Mesyuarat Majlis Presiden 21hb Ini Mesti Mesti Dan Mesti Tetapkan Tarikh Serah Kuasa


Shahbudin Husin


Gambar hiasan

Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tandatangan bagi mengekalkan khidmatnya sehingga habis penggal, hari ini keluar pula laporan yang berbeza.

Dilaporkan seramai 138 Ahli Parlimen sudah menandatangani Akuan Bersumpah bertujuan menyokong khidmatnya sehingga habis penggal atau hingga tahun 2023.

Walaupun angka yang dilaporkan itu agar meragukan, misalnya 26 Ahli Parlimen PKR dan 39 Ahli Parlimen BN dikatakan telah menandatangani Akuan Bersumpah itu, hakikatnya mereka yang takut dengan peralihan kuasa dan cuba menggagalkannya, tidak pernah putus asa daripada berusaha.

Dalam konteks angka yang dilaporkan itu, adalah tidak munasabah sebenarnya 26 atau lebih separuh daripada keseluruhan 50 Ahli Parlimen PKR tidak setuju Anwar menjadi Perdana Menteri untuk menggantikan Tun Mahathir.

Begitu juga 39 Ahli Parlimen BN yang dilaporkan telah menandatangani Akuan Bersumpah, angka ini juga agak keterlaluan kerana jika ia betul, bermakna Najib Razak, Tengku Razaleigh Hamzah, Nazri Aziz dan Ahmad Maslan yang antara dikenalinya sebagai anti Tun Mahathir turut bersetuju agarbkhidmat Perdana Menteri dikekalkan sehingga habis penggal.

Bagaimanapun, berpendirian sama seperti ketika bertemu Anwar semalam, Tun Mahathir sekali lagi menyatakan beliau tidak tahu menahu serta tidak terlibat langsung dengan pengumpulan tandatangan itu.

Malah, beliau juga hairan bagaimana laporan itu timbul kerana beliau sudah menyatakan pendiriannya untuk terus komited terhadap janji peralihan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang sudah dinyatakannya serta dimaklumkan kepada Anwar semalam.

Cuma, di sebalik usianya yang semakin meningkat tua, Tun Mahathir seolah-olah mahu permintaannya agar peralihan kuasa dianjakkan sehingga selepas Sidang Apec pada November, difahami dan diterima.

“Saya dengar cerita macam-macam, termasuk nak suruh saya kekal 22 tahun lagi.

“Saya sudah 94 tahun.

“Tak lama lagi 95. Mana boleh tahan.

“Saya janji akan letak jawatan selepas Apec, itu saya pegang kepada janji saya.

“Saya tidak terlibat dengan yang lain (SD), cuma janji letak jawatan (dan) akan letak jawatan,” katanya lagi.

Begitu pun, adalah dipercayai khabar angin dan spekulasi jahat yang bertujuan menggagalkan peralihan kuasa tidak akan berhenti begitu saja, biarkan selepas berpuluh kali Tun Mahathir menafikannya.

Mereka yang takut jika peralihan kuasa menjadi kenyataan dan Anwar menjadi Perdana Menteri, dirasakan akan terus berusaha dengan pelbagai cara serta helah untuk menggagalkannya.

Untuk itu, mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21hb Februari ini adalah penting untuk menamatkan segala spekulasi dan khabar angin jahat itu daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.

Segala spekulasi, khabar angin dan komplot itu dengan sendirinya boleh ditamatkan jika mesyuarat pada 21hb Februari dapat menetapkan tarikh khusus tentang peralihan kuasa.

Tidak kira sama ada Mei atau November yang akan dipersetujui, tarikh khusus mengenainya tidak boleh tidak, mesti, mesti dan mesti ditetapkan kali ini.

Selagi tidak ditetapkan, selagi itulah isu peralihan kuasa ini tiada kesudahannya dan akhirnya PH sendiri akan bermasalah akhirnya.

Kali ini Majlis Presiden mesti ada ketegasan yang jitu demi masa depan PH dan negara yang sedang mereka tadbir sekarang ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/mesyuarat-majlis-presiden-21hb-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 418 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 607 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Majlis Presiden Serah Kepada Tun M Tarikh Bersara

Majlis Presiden Serah Kepada Tun M Tarikh Bersara

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 419 hits
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diharapkan pembangkang akan memecahkan gabungan pemerintah berakhir dengan keputusan mudah memberi sepenuh kepercayaan kepada Tun Mahathir menetapkan tarikh persaraannya Bagaimanapun mesyuarat ...
Hormati Keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Ph Kata Anwar

Hormati Keputusan Mesyuarat Majlis Presiden Ph Kata Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 423 hits
Semua pihak perlu menghormati keputusan mengenai peralihan kuasa yang diputuskan Majlis Presiden PH malam tadi kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto oleh Ahmad ZamzahuriKAJANG 22 Feb Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap anggota PK...
Majlis Presiden Ph Perlu Putuskan Isu Serah Jawatan Pm Pensyarah

Majlis Presiden Ph Perlu Putuskan Isu Serah Jawatan Pm Pensyarah

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 371 hits
Diterbitkan Hari ini 8 26 pagiBERITAPenganalisis politik Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri perlu dikendalikan dengan baik di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan itu sendiri Menurut pensyar...
Ph Serah Pada Dr M Tarikh Peralihan Kuasa

Ph Serah Pada Dr M Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 487 hits
Diterbitkan Hari ini 12 21 pagiBERITAMajlis Presiden PH menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di ibu negara Nov depan Bercakap pada sidan...
Tarikh Serah Kuasa Sepatutnya Ditetapkan Sebaik Saja Anwar Menang Di Pd

Tarikh Serah Kuasa Sepatutnya Ditetapkan Sebaik Saja Anwar Menang Di Pd

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 419 hits
Jika kerajaan selamatkan diri Pakatan Nasional yang diperbualkan kebelakangan ini akhirnya benar menjadi kenyataan sebab utama ia boleh berlaku ialah kerana gagalnya PH menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada ...
Umum Tarikh Serah Kuasa Henti Pn

Umum Tarikh Serah Kuasa Henti Pn

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 363 hits
Mohd Sayuti Omar Pergolakan politik Malaysia seakan tidak akan berakhir selagi Anwar Ibrahim tidak jadi perdana menteri Ia macam musim banjir penghujung tahun laut akan tetap bergelora selagi musim tenkujuh tidak berakhir Sepanjang tengkuju...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan