Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi
“Nanti Saya Call Balik…” Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum ‘Pergi’
Ibu merupakan insan yang paling istimewa dalam kehidupan setiap manusia.
Sejak detik pertama kita membuka mata di dunia, ibu telah menjadi sumber kasih sayang, perlindungan dan pengorbanan tanpa batas.
Oleh itu, kita perlu menghargai ibu selagi dia masih hidup kerana kehadirannya adalah anugerah yang tiada gantinya.
Kehilangan seorang ibu bukan sekadar kehilangan insan tersayang. Ia juga boleh membuat hidup anak-anak terasa suram dan kosong kerana tiada lagi doa, nasihat dan kasih sayang tulus yang selama ini menjadi sumber kekuatan mereka.
Baru-baru ini, tular di Threads satu perkongsian menyentuh hati tentang momen terakhir seorang anak yang tidak sempat pulang sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir.
“Kalau boleh aku tak nak ingat tarikh 31/12”
Ini adalah tarikh arwah Mak pergi untuk selamanya tetapi adik-beradik berkongsi cerita hari ini, genap 8 tahun arwah meninggalkan kami semua.
Pada 31 Disember 2017, sekitar jam 6 petang, arwah Mak menelefon untuk memberitahu dia berada di bilik kecemasan di kampung kerana tidak sihat. Waktu itu, aku sedang on call dan menjaga pesakit, jadi tidak dapat berbual lama.
Empat kali dia mengulang beritahu dia berada di emergency, tetapi aku menjawab, “Nanti call balik, ada pesakit ini.
Setelah selesai mengurus kes baru di wad dan pakar datang untuk melihat pesakit, barulah aku sempat menghubungi Mak, menanyakan khabar dan berbual seketika.
Jam 8 malam, pakar datang untuk ward round dan aku menyertainya. Tiba-tiba kakak menelefon memberitahu Mak tidak sihat dan tiba-tiba rebah.
Aku segera meminta izin untuk pulang ke kampung, tetapi sebelum sempat aku keluar dari hospital, kakak menelefon lagi untuk memberitahu Mak telah tiada.
Lapan tahun tanpa doa seorang ibu
Sejak saat itu, rasa bersalah menekan aku. Rasa bersalah kerana tidak betul-betul menanyakan khabar arwah. Rasa bersalah kerana tidak mendahulukan Mak sendiri.
Rasa bersalah kerana tahun yang sama aku tidak sempat balik kampung semasa puasa dan raya kerana tiada cuti panjang.
Minggu terakhir puasa, arwah Mak masih sempat menelefon dan bertanya, “Puasa sudah hampir habis, tidak mahu balik kampung untuk berbuka bersama?”
Tahun 2025, genap 8 tahun arwah pergi untuk selamanya.
Lapan tahun tanpa doa seorang ibu.
Lapan tahun tanpa tempat untuk aku berkongsi cerita.
Lapan tahun yang membuat hidup terasa kosong, hampa, dan sunyi. Rindu yang tidak terucap, rindu yang tidak pernah hilang. Sangat rindu.
Al-Fatihah untuk arwah Mak (Hasmah Binti Hassan)
BACA: Terimbau Memori Lama, Cef Luar Negara Teruja Jumpa Buah Ini Di MYDIN
BACA: 41 Pemuda Dilapor Meninggal Dunia Selepas Berkhatan
Sumber: @the.nxw via Threads
The post “Nanti Saya Call Balik…” Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum ‘Pergi’ appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2026/01/01/nanti-saya-call-balik-lelaki-kongsi-penyesalan-tak-sempat-jumpa-ibu-sebelum-pergi/