Tarikh Serah Kuasa Sepatutnya Ditetapkan Sebaik Saja Anwar Menang Di Pd



Jika kerajaan “selamatkan diri” Pakatan Nasional yang diperbualkan kebelakangan ini akhirnya benar-menjadi kenyataan, sebab utama ia boleh berlaku ialah kerana gagalnya PH menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.

Kini harus disedari bahawa kerana tiada tarikh khusus berkenaan penyerahan kuasa itulah yang membuatkan pintu wujudnya sebuah kerajaan baru melalui jalan belakang sentiasa terbuka luas.

Kerana tiada tarikh itu jugalah, pihak tertentu dalam UMNO dan Pas yang dalam hati mereka penuh dengki dan dendam sentiasa mencari peluang menanam jarum hasutan terhadap Tun Mahathir.

Kerana tiada tarikh itu jugalah Tun Mahathir yang sudah berjanji hanya mahu dua tahun sebagai Perdana Menteri mudah lupa kepada janjinya sendiri, walaupun dalam usianya sudah 94 tahun kini beliau seharusnya lebih banyak memikir soal akhirat berbanding dunia.

Lebih mudah lagi beliau lupa kepada janji sendiri kerana selalu pula dibuai oleh pembodek dan pengampu yang mengipasnya setiap hari.

Kerana tiada tarikh itu jugalah mereka yang ada kes mahkamah sanggup menjual maruah dengan menawarkan sokongan berkuasa lebih lama asalkan dapat menyelamatkan diri dan mengelak daripada menghuni penjara.

Kalau sejak awal tarikh peralihan kuasa sudah ditetapkan, bukan saja perpecahan dalam PH tidak berlaku, malah tidak terjadi juga pelbagai episod dalam politik negara sehingga mungkin tertubuhnya gabungan baru Pakatan Nasional yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Berdasarkan perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani sebelum PRU14 lagi jelas menyebut bahawa Tun Mahathir dipersetujui sebagai Perdana Menteri sementara menunggu Anwar dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampuan Yang Dipertuan Agong yang dengan kedua-duanya itu beliau boleh kembali menjadi Ahli Parlimen yang merupakan tiketnya untuknya aktif semula dalam politik dan boleh memegang jawatan dalam kerajaan.

Dalam hal tersebut, oleh kerana sukar untuk menjangka proses pembebasan dan pengampunan boleh diperolehi, sebab itu tarikh peralihan kuasa tidak ditetapkan, sebaliknya tempoh dua tahun dikira sebagai jangkamasa yang munasabah bagi kedua-dua proses tersebut.

Tetapi, tidak disangka Anwar telah dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan daripada Agong hanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan selepas PH membentuk kerajaan pada 10 Mei 2018.

Berikutan itu, Anwar kemudiannya bertanding dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dan menang dengan majoriti 23,560 undi.

Berdasarkan ayat dalam perjanjian peralihan itu bermakna proses peralihan kuasa sudah boleh dimulakan sebaik saja Anwar terpilih sebagai Ahli Parlimen yang merupakan tiketnya untuk boleh menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.

Mungkin Tun Mahathir boleh dipersetujui untuk memegang jawatan sehingga tempoh dua tahun, tetapi apa salahnya jika selepas Anwar terpilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, tarikh peralihan kuasa sudah ditetapkan?

Kalau itu yang dilakukan oleh Majlis Presiden sejak dulu, tidakkah kemelut dalam PH sebagaimana yang berlaku sekarang tidak akan berlaku?

Lebih malang, walaupun sehingga ke peringkat era PH hampir berakhir dan bakal digantikan dengan Pakatan Nasional, Majlis Presiden masih lagi tidak berbuat apa-apa?

(ShahbudinHusin 05/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/tarikh-serah-kuasa-sepatutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 621 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 483 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Tuduhan Lokman berat Zahid dan Hishamuddin patut beri penjelasanBANGI Pembentukan kerajaan baharu yang lebih cekap dan berwibawa wajib disegerakan sekiranya kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan mereka ...
Umum Tarikh Serah Kuasa Henti Pn

Umum Tarikh Serah Kuasa Henti Pn

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 366 hits
Mohd Sayuti Omar Pergolakan politik Malaysia seakan tidak akan berakhir selagi Anwar Ibrahim tidak jadi perdana menteri Ia macam musim banjir penghujung tahun laut akan tetap bergelora selagi musim tenkujuh tidak berakhir Sepanjang tengkuju...
Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 709 hits
Isu peralihan kuasa isu PPSMI isu Azmin dan banyak lagi isu yang berkaitan Tun boleh dijadikan alasan kepada PH untuk tendang keluar BERSATU sekaligus pecat Tun Anwar boleh jadi PM Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri Kalau setakat desak ...
Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

Nama Tun M Rosak Jika Tak Serah Pm Pada Anwar Kata Ahli Dap Perak

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 475 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad akan merosakkan namanya sendiri seandainya tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik November ini Ahli Jawatankuasa DAP Perak Dat...
Proses Penyerahan Kuasa Mahathir Kepada Anwar Yang Netizen Perlu Fahami

Proses Penyerahan Kuasa Mahathir Kepada Anwar Yang Netizen Perlu Fahami

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 392 hits
Manifesto bukan kitab suci Dalam banyak janji yang tertera di dalam manifesto Pakatan Harapan janji yang paling diambil berat oleh kalangan pimpinannya ialah menyerahkan tugas perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahi...
Serah Kuasa Boleh Dikhianati

Serah Kuasa Boleh Dikhianati

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 479 hits
EDY NOOR REDUAN 1 Adalah yang menjadi satu rahsia terbuka peralihan kuasa Perdana Menteri di antara Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terkandung dalam perjanjian yang dimeterai pimpinan Pakatan Harapan pada tanggal 6 Jan...
Saya Akan Bersara Jika Tun Mahathir Tidak Serah Jawatan Kepada Anwar Lim Kit Siang

Saya Akan Bersara Jika Tun Mahathir Tidak Serah Jawatan Kepada Anwar Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 584 hits
Veteran DAP Lim Kit Siang sanggup mempertaruhkan kerjaya politiknya sekiranya janji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditunaikan Beliau bagaimanapun yakin...
Peralihan Kuasa Untuk Kepentingan Anwar

Peralihan Kuasa Untuk Kepentingan Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 349 hits
Via WhatsApp Peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim bukan sahaja untuk kepentingan kedua individu itu tetapi membawa maslahah atau faedah dan memberi signifikan besar daripada itu Jangan salah anggap ia semata mat...
Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Gigi Rosak Berkulat Ketahui 8 Punca Utama


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

30 Juzuk Terakhir

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Kasih Suami Jaga Isteri Dalam Pantang Undang Sebak Video Food Festival Kembali Tular

Selamat Hari Lahir Arwah Mak Yang Ke 69 Tahun