Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim


Bismillah, Assalamualaikum pembaca semua. Alhamdulillah, hari ini kita sudah melangkah ke tahun baru, di mana saya yakin semua orang akan mula mengeluarkan azam baru, wishlish dan macam-macam lagi refleksi terhadap tahun yang sudah berlalu. Insya Allah
Sedar atau tidak, kita selalu bercakap tentang persediaan. Akan tahun baru. Matlamat hidup. Versi diri yang lebih baik.
Namun dalam satu sesi refleksi bertajuk Ready 2026, saya tersentak dengan satu soalan yang sangat jujur:
Soalan sebenar bukan “Ready 2026?”
tetapi “Adakah aku bersedia jika dipanggil bila-bila masa?”
Soalan ini tidak menakutkan. Ia menyedarkan yang matlamat kita hidup di dunia ini bukan sekadar menghabiskan tahun, tick wishlist.. bukan.
Dan bukanlah refleksi sebagai hamba itu, terhenti sekadar pada tahun baru hijrah, Muharram tetapi ianya sentiasa harus kita renew dan reset pada tiap-tiap masa, hari baru, bulan baru dan tahun baru.



“Hang Pi Mana?” – Arah Hidup Yang Sebenar Allah bertanya dalam Al-Quran:
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ
“Maka ke manakah kamu hendak pergi?”
(Surah At-Takwir, ayat 26)
Soalan ini bukan tentang lokasi, tetapi tentang arah hidup kita di dunia yang sementara ini.
Ramai antara kita bergerak ke arah kestabilan, kewangan, dan keselesaan. Semua itu tidak salah. Tetapi jika keputusan hidup tidak berpandukan wahyu, kita sebenarnya sedang berjalan tanpa kompas.
Ready 2026 bermula dengan membetulkan arah, bukan mempercepat langkah.





“Hang Dok Mana Sekarang?” – Amanah Yang Dipikul Allah menyebut tentang amanah:
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang…”
(Surah Al-Ahzab, ayat 72)
Amanah itu besar: sebagai hamba Allah, sebagai isteri, sebagai ibu, sebagai anak, sebagai manusia. Terlalu besar dan berat sehinggakan tiada makhluk Allah yang kuat hatta gunung pun sanggup memikulnya, tetapi Allah serahkan kepada kita yang kerdil ini untuk menjadi penjaganya dan pengurusnya.
Amanah adalah satu perkara yang kita semua amat suka memikulnya tetapi amat culas dalam mengerjakannya. Relate?
Saya juga sama, adakalanya dan mungkin kebanyakkan masanya saya zalim dalam menguruskan amanah saya sendiri. Allahu akbar!
Allah menyambung kembali:
إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
“Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat jahil.”
 
Apa maksud zalim dalam amanah? Zalim bukan semata-mata menindas. Dalam konteks amanah, ia bermaksud:
tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya cuai terhadap tanggungjawab mengambil ringan apa yang sepatutnya dijaga Lawan zalim ialah ADIL — menunaikan amanah mengikut kadar yang sepatutnya, bukan ikut emosi.
Apa pula maksud jahil? Jahil bukan tidak tahu, tetapi tahu yang betul namun tidak menggunakannya.
Lawan jahil ialah berilmu dan berhikmah — menggunakan ilmu untuk mengawal tindakan.
Maka, tahun ini amanah ini perlu kita muhasabah, apakah kita seorang yang zalim dengan amanah yang telah Allah berikan?
Lalu apa perlu kita lakukan? Mari kita fikirkan bersama-sama.
Zalim Dalam Amanah: Checklist Muhasabah Diri Zalim ini sering berlaku tanpa kita sedar, kerana ia dibungkus dengan penat, tekanan dan alasan. Checklist ini bukan untuk menghukum diri, tetapi untuk sedar dan membaiki. Bagi saya, ianya penting untuk saya sentiasa semak apakah saya ada melakukan kesilapan dan berapa banyak alasan yang telah saya berikan kerana mengutamakan diri sendiri?
Apakah ini juga sebagai satu bentuk pentingkan diri? Dalam kita nak mengejar begitu banyak "topi", nak jadi yang terbaik tetapi rupanya kita hanya separuh dalam melakukan kerja tersebut.
Separuh jiwa sebagai seorang isteri, lagi separuh meronta-ronta ingin jadi wanita yang bebas? Fikirkan... Mari kita lihat, apakah checklist ini kena dengan kita? Semoga kita semua dapat jadi hamba Allah yang lebih baik pada tahun ini berbanding sebelumnya
Sebagai Isteri Melayan ikut emosi, bukan adab Melepaskan penat kepada pasangan Menuntut difahami, jarang memahami Sebagai Ibu Hadir fizikal, jauh emosi Marah lebih daripada memberi contoh Menangguh perhatian anak Sebagai Anak Bercakap keras Cepat menjawab, lambat mendengar Doa bila teringat Sebagai Hamba Allah Melengah solat Menormalkan dosa Sibuk dunia, lupa Allah Kita tidak dituntut sempurna,
tetapi dituntut berlaku adil dalam amanah.

“Yang Lepas Tu Macam Mana?” – Dosa, Ingatan & Aib Allah memberi peringatan:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ
(Surah Al-Kahfi, ayat 57)
Perlu ke kita ingat dosa silam? Ya — sebagai peringatan. Tidak — sebagai hukuman kepada diri.
Dosa silam ialah aib sendiri:
tidak untuk diceritakan tidak untuk dibanggakan tidak untuk dijadikan identiti Selepas istighfar, kita belajar melepaskan, bukan menggali luka lama. Ustaz Fazrul menjelaskan, bukanlah dosa lama ini ditutup dan dilupakan selama-lamanya kerana nak buka buku baru, tetapi dosa dan pengalaman inilah yang menjadikan kita insan yang lebih baik.
Bukan untuk ditayang, dimegah tetapi itulah "aib" kita di hadapan Allah. Apabila Allah ampunkan dosa kita setelah kita bertaubat, maka seharusnya kita jadi lebih yakin menunaikan amanah Allah, tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya agar bila saat kita dipanggil, kita sudah tiada sesalan kerana sudah buat yang terbaik mengikut apa yang Allah redha akan kita.

Soalan;
Apakah setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini mengikut apa yang Allah suka atau yang tidak suka?
Apakah kita redha bahawa yang kita inginkan itulah, harus kita lepaskan jika itu bukan yang Allah redha?
Redha Allah atau redha manusia?


Amalan Kecil Untuk Hidup Lebih Bersedia Kesediaan bukan datang daripada perubahan besar yang mendadak. Ia bermula dengan amalan kecil yang dijaga secara konsisten. Ianya boleh jadi apa sahaja, hatta bermula dengan semangat nak jaga solat tahajud setiap hari, beri senyuman setiap hari kepada insan tersayang (mana tahu asyik masam aje tiap-tiap pagi). 
Baik, maka mari kita cuba cari apakah amalan yang boleh kita perbaiki dan tambah lagi pada tahun 2026 
Antara Amalan Yang Boleh Kita Usahakan Hubungan dengan Allah Bangun solat tahajud walaupun 2 rakaat Solat di awal waktu bila mampu Puasa sunat setiap bulan Istighfar setiap hari Amanah diri & alam Tidak membuang sampah merata-rata Menjaga kebersihan dan tidak menyusahkan orang Lisan & emosi Menahan marah daripada kata-kata buruk Diam ketika emosi memuncak Media sosial Berkongsi perkara yang bermanfaat Menjaga aib sendiri dan orang lain Hubungan sesama manusia Minta maaf bila salah Belajar memaafkan Mendoakan orang lain Ilmu & kesedaran Luangkan masa dengan Al-Quran Hadir majlis ilmu Amalkan walau satu perkara kecil
Penutup: READY 2026 Sebenarnya Ready 2026 bukan tentang hidup yang sempurna, dosa yang sifar, atau perancangan yang lengkap.
Tetapi tentang:
arah hidup yang jelas amanah yang sedang dibaiki dosa yang diletakkan di tempat yang betul amalan kecil yang dijaga dengan jujur Bukan soal hidup sampai 2026,
tetapi hidup dalam keadaan bersedia jika dipanggil bila-bila masa.
Dan kesediaan itu bermula dengan satu perkara kecil: kejujuran kita di hadapan Allah.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2026/01/azam-tahun-baru-2026-arah-hidup-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 215 hits
Selamat tahun baru 2026 Memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2026 ini adalah masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah dan merancang lembaran baru yang lebih gemilang Untuk mengetahui kalendar 2026 Hari Kelepasan Am serta Kalendar Ak...
30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 322 hits
Azam Tahun Baru 2026 anda apa kali ini Kalau belum ada inilah masanya untuk menetapkan azam baru dan tekad agar menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya Untuk mengetahui kalendar 2026 Hari Kelepasan Am serta Kalendar Akademik sila rujuk Jom...
Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 103 hits
Selamat tahun beru 2026 buat semua pembaca maya dan semua yang mengenali Blog Pesona Etuza
Cuti Tahun Baru 2026 Ini 5 Negeri Yang Tidak Bercuti 1 Januari

Cuti Tahun Baru 2026 Ini 5 Negeri Yang Tidak Bercuti 1 Januari

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 186 hits
Selamat Tahun Baru 2026 Tahun baru maka azam pun mestilah baharu agar hidup kita sentiasa mempunyai misi dan halatuju Semoga tahun tahun yang sudah lepas banyak mengajar kita tentang erti kehidupan dan mematangkan hidup kita Setiap kali dat...
Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 267 hits
Memasuki tahun baharu sering menjadi saat refleksi diri Tahun 2026 bukan hanya soal azam atau perancangan kewangan tetapi juga tentang reset hidup Memberi ruang untuk membuang tekanan lama dan memulakan lembaran baru dengan lebih tenang dan...
Sambutan Tahun Baru 2026 Lokasi Pertunjukan Bunga Api

Sambutan Tahun Baru 2026 Lokasi Pertunjukan Bunga Api

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 464 hits
Sambutan Tahun Baru 2026 Nikmati Keindahan dan Kesejahteraan Bersama Tahun Baru 2026 bakal tiba membawa harapan baru semangat segar dan impian yang lebih besar Di seluruh Malaysia pelbagai acara menarik dirancang bagi memeriahkan detik bers...
Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 181 hits
Anak anak muda sekarang ni rajin bekerja rajin menyimpan tapi bila bab nak beli rumah ramai yang jadi takut Takut salah pilih takut tak mampu bayar takut loan tak lulus Sis faham sangat sebab beli rumah ni bukan macam beli telefon Silap lan...
Kerajaan Negeri Perlis Isytihar 1 Jan 2026 Sebagai Cuti Peristiwa

Kerajaan Negeri Perlis Isytihar 1 Jan 2026 Sebagai Cuti Peristiwa

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 93 hits
Kerajaan Negeri Perlis Isytihar 1 Jan 2026 Sebagai Cuti Peristiwa Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan 1 Januari 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ib...
5 Checklist Kewangan Kena Semak Sebelum Tahun Baru Bimbang Amaun Jadi Berganda Tanpa Sedar

5 Checklist Kewangan Kena Semak Sebelum Tahun Baru Bimbang Amaun Jadi Berganda Tanpa Sedar

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 174 hits
Bila dah tiba ambang hujung tahun rutin kebanyakan orang adalah hampir sama yakni menyemak semula kewangan yang dah berlaku sepanjang tahun Langkah ini dibuat kerana untuk mengenal pasti adakah pada tahun tersebut sudah terlebih berbelanja ...
Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Countdown Hotspots In Klang Valley

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Dpsp Upsi Ambilan Mac 2026

What Could Be The Best New Year Message Ever


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bye 2025 Welcome 2026

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Nasi Lemak Malam

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Kepentingan Buku Program Dalam Majlis Pelancaran Seminar