lebih Bagilah Lebih Pada Isteri

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 318 hits
Tanggungjawab lelaki terus berubah apabila saat Aku Terima Nikahnya dilafazkan Bukan hanya janji semata mata tetapi perlu seiring dengan perlakuan Dalam hidup berumah tangga tidak boleh ada sikap pentingkan diri sendiri Tanamkan sikap tolak...
Kajian Datuk Dan Nenek Lebih Positif Jika Cucu Sentiasa Bersama Mereka

Kajian Datuk Dan Nenek Lebih Positif Jika Cucu Sentiasa Bersama Mereka

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 388 hits
Pada musim cuti sekolah pasti ramai ibu bapa yang menggunakan peluang ini dengan membawa anak anak mereka pulang ke kampung halaman masing masing Mungkin ada yang datang menziarahi ibu bapa mereka di kampung selama beberapa hari dan mungkin...
Percaya Atau Tidak Kajian Dapati Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

Percaya Atau Tidak Kajian Dapati Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 208 hits
Berjalan kaki kadang kala meletihkan Terutamanya bagi mereka yang berada di pusat bandar seperti Kuala Lumpur dan menaiki pengangkutan awam Berjalan ke setiap satu stesen yang berlainan rasanya cukup meletihkan Walaupun begitu jangan mengel...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri