Pismp 2022 Semakan Permohonan Tarikh Tarikh Penting


SEMAKAN PERMOHONAN PISMP AMBILAN TAHUN 2022 & TARIKH-TARIKH PENTING
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Permohonan telah dibuka bermula 15 Mac ini sehingga 15 April 2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta syarat kelayakan dan cara permohonan.
Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ? Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.
IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.
Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi
keperluan di sekolah rendah.
Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG
berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP
dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4)
tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
Baca juga : e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Tarikh Permohonan PISMP Fasa 2 (2022) TARIKH PERMOHONAN DIBUKA : 1 JUN 2022
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 JUN 2022
UJIAN LELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG) FASA 2
Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1 ialah pada 13 Jun 2022.
Cara Permohonan Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 1 JUN 2022.
Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2022 Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:
e-UKCG
e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan. TEMU DUGA
Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan. UKF
Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG. PEMILIHAN
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPMSemua keputusan adalah muktamad. PENAWARAN
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian. Tarikh-tarikh Penting PISMP 2022 Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
BILAKTIVITITARIKH1Permohonan15 Mac – 15 April 20222Permohonan Fasa 21 Jun – 10 Jun 20223Pelaksanaan e-UKCG20 – 29 April 20224e-UKCG Fasa 2

*Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1.13 Jun 20225Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP20 – 22 Jun 20226Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)28 Jun – 3 Julai 20227Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 Julai 20228Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 – 8 Julai 20229Keputusan tawaran Pengajian ke IPG16 Julai 202210Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus7 – 8 Ogos 2022 Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa. Semakan Tawaran PISMP 2022 / 2023 TERKINI:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Keputusan tawaran pengajian ke IPGM akan diumumkan pada 16 Julai 2022 melalui https://pismp.moe.gov.my
Tips & Panduan Permohonan PISMP | – JOM JADI CIKGU SIRI 1- Permohonan PISMP & PPC |
| – JOM JADI CIKGU SIRI 2- TIP dan Panduan e-UKCG |
Calon Yang Tidak Layak Memohon Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah. Baca juga: SPLKPM : Cara Login & Kemaskini Modul splkpm.moe.goy.my
Maklumat Lanjut Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:
MAKLUMAT PROGRAMMAKLUMAT PERMOHONANMAKLUMAT PENTINGBIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKANKALENDAR AKTIVITISOALAN LAZIM (FAQ) ATAU ajukan pertanyaan anda melalui:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
Emel : | [email protected] |
Jangan ketinggalan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.
Layari https://pismp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-ipg-online-pismp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-ipg-online-pismp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perantisiswa Semakan Tarikh Terima Peranti Permohonan Fasa Kedua

Perantisiswa Semakan Tarikh Terima Peranti Permohonan Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 821 hits
TERKINI Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Mala...
Bingkas Selangor 2022 Permohonan Baru Semakan Kelayakan

Bingkas Selangor 2022 Permohonan Baru Semakan Kelayakan

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 610 hits
Untuk makluman semua bagi tahun 2022 ini Kerajaan Selangor akan melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor Ia merupakan program baharu yang memberikan bantuan sebanyak RM3 600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang ...
Tarikh Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah

Tarikh Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 196 hits
Tarikh Tarikh Dan Peristiwa Penting Bulan Zulhijjah Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah Bulan ini juga merupakan bulah dimana ibadat Haji dilakukan dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha pula akan disa...
Permohonan Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp 2 0 2022

Permohonan Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp 2 0 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 504 hits
Baru baru ini heboh di media sosial apabila ramai rakyat mahu dan mengharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP 2 0 dilakukan sekali lagi Ramai rakyat yang terkesan dengan covid 19 dan kenaikan harga barangan baru baru ini Oleh itu baru baru ini ...
Portal Simpeni Login Semakan Pendaftaran Calon Upkk 2022

Portal Simpeni Login Semakan Pendaftaran Calon Upkk 2022

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 457 hits
Sukacita dimaklumkan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2022 akan berlangsung mulai Mei hingga November 2022 Maklumat berkaitan serta pengurusan pelaksanaan penilaian dan ujian telah dimuatnaik di Portal SIMPENI JAKIM Berikut dikongsikan info penti...
Kkm Buka Permohonan Jururawat Julai 2022 Minima Spm Layak Mohon

Kkm Buka Permohonan Jururawat Julai 2022 Minima Spm Layak Mohon

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 309 hits
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima SPM Layak Mohon Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mi...
Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 449 hits
Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 2023 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak Berikut dikongsikan jenis biasiswa yang ditawarkan dan syarat kelayakan ...
Gspel Giatmara Permohonan Pengambilan Pelatih Baru 2022 Online

Gspel Giatmara Permohonan Pengambilan Pelatih Baru 2022 Online

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 320 hits
Permohonan GIATMARA 2022 ambilan Julai 2022 kini dibuka untuk yang berminat Anda boleh memohon secara online sahaja Tahukah anda apa itu GIAT MARA dan apakah kursus yang ditawarkan secara khusus di seluruh Malaysia Dalam artikel ini kami ak...
Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022 Pengajian Percuma

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022 Pengajian Percuma

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 454 hits
TAWARAN PENGAJIAN DIPLOMA SIJIL DAN SIJIL SENI KRAF KEMASUKAN OGOS 2022 DI INSTITUT KRAF NEGARA Peluang keemasan untuk sambung belajar dalam bidang seni kraf Batik Tenunan Kayu Logam Seramik atau Rotan di Institut Kraf Negara tajaan sepenuh...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera