Peguam Nasihatkan Hati Hati Main Kutu Ia Salah Dari Segi Undang Undang Negara Kita


 

KUALA LUMPUR - Tidak syak lagi bahawa pandemik COVID-19 telah menjejaskan sumber pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Dalam keadaan sedemikian, ramai yang mungkin terdorong untuk beralih kepada cara mudah dan singkat, mengumpul wang tunai secara bermain kutu.
Tetapi pengamal undang-undang menasihatkan rakyat Malaysia untuk berhati-hati apabila bermain kutu, kerana ia boleh menyebabkan anda terjerumus melakukan kesalahan dari segi undang-undang.

Peguam Teeruvarasu K. Muthusamy berkata secara ringkas takrifan bermain kutu melibatkan sekumpulan kecil orang yang berpakat untuk menyumbangkan sejumlah wang yang dipersetujui dalam tempoh masa yang ditetapkan secara mingguan atau bulanan.
Duit itu kemudiannya diserahkan oleh ketua kumpulan atau ibu kutu kepada peserta, yang dijalankan secara undian.
Teeruvarasu berkata main kutu tradisional dalam kalangan rakan atau keluarga adalah sah mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS), tetapi ia boleh menyalahi undang-undang dalam dua situasi.
"Menjadi satu kesalahan apabila ibu kutu mengenakan yuran keahlian daripada peserta untuk melanggan atau menyertai skim kutu. Ia juga menjadi tidak sah apabila ibu kutu itu menuntut keuntungan daripada daripada ahli yang menyumbang untuk memperkayakan dirinya," katanya kepada Bernama.
Teeruvarasu berkata senario lain yang akan menyebabkan aktiviti itu menyalahi undang-undang adalah apabila dana itu diiklankan atau dipromosikan kepada masyarakat umum.
Beliau menegaskan bahawa perkara itu melanggar iaitu Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).
“Akta 28 dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan,” katanya.
Beliau berkata perkara berkaitan Akta 28 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebarang penyelewengan kutu boleh dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat (ROC) dan polis.
Seorang lagi peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor pula menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri bermain kutu kerana mereka berisiko kehilangan wang atau boleh diheret ke mahkamah.
Catatan pengalaman doktor positif Covid-19
"Ada banyak cara permainan kutu yang dijalankan hari ini dan mereka juga jalankan melalui kumpulan WhatsApp. Ramai yang menyertai skim ini tanpa mengetahui siapa ibu kutu itu.
"Bila makin banyak kumpulan, dana kutu terus meningkat, simpanan makin banyak, ia jadi wang gelap dan itulah yang biasa mengubahnya menjadi satu kesalahan," jelasnya.
Peguam jenayah terkemuka Datuk N. Sivananthan yang senada dengan Nor Zabetha, berkata sekiranya ahli membuat laporan terhadap ketua kumpulan itu, kedua-dua pihak iaitu peserta dan ibu kutu boleh didakwa.
"Secara teorinya, pihak polis boleh mendakwa peserta kerana main kutu dan ketua kumpulan kerana mengutip (wang) dan juga mencuri atau menipu bergantung pada fakta," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/peguam-nasihatkan-hati-hati-main-kutu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhati Hati Main Kutu Peguam

Berhati Hati Main Kutu Peguam

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 172 hits
BH ONLINE Foto hiasan KUALA LUMPUR Tidak syak lagi bahawa pandemik COVID 19 menjejaskan sumber pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia Dalam keadaan sedemikian ramai yang mungkin terdorong untuk beralih kepada cara mudah dan singkat men...
Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

Tommy Thomas Salah Tafsir Perlembagaan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 215 hits
Seorang peguam dari Majlis Peguam Selangor menepis dakwaan bekas peguam negara Tommy Thomas yang peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tahun lalu tidak bermakna kerajaan akan tumbang secara automatik Muhammad Rafique...
Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 216 hits
Provided by Free Malaysia Today Mohamad Hanafiah Zakaria mahu polis melakukan siasatan terhadap Tommy Thomas atas kesalahan memfitnah PETALING JAYA Seorang bekas pegawai kanan undang undang membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana...
Asing Peranan Peguam Negara Pendakwa Raya Presiden Majlis Peguam

Asing Peranan Peguam Negara Pendakwa Raya Presiden Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 195 hits
Presiden Majlis Peguam Salim Bashir KUALA LUMPUR Majlis Peguam mahu kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan setelah Parlimen bersidang semula untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya Presidennya Salim Bashir berkata ia h...
Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 167 hits
ANWAR IBRAHIM Nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu Bagaimanapun Yang di Pertuan Agong tidak dapa...
Bawa Bawa Setan Ocehan Eks Sekjen Demokrat Kerasnya Bukan Main Bisa Nusuk Hati Ahy

Bawa Bawa Setan Ocehan Eks Sekjen Demokrat Kerasnya Bukan Main Bisa Nusuk Hati Ahy

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 209 hits
Mantan Sekjen Partai Demokrat Marzuki Alie menyindir bila kepemimpinan Ketua Umum Partai Demokrat Agus Harimurti Yudhoyono tak ubahnya seperti dinas politik Hal ini seolah menyindir pernyataan SBY menolak tentang dinasti yang diucapkannya 2...
Tengah Main Cakap Apa Pun Anak Takkan Dengar Ada Waktu Paling Tepat Nasihatkan Anak Ni Caranya

Tengah Main Cakap Apa Pun Anak Takkan Dengar Ada Waktu Paling Tepat Nasihatkan Anak Ni Caranya

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 243 hits
Waktu bermain adalah waktu yang sangat menyeronokkan bagi anak anak kita Cakaplah apa sahaja ada waktunya anak langsung tidak mendengar dek terlalu fokus dengan permainan di tangannya Jangan sekali kali memberi pelbagai arahan di waktu ini ...
Kuasa Luar Biasa Peguam Negara

Kuasa Luar Biasa Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 270 hits
Tommy Thomas dan Kuasa AG Buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan masyarakat Malaysia Saya tidak ingin mengulas tentang isu peristiwa dan pengkisahan beliau Itu memoir beliau dan pa...
Lima Negara Ini Tercorot Dari Segi Pengumpulan Penggunaan Data Biometrik

Lima Negara Ini Tercorot Dari Segi Pengumpulan Penggunaan Data Biometrik

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 166 hits
KAJI selidik dijalankan syarikat penyelidikan teknologi Comparitech menunjukkan Malaysia tersenarai antara lima negara tercorot dalam pengumpulan dan penggunaan data biometrik Malaysia berada di tempat kelima dan berkongsi kedudukan dengan ...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien