Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023
Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022/2023 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Sarawak 2022/2023 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.
Berikut dikongsikan jenis biasiswa yang ditawarkan dan syarat kelayakan untuk memohon.
Jenis Biasiswa Yayasan Sarawak
Terdapat dua biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan mengikut bidang pengajian masing-masing iaitu :
Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib
Untuk pengajian kursus STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)
Biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman
Kursus bukan STEM selain Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Baca Juga : Tawaran Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk makluman, tarikh tutup permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak adalah pada 29 Julai 2022.
Syarat-Syarat Permohonan
Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
Syarat-Syarat Asas
Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali Anak Kelahiran Sarawak) ;Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf di Dalam Negara sahaja. Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana 10 Institusi Pengajian Tinggi Terunggul di dunia (10 Institusi Terbaik Dunia). Pemohon MESTI telah menerima surat tawaran kemasukkan ke Institusi.
ljazah Pertamaljazah LanjutanUntuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara SAHAJAUntuk permohonan penajaan di Institusi Dalam Negara dan LUAR NEGARA (10 INSTITUSI TERBAIK DUNIA SAHAJA)
Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
(Keutamaan kepada pelajar yang berada di Tahun 1 dan 2 sahaja).
PERINGKAT & KRITERIA KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIKljazah PertamaPemohon mestilah memperolehi subjek Bahasa Melayu Kepujian (Kredit) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya. Memperoleh CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/ Diploma / Matrikulasi / Asasi/ Foundationl A-Level dan yang setaraf dengannya;ljazah LanjutanMemperoleh pencapaian akademik yang cemerlang CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ljazah Pertama atau Sarjana.Kriteria TambahanMemiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum; Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan; Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti;
Kriteria Pemilihan
Calon yang layak serta memenuhi kriteria yang ditetapkan akan ditemuduga oleh panel khas.
Pemilihan akan dibuat dengan mengambil kira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh panel.
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dan boleh dilakukan menerusi laman web http://www.yayasansarawak.org.my/Permohonan hendaklah diserta dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi;Calon dikehendaki untuk sertakan bersama salinan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan.Sila ambil perhatian bahawa semua salinan dokumen dan sijil perlulah disahkan terlebih dahulu.Pegawai atau kakitangan kerajaan atau swasta yang sedang berkhidmat mestilah kemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar sepenuh masa.Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa;Semua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada Seksyen Biasiswa, Yayasan Sarawaak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Petra Jaya, Kuching.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian 082-441686 atau layari laman rasmi Yayasan Sarawak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/biasiswa-yayasan-sarawak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=biasiswa-yayasan-sarawak