Bekas Pegawai Jabatan Peguam Negara Buat Laporan Polis Terhadap Tommy Thomas Kerana Fitnah


© Provided by Free Malaysia Today Mohamad Hanafiah Zakaria mahu polis melakukan siasatan terhadap Tommy Thomas atas kesalahan memfitnah. PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai kanan undang-undang membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana didakwa mencemarkan reputasinya dengan menuduhnya tidak mampu mendakwa Najib Razak atas kesalahan rasuah dalam kes SRC International.
Mohamad Hanafiah Zakaria, yang bersara sebagai pegawai penyelidik kanan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) pada Ogos, menggesa polis menyiasat bekas peguam negara itu atas kesalahan memfitnah.
Dalam laporan dibuat di balai polis Cyberjaya malam tadi, Hanafiah berkata, polis harus menyiasat Thomas bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan reputasi pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC) lain dan imej badan itu.
Dia membuat laporan itu selepas Thomas merujuk kepadanya dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness”, yang dilancarkan pada Isnin.
Hanafiah berkata, dia berada dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan selama 33 tahun, memegang banyak jawatan dan mengendalikan kes kepentingan awam sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
“Tuduhan Thomas yang saya tidak mampu mendakwa dalam kes berprofil tinggi seperti SRC bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya,” katanya dalam laporan.
Pada mulanya, Hanafiah mengetuai pasukan pendakwaan ketika Najib didakwa melakukan rasuah berkaitan dana SRC, tetapi Thomas kemudian melantik peguam kanan Sulaiman Abdullah dan V Sithambaram.
Pada Julai 2019, Hanafiah dipindahkan ke ILKAP di Bangi dan kekal di sana sehingga persaraannya.
Hanafiah dilantik sebagai peguam cara agung III berikutan penstrukturan semula Jabatan Peguam Negara pada 2018 selepas Thomas dilantik sebagai Peguam Negara pada Jun tahun itu.
Dia melapor kepada Thomas dan bertanggungjawab ke atas sektor litigasi bahagian sivil, pendakwaan dan bahagian rayuan dan perbicaraan.
Semua pejabat pengarah pendakwaan negeri melapor kepadanya.
Dia muncul dalam berita pada 2018 ketika bertanggungjawab menarik balik tuduhan rasuah terhadap bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan wanita.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah atas tujuh tuduhan rasuah dalam perbicaraan SRC. Bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Rayuannya kini dihadapkan ke Mahkamah Rayuan.
Semalam, Najib juga mengeluarkan notis tuntutan kepada Thomas kerana dituduh memfitnahnya dalam buku itu, berkaitan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, kliennya menuntut permohonan maaf dan wang pampasan RM10 juta daripada Thomas.
Notis itu juga menuntut supaya kenyataan dalam buku Thomas ditarik balik secara terbuka dengan segera dan tanpa ragu, serta jaminan untuk tidak mengulangi tuduhan dan komen tersebut.
Najib memberi Thomas hingga Jumaat untuk membalas, sekiranya gagal, beliau akan memulakan prosiding undang-undang awal minggu depan.
@Provided by Free Malaysia Today

The post Bekas pegawai Jabatan Peguam Negara buat laporan polis terhadap Tommy Thomas kerana fitnah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/03/bekas-pegawai-jabatan-peguam-negara-buat-laporan-polis-terhadap-tommy-thomas-kerana-fitnah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bekas-pegawai-jabatan-peguam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Terima Laporan Berhubung Buku Tommy Thomas

Polis Terima Laporan Berhubung Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 284 hits
39 total views 39 views today KUALA LUMPUR 3 Feb Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semala...
Najib Bakal Fail Saman Fitnah Terhadap Tommy Thomas Penerbit

Najib Bakal Fail Saman Fitnah Terhadap Tommy Thomas Penerbit

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 311 hits
freemalaysiatoday com February 6 2021 3 17 PMBekas perdana menteri Najib Razak minggu lalu telah menuntut permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas atas dakwaan memfitnah beliau di dalam buku yang ditulisnya KUALA LU...
Tommy Thomas Terikat Kisah Silam Mahathir Kesal Pilih Beliau Sebagai Peguam Negara

Tommy Thomas Terikat Kisah Silam Mahathir Kesal Pilih Beliau Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 319 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kesal melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara setelah menyedari beliau masih terikat kisah silam tertentu Kalaulah saya tahu ini akan berlaku sudah tentu saya akan pilih orang lain Tetapi pada masa itu...
Bekas Peguam Negara Akan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Polis

Bekas Peguam Negara Akan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 235 hits
February 8 2021 Tiga kertas siasatan telah dibuka berkaitan memoir bekas Peguam Negara Tommy Thomas selepas lebih 100 laporan polis dibuat terhadapnya Peguamnya Sangeet Kaur berkata anak guamnya berjanji untuk memberi kerjasama penuh terhad...
Kontroversi Buku Tommy Thomas Polis Sahkan Terima 134 Laporan

Kontroversi Buku Tommy Thomas Polis Sahkan Terima 134 Laporan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 238 hits
Polis telah membuka tiga kertas siasatan berkaitan kandungan buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk H...
Pengkhianatan Tun Terhadap Ph Didedah Tommy Thomas

Pengkhianatan Tun Terhadap Ph Didedah Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 363 hits
Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas di dalam buku My Story Justice in the Wilderness terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam kata Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff Dr Kamarul juga menyifa...
Mahathir Kini Kesal Lantik Tommy Tommas Sebagai Peguam Negara

Mahathir Kini Kesal Lantik Tommy Tommas Sebagai Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kesal melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara setelah menyedari beliau masih terikat kisah silam tertentu Kalaulah saya tahu ini akan berlaku sudah tentu saya akan pilih orang lain Tetapi...
Penerbit Memoir Bekas Ag Akan Saman Pihak Yang Kongsi Salinan Pdf Buku Tommy Thomas

Penerbit Memoir Bekas Ag Akan Saman Pihak Yang Kongsi Salinan Pdf Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 228 hits
nbsp PETALING JAYA Penerbit memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengugut akan mengambil tindakan undang undang terhadap mana mana individu yang berkongsi salinan cetak rompak PDF buku itu dalam talian GB Gerakbudaya dalam kenyat...
Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

Pendedahan Bekas Peguam Negara Mengejutkan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 215 hits
ANWAR IBRAHIM Nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu Bagaimanapun Yang di Pertuan Agong tidak dapa...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal

Akan Turun Lebih Besar

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Tapi Aku

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan