Sambung Bayar Superbike Risiko Atau Tidak Ini Jawapan Nya


Perhatian kepada semua pemilik superbike..!!!
Sila fahami dan hadam apa yang admin ingin sampaikan..
Gejala trend "Superbike Sambung Bayar" sekarang semakin menjadi-jadi dan mendapat permintaan yang tinggi kerana berlambaknya superbike yang murah serta ramai pengguna motorsikal sudah beralih arah menggunakan motorsikal berkuasa tinggi di Malaysia...ramai yang mengambil jalan mudah untuk melepaskan tanggungan kepada orang lain demi mencapai impian yang dihajati...Tahukan anda memberikan atau menggunakan kenderaan sambung bayar adalah salah menurut undang-undang di Malaysia. Hukuman yang boleh dikenakan adalah denda sehingga RM 25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya..
Mari kita kenali lebih mendalam lagi apa itu "Superbike Sambung Bayar", faktor ramai terjebak, kesan membeli atau menjual serta dalang sindiket orang tengah yang cuba mengaut keuntungan..
"Superbike Sambung Bayar" sebenarnya adalah salah satu cara teknik mudah untuk membenarkan sesiapa sahaja boleh membeli superbike dengan kaedah pinjaman tanpa melalui bank atau disemak kelayakan membelinya...kekerapan pembelinya adalah dari golongan yang berstatus HIGH COMMITMENT/ CCRIS/ CTOS/ BLACKLIST dimana mereka memang sukar untuk mendapat kelayakan pinjaman dari bank@kredit disebabkan mempunyai rekod bayaran yang buruk sebelum ini atau mempunyai terlalu banyak tanggungan pinjaman..
Mengapa perlu buat buat "Sambung Bayar"..??
- Faktor yang menyebabkan mereka membuat "sambung bayar" adalah ingin melepaskan tanggungan yang semakin tinggi, mungkin sebelum ini pendapatan cukup untuk menaggung perbelanjaan tetapi sekarang terlalu banyak tanggungan seperti anak semakin membesar perlu kos belanja yang tinggi, pedapatan tidak tetap, berpindah tempat kerja gaji yang rendah dari sebelum ini, keuntungan perniagaan tidak beberapa baik dan sebagainya..
- Maka dari dia hendak meneruskan bayar bulanan dan bertambah pula hendak maintain superbike, mereka jual dengan cara "sambung bayar" untuk mengelakkan lagi kerugian yang bertambah..
- Mereka mengambil jalan mudah untuk jual superbike mereka yang masih dalam tempoh pinjaman dengan tanpa kerugian. Ye lah, kalau kata nak buat settelment, lepastu jual, pasti rugi kerana perlu perjelaskan interest yang dikenakan...silap-silap nak kena tambah duit lagi untuk jual selepas buat settelment.. Jadi pemilik superbike yang jual cara "sambung bayar" nie terlepas lah dari nak bayar interest, pemilik baru pulak yang akan tanggung bayar bulanan sehingga habis tempoh pinjaman..
- Pemilik asal pulak yang untung coz masa buat pinjaman dengan bank hanya bayar 20k deposit, masa nak jual pulak dia caj pada pemilik baru 28k deposit konon dah pakai 3 tahun dan tempoh baki bayaran bulanan dah kurang..
Apakah kesan buruk kepada pemilik membuat "Sambung Bayar"..??
- Pemilik asal boleh dikenakan tindakan polis sekiranya didapati pembeli "sambung bayar" menggunakan kenderaan untuk melakukan jenayah kerana nama dalam geran masih lagi pada pemilik asal.
- Nama pemilik asal akan disenarai hitam@blacklist jika pembeli "sambung bayar" tidak membayar bulanan..boleh jadi di "sambung bayar" pula pada pihak ketiga..
- Pemilik asal mungkin akan menanggung kerugian disebabkan pembeli "sambung bayar" menjual secara piang kepada pihak ketiga.
Apakah pula kesan buruk pada pembeli "Sambung Bayar"..??
- Sukar untuk membuat tuntutan insuran jika berlaku kemalangan jika pemilik asal tidak memberi kerjasama..lagi-lagi jika melibatkan kematian..
- Boleh dikenakan tindakan polis diatas kesalahan menggunakan kenderaan curi sekiranya pemilik asal membuat report hilang..
- Selepas habis tempoh bayar, pemilik asal tidak mahu beri kerjasama untuk membuat pertukaran nama geran, lebur je la bayar bulan-bulan..
Sindiket orang tengah cuba ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan..!!
- Kebiasaan orang tengah akan offer kepada pemilik superbike yang terdesak hendak jual superbike dengan cara "sambung bayar"...kononnya mereka akan siapakan sekali dokumen-dokumen pengesahan berkaitan sambung bayar seperti perjanjian jual beli, cover report polis dan pesuruhanjaya sumpah..
- Cara mereka kaut keuntungan adalah dengan ambil sedikit untung dari deposit, sebagai contoh pemilik asal mahu deposit 10k, tetapi orang tengah akan naikkan harga sehingga 18k, bila sudah dapat pembeli, maka lebihan 8k itu adalah milik pada orang tengah..
- Orang tengah langsung tiada risiko, mereka bukan pemilik, tidak perlu risau superbike hilang atau tidak bayar bulanan...mereka bukan pembeli, tidak perlu risau jika nama tidak tukar bila tamat tempoh bayaran...mereka hanya kaut keuntungan sahaja dengan cara mencari pembeli..
Nampak tak disitu, siapa yang untung dan siapa yang rugi..berhati-hatilah dalam urusan jual beli lagi-lagi melibatkan kaedah "sambung bayar"..
Sumber : Fb/KcmSuperbikeMalaysia 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.alimursi.my/2016/08/sambung-bayar-superbike-risiko-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percaya Atau Tidak Kajian Dapati Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

Percaya Atau Tidak Kajian Dapati Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 211 hits
Berjalan kaki kadang kala meletihkan Terutamanya bagi mereka yang berada di pusat bandar seperti Kuala Lumpur dan menaiki pengangkutan awam Berjalan ke setiap satu stesen yang berlainan rasanya cukup meletihkan Walaupun begitu jangan mengel...
Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

Lipi Teliti Sampah Plastik Di Laut Limbah Rakyat Ri Atau Milik Negara Lain

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 733 hits
Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia melakukan penelitian sampah plastik di perairan dalam Indonesia yakni di Selatan Jawa Bali dan Selat Makassar Penelitian dilakukan untuk melihat benarkah sampah plastik di laut Indonesia berasal dari masya...
Pinjaman Sah Wang Segera Realiti Atau Ilusi

Pinjaman Sah Wang Segera Realiti Atau Ilusi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 343 hits
Nak pinjam duit tapi taknak pinjam Ahlong Nak pinjam duit dengan segera Pinjaman wang segera adalah salah satu yang perkhidmatan yang sering dicari cari Di zaman yang mencabar ni duit adalah
Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 402 hits
Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam Apa yang bakal aku kongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang Thumbs up...
Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 483 hits
Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari cari tips nak atasi masalah bilik yang panas Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih Tapi bagi yang tak ber...
Cara Simpel Menghitung Berat Badan Ideal Kamu Termasuk Kurus Normal Atau Kegendutan Nih

Cara Simpel Menghitung Berat Badan Ideal Kamu Termasuk Kurus Normal Atau Kegendutan Nih

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 255 hits
Setiap orang punya berat badan ideal yang beda beda Jangan samakan dengan orang lain ah
Yang Akan Menjadi Punca Pergaduhan Bukanlah Zong Dong Ngo Atau Parti Tetapi Kerajaan Itu Sendiri

Yang Akan Menjadi Punca Pergaduhan Bukanlah Zong Dong Ngo Atau Parti Tetapi Kerajaan Itu Sendiri

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 377 hits
Kerajaan sebok menghalang pengaruh pengganas yang diimport dari luar tetapi segala bentuk pengganas PENGKHIANAT dan pertubuhan haram di dalam negara dibiarkan BEBAS di depan Mata PDRM hanyalah balaci parti politik diberi tekanan Dan dibuli ...
Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan Kesan Asap Rokok

Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan Kesan Asap Rokok

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 580 hits
Seperti mana yang kita ketahui asap rokok sememangnya memberi kesan kepada orang di sekeliling si perokok Bukan hanya bayi anak kecil wanita hamil atau orang tua tetapi asap rokok ini boleh menjejaskan keadaan janin dalam kandungan Asap rok...
Ditanya Pilih Pengusaha Atau Musisi Ini Jawaban Mengejutkan Luna Maya

Ditanya Pilih Pengusaha Atau Musisi Ini Jawaban Mengejutkan Luna Maya

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 193 hits
Terbaru Luna Maya membuka sesi Q dan A untuk para warganet Dia menjawab beragam pertanyaan dari warganet mulai dari seputar kehidupannya sehari hari hingga soal kriteria pendamping
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba