Perantisiswa Semakan Tarikh Terima Peranti Permohonan Fasa Kedua


TERKINI : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas hari ini.
Sementara itu, tarikh penerimaan peranti juga telah dimaklumkan melalui sidang media tersebut. Sila ikuti maklumat penuh melalui artikel ini.

Apakah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia? Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.
Kelayakan Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?
Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.
Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Jenis Peranti Yang Dibekalkan Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800Android OS 10 dan ke atas4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)Minimum RAM 4GBMinimum storan 64GBSlot SD Micro sehingga 256GBKamera hadapan minimum 2MPKamera belakang minimum 5MPPembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headsetBluetooth 4.1 dan ke atasWiFi 2.4GHz & 5GhzBateri minimum 4500 mAhPengecas USB disertakanPapan kekunci bluetooth disertakanPen stylus disertakan. Tarikh Pendaftaran / Permohonan Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
Namun terkini, KOMM membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Permohonan Peranti Siswa fasa kedua turut libatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.
Cara Permohonan Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Rujuk Manual Pengguna:
ManualPenggunaPerantisiswaDownload
Cara Semakan Status Kelulusan Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
Tarikh Penerimaan Peranti Kumpulan pertama dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu
Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama. *Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
Terma & Syarat Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:Warganegara Malaysia;Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; danTidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet. Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:menamatkan pengajian;berhenti pengajian;dibuang pengajian;menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; ataumelanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Baca juga:
BKM 2022: Semakan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 1, 2, 3 dan 4ePemula: Kredit Belia RM150 ShopeePay, GrabPay, TNG & BigPay 2022 Maklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:
▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad
Soalan Lazim Pakej ini disertakan dalam lampiran di bawah:
Apakah itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ? Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej ini? Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini? Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Bilakah pendaftaran akan bermula? Tempoh pendaftaran telah dibuka pada 15 April 2022 dan akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022. Pemberian peranti Fasa Pertama pula akan bermula pada bulan Ogos 2022.
Bagaimana cara memohon PerantiSiswa? Anda boleh melayari https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi. Permohonan juga akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022 ini.
Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa? Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.
Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan? Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?. Sistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021.
Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan.
Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa? Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon? Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.
Sumber: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/perantisiswa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perantisiswa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pismp 2022 Semakan Permohonan Tarikh Tarikh Penting

Pismp 2022 Semakan Permohonan Tarikh Tarikh Penting

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 343 hits
SEMAKAN PERMOHONAN PISMP AMBILAN TAHUN 2022 TARIKH TARIKH PENTING Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019 2020 dan 2021 yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam ...
Pinjaman Lppsa Cara Permohonan Semakan Status Baki Bayaran

Pinjaman Lppsa Cara Permohonan Semakan Status Baki Bayaran

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 352 hits
Sebagai penjawat awam anda mempunyai banyak kelebihan untuk membeli rumah dengan pinjaman LPPSA berbanding dengan pakej yang ditawarkan bank Ini kerana berbanding pinjaman LPPSA sangat menguntungkan kerana ia menawarkan kadar bunga yang ren...
Marvel Studios Umumkan Senarai Filem Siri Tv Bagi Fasa 5 Dan 6 The Multiverse Saga

Marvel Studios Umumkan Senarai Filem Siri Tv Bagi Fasa 5 Dan 6 The Multiverse Saga

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 326 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMarvel Studios kembali ke San Diego Comic Con 2022 dengan pelbagai kejutan Studio yang menghasilkan pelbagai projek popular dan terbaik di seluruh dunia ini mengumumkan pelbagai info terbaru tentang projek...
Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022 Pengajian Percuma

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022 Pengajian Percuma

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 461 hits
TAWARAN PENGAJIAN DIPLOMA SIJIL DAN SIJIL SENI KRAF KEMASUKAN OGOS 2022 DI INSTITUT KRAF NEGARA Peluang keemasan untuk sambung belajar dalam bidang seni kraf Batik Tenunan Kayu Logam Seramik atau Rotan di Institut Kraf Negara tajaan sepenuh...
Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 459 hits
Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 2023 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak Berikut dikongsikan jenis biasiswa yang ditawarkan dan syarat kelayakan ...
Bantahan Agc Terhadap Permohonan Rosmah Cabar Pelantikan Sri Ram Didengar 4 Ogos

Bantahan Agc Terhadap Permohonan Rosmah Cabar Pelantikan Sri Ram Didengar 4 Ogos

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 209 hits
Bantahan AGC terhadap permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 4 Ogos Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pad
Ending Terbuka Pengarah Kongsi Kemungkinan Penghasilan Musim Kedua Remarriage Desires

Ending Terbuka Pengarah Kongsi Kemungkinan Penghasilan Musim Kedua Remarriage Desires

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 254 hits
Siapa yang menonton ending Remarriage Desires pastinya tertanya tanya sama ada akan ada musim kedua kan ARTIKEL BERKAITAN Drama mengenai agensi perkahwinan untuk golongan terkaya Korea ini diakhiri dengan Seo Hye seung berkahwin dengan Lee ...
Comic Con Dari Trailer Black Panther Ke Pengumuman Dua Filem Baharu Avengers Ini Perkembangan Terkini Mcu Fasa 4 6

Comic Con Dari Trailer Black Panther Ke Pengumuman Dua Filem Baharu Avengers Ini Perkembangan Terkini Mcu Fasa 4 6

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 227 hits
Acara San Diego Comic Con merupakan antara konvensyen yang dinanti nantikan peminat khususnya yang meminati genre superhero Marvel Studios seperti biasa memberikan perkembangan terkini dan pengumuman baharu yang mengujakan peminat Dari pela...
Saya Sekarang Di Fasa Tak Takvt Berpis4h Rossa Sera

Saya Sekarang Di Fasa Tak Takvt Berpis4h Rossa Sera

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 151 hits
Seperti semua tahu status rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera masih menjadi tanda tanya apatah lagi baru baru ini pelawak itu hadir ke mahkamah
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner