Pelabur Asing Resah Tiada Tarikh Penyerahan Kuasa
Melawat-lewatkan pengumuman tarikh penyerahan kuasa antara PM Tun Mahathir dan penggantinya Anwar Ibrahim meresahkan komuniti perniagaan Malaysia.
Khususnya pelabur asing, semakin resah apabila timbul spekulasi salah satu parti komponen Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan baharu bersama pembangkang.
Bagi penganalisis pasaran, Jameson Tan yang juga salah seorang pelabur asing, situasi itu amat tidak baik bagi Malaysia yang cuba memulihkan ekonominya selepas kejatuhan rejim BN.
Menurut beliau, peralihan kuasa penting bagi mewujudkan kepastian dan kembalinya minat pelabur menanam modal di negara ini
“Kami sudah sekian lama menunggu tetapi masih belum ada berita lagi. Sebaliknya kita mendapat tahu ada desas-desus bahawa mungkin ‘kerajaan baru’ akan dibentuk.
“Pada masa seperti ini di mana sektor pelancongan sudah mengalami kekurangan pelancong disebabkan oleh koronavirus, ketiadaan berita mengenai tarikh peralihan kuasa adalah satu perkara yang amat membimbangkan sebab ekonomi Malaysia sedang berada dalam ‘downward trend’ (keadaan yang sedang menguncup).
“Justeru itu, kami golongan usahawan berharap Majlis Presiden Pakatan akan mengadakan mesyuarat dengan segera untuk memutuskan perkara ini,” katanya.
Kata Jameson Bursa Saham Kuala Lumpur masih lemah dan kurang daripada paras 1,600 mata serta nilai tukaran matawang Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat yang masih berada pada paras lebih dari RM4 untuk 1 Dolar Amerika, hal itu katanya menunjukkan situasi pelaburan di Malaysia tidak memberangsangkan.
“Oleh itu dengan keadaan ekonomi rantau Asia yang lembab disebabkan oleh koronavirus, saya harap situasi politik di sini akan diberi satu halatuju yang jelas, stabil dan kukuh.
“Kalau Kerajaan PH masih selamba sahaja dalam isu peralihan kuasa untuk jawatan PM maka ekonomi akan terus ‘slowdown’ walaupun setelah koronavirus dapat ditangani oleh semua pihak.
“Semua parti-parti dalam koalisi Pakatan Harapan mesti mengorak langkah bekerjasama dalam isu peralihan kuasa kerana pelabur asing semakin kecewa dengan situasi politik yang tidak menentu. Nampaknya percaturan politik dipergiatkan sementara isu ekonomi masih belum diberi perhatian 100 peratus,” tambahnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/26331