Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2022 Pengajian Percuma
TAWARAN PENGAJIAN DIPLOMA, SIJIL DAN SIJIL SENI KRAF KEMASUKAN OGOS 2022 DI INSTITUT KRAF NEGARA
Peluang keemasan untuk sambung belajar dalam bidang seni kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik atau Rotan di Institut Kraf Negara (IKN), tajaan sepenuhnya Kerajaan Malaysia.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Institut Kraf Negara dan bidang pengajian yang ditawarkan bagi sesi kemasukan September 2021.
Apakah Institut Kraf Negara (IKN)?
Penubuhan Institut Kraf Negara (IKN) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Ogos 2001.
Ia melambangkan satu detik peralihan (turning point) yang penting serta menjadi satu mercu tanda dalam perkembangan industri kraf di negara ini. Di sinilah bermulanya peranan IKN sebagai institusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lulusan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang kraf.
Mengimbas sejarah latihan kemahiran kraf, ia mula diperkenalkan pada tahun 1967, dengan wujudnya Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan (PKPT) di bawah RIDA / MARA.
Peranan latihan pertukangan ini kemudiannya telah diambil alih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM) pada April 1973.
Pada 1 Oktober 1979, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) ditubuhkan di bawah Akta 222 menggantikan LKM. Program latihan kemahiran seterusnya diambil alih oleh Kraftangan Malaysia pada Oktober 1979 hingga kini.
Pada Ogos 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan IKN yang akan mentauliahkan Diploma dan Sijil kepada para pelajar.
Bermula pada sesi pengajian 2002 / 2003, IKN mengorak langkah dengan pengambilan pelajar baru di peringkat diploma.
Walaupun IKN menawarkan program diploma, pengajian program sijil tetap diteruskan.
Bidang Yang Ditawarkan
Di Institut Kraf Negara ada tiga (3) program pengajian dan enam (6) jurusan yang boleh dipilih.
Adik-adik boleh pilih untuk menyambung pengajian di Diploma, Sijil Seni Kraf atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang :
BATIKTENUNANKAYULOGAMSERAMIKROTAN
*Diiktiraf JPA, MQA dan JPK
Kelebihan & Keistimewaan Menyambung Pengajian Di IKN
Pengajian di IKN adalah secara PERCUMA! Bebas Hutang PTPTN!
Jadi tak perlu risau bila habis belajar tak perlu tanggung hutang pengajian.
Kemudahan disediakan :
Asrama PERCUMAMakan Minum PERCUMABahan dan Alat Bengkel DISEDIAKANElaun Sara Hidup Bulanan
Lepas habis belajar nak ke mana? Peluang seperti :
Peluang menjadi usahawan muda krafPereka Produk (Designer)Penjawat awam dan swasta (seni kraf/pendidik dan lain-lain)Artisan KreatifPakar Bidang KrafPekerja Mahir Kraf
Baca juga: mySPP Online: Daftar, Login & Mohon Jawatan Kosong Terkini 2022
Syarat Kelayakan
Syarat asas kemasukan adalah :
Berusia 18 tahun hingga 35 tahunLepasan SPM (Diploma dan Sijil)Boleh menulis dan membaca serta minat dalam seni kraf (SKM)Bujang
Cara Permohonan Ke Institut Kraf Negara (IKN)
Daftar dengan klik di sini https://www.ikn.gov.my/jommasukikn atau whatsapp ke www.wasap.my/+60193005709/jommasukikn
Untuk maklumat lanjut tentang Institut Kraf Negara, sila ikuti saluran rasmi dan media sosial IKN berikut:
Website : www.ikn.gov.myFB : Institut Kraf Negara (IKN)IG : myikn_Twitter : MyIknTiktok : myikn_HOTLINE : 019-3005709Link Whatsapp: www.wasap.my/60193005709/daftar.ikn
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/institut-kraf-negara-ikn/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=institut-kraf-negara-ikn