Asing Peranan Peguam Negara Pendakwa Raya Presiden Majlis Peguam


Presiden Majlis Peguam Salim Bashir  
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam mahu kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan setelah Parlimen bersidang semula untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya.
Presidennya Salim Bashir berkata, ia harus dilakukan untuk menanamkan kepercayaan masyarakat terhadap keadilan, tanpa mengira siapa pun yang dilantik sebagai pendakwa raya.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mesti mempunyai kemahuan politik untuk mengasingkan peranan tersebut kerana ketika ini, Peguam Negara mungkin berada di posisi yang sukar untuk menjalankan tugasnya dalam kedua-dua kapasiti,” kata Salim kepada FMT.
Salim memberi respons terhadap dakwaan campur tangan eksekutif dalam tempoh 20 bulan Tommy Thomas menjadi Peguam Negara bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
Dalam bukunya, “My Story: Justice in the Wilderness”, Thomas mendakwa Mahathir memberitahunya untuk mengelak sebarang prosiding mahkamah terbuka dalam usaha mengekstradisi pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.
Dia juga menuduh Kementerian Dalam Negeri memberi tekanan kepadanya ketika memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengatakan hakim boleh mendengar permohonan jaminan sekalipun seseorang tertuduh didakwa dengan kesalahan berkaitan keganasan.
Thomas berkata, kementerian tersebut juga marah ketika dia memutuskan untuk menarik balik pertuduhan terhadap 12 individu, termasuk wakil rakyat DAP, atas tindakan berkaitan keganasan.
Kata Salim, pindaan itu harus menjadi urusan pertama apabila Parlimen disambung semula, dan semua Ahli Parlimen harus menyokongnya kerana ini adalah untuk kebaikan negara dan rakyat.

“Dua pertiga sokongan Ahli Parlimen diperlukan untuk meminda Artikel 145, sementara hanya majoriti ringkas diperlukan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah untuk mengasingkan peranan mereka dengan jelas,” katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat pada November satu kertas mengenai pengasingan kuasa tersebut akan diserahkan kepada Kabinet menjelang akhir tahun, dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang dalam tahap akhir draf.
Pada 2018, Pakatan Harapan (PH) berjanji dalam manifestonya untuk mengasingkan tanggungjawab Peguam Negara daripada tanggungjawab pendakwa raya. Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) lima anggota yang dipengerusikan oleh bekas hakim, KC Vohrah telah ditubuhkan.
Menurut PH, Peguam Negara akan dilantik daripada kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan akan menjadi menteri yang bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan.
Sementara itu, pendakwa raya akan menjadi individu yang bebas daripada kepentingan politik dengan autonomi untuk menjalankan pendakwaan.
Majlis Peguam, yang mewakili kepentingan 20,000 peguam di Semenanjung, juga mengemukakan kertas cadangannya kepada IRC berhubung perkara itu.
Dalam kertas cadangan itu, Majlis Peguam menyatakan sebagai pendakwa raya, Peguam Negara harus bertindak secara bebas dan tidak berat sebelah, dan bertindak sebagai penjaga kepentingan awam, tanpa dipengaruhi oleh pertimbangan politik.
Maka, kata Majlis Peguam, Peguam Negara dari semasa ke semasa akan diletakkan di kedudukan yang sukar disebabkan oleh konflik kepentingan, apabila kepentingan kliennya – kerajaan semasa – mungkin akan bercanggah dengan kepentingan awam.
Dalam bukunya, Thomas juga mengakui bahawa Artikel 145 (5) menyatakan bahawa Peguam Negara akan memegang jawatan tersebut atas perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia sebenarnya bermaksud perdana menteri.
The post Asing peranan peguam negara, pendakwa raya – Presiden Majlis Peguam appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/02/asing-peranan-peguam-negara-pendakwa-raya-presiden-majlis-peguam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=asing-peranan-peguam-negara-pendakwa-raya-presiden-maj

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 260 hits
Provided by Free Malaysia Today Mohamad Hanafiah Zakaria mahu polis melakukan siasatan terhadap Tommy Thomas atas kesalahan memfitnah PETALING JAYA Seorang bekas pegawai kanan undang undang membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana...
Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 216 hits
ANWAR IBRAHIM Nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu Bagaimanapun Yang di Pertuan Agong tidak dapa...
Saring Banduan Sebelum Bawa Mereka Ke Mahkamah Kata Majlis Peguam

Saring Banduan Sebelum Bawa Mereka Ke Mahkamah Kata Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 263 hits
Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata peguam perlu dilindungi ketika berbincang mengenai kes dengan anak guam mereka yang ditahan di penjara PETALING JAYA Majlis Peguam Malaysia menggesa pihak berkuasa penjara untuk menyaring tahanan ...
Pbnp Sahkan Fifa Arah Bayar Sumareh Rm4 9 Juta Akan Melantik Peguam Dari Luar Negara

Pbnp Sahkan Fifa Arah Bayar Sumareh Rm4 9 Juta Akan Melantik Peguam Dari Luar Negara

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 314 hits
nbsp KUANTAN Persatuan Bolasepak Negeri Pahang sudah menerima surat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa yang mengarahkan mereka membayar AS 1 2 juta kepada bekas pemain mereka Mohamadou Sumareh Mengesahkan perkemban
Buku Tommy Papar Betapa Berkuasanya Peguam Negara Tok Mat

Buku Tommy Papar Betapa Berkuasanya Peguam Negara Tok Mat

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 268 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan KUALA LUMPUR Malaysia mesti mempunyai kaedah yang lebih telus dan berwibawa dalam pelantikan jawatan Peguam Negara kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata isi kandungan buku Tommy Thomas ...
Kuasa Luar Biasa Peguam Negara

Kuasa Luar Biasa Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 337 hits
Tommy Thomas dan Kuasa AG Buku Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan masyarakat Malaysia Saya tidak ingin mengulas tentang isu peristiwa dan pengkisahan beliau Itu memoir beliau dan pa...
Peguam Nasihatkan Hati Hati Main Kutu Ia Salah Dari Segi Undang Undang Negara Kita

Peguam Nasihatkan Hati Hati Main Kutu Ia Salah Dari Segi Undang Undang Negara Kita

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Tidak syak lagi bahawa pandemik COVID 19 telah menjejaskan sumber pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia Dalam keadaan sedemikian ramai yang mungkin terdorong untuk beralih kepada cara mudah dan singkat mengumpul wang tuna...
Mahathir Kini Kesal Lantik Tommy Tommas Sebagai Peguam Negara

Mahathir Kini Kesal Lantik Tommy Tommas Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kesal melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara setelah menyedari beliau masih terikat kisah silam tertentu Kalaulah saya tahu ini akan berlaku sudah tentu saya akan pilih orang lain Tetapi...
Bekas Peguam Negara Akan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Polis

Bekas Peguam Negara Akan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 236 hits
February 8 2021 Tiga kertas siasatan telah dibuka berkaitan memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas selepas lebih 100 laporan polis dibuat terhadapnya Peguamnya Sangeet Kaur berkata anak guamnya berjanji untuk memberi kerjasama penuh terhad...
Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Time For Malaysians To Get Used To Gov T Loans Come Down Can Also Mean National Debt Goes Up

The Ultimate Guide To Facelift In Malaysia Everything You Need To Know

No Plans For Sez Along M Sia Thai Border Says Ministry

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Rahsia Lembut Gebu Resipi Tosei Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma

Pengalaman Memetik Buah Cherry Di Kent Julai 2025

Lumos Tablet Berkualiti Tinggi Paling Murah Hanya Rm499


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Slotxo Top 23 By Linda Slotxo24hra Com 20 100 Xo 1 25

Pgslot 18 2568 888 500 Autopgslot Sagaming Joker Bonus888 Top 16 By Bridget Bonus888s1 Com

Gempa Rusia 8 8m Gelombang Tsunami Tiba Di Papua Indonesia

Nabila Maharani Pejuang Cinta Chord

Parenting Support In Indian Community Needed After Boy S Brutal Murder

Curbing Overthinking In Trading The Role Of Modern Brokers