Pastikan Pekerja Sektor Gig Ekonomi Carum Perkeso Ppim Sinar Harian 19 08 2023


 

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya semua pekerja dalam sektor gig ekonomi mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun semua pemandu dan penunggang e-hailing sebelum ini diwajibkan mencarum dengan SKSPS, pihaknya dimaklumkan dua mangsa yang turut terkorban terdiri daripada penghantar makanan dalam talian dan pemandu e-hailing yang terkorban dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini tidak membuat caruman.
Justeru menurutnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu lebih tegas dengan majikan atau penyedia perkhidmatan sektor ekonomi gig atau lejang untuk memastikan semua pekerja mereka sentiasa dilindungi.
"Dalam kita bersedih dengan kejadian yang menimpa saudara Islam kita, saya bersimpati dan sedih mengenang nasib keluarga mereka yang ditinggalkan.
"Semua pihak harus lebih proaktif dalam memastikan semua rakyat Malaysia yang bekerja di dalam sektor apa sekalipun mencarum dengan Perkeso untuk perlindungan mereka.
"Jika mereka hanya pekerja separuh masa, pastikan sedikit wang hasil pendapatan dicarumkan walaupun RM2 bagi memastikan nasib mereka terbela jika berlaku apa-apa musibah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Seramai 10 mangsa maut terdiri daripada enam penumpang, dua kru pesawat, termasuk dua orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan dalam kejadian pada jam 2.40 petang Khamis.
Dua mangsa awam adalah penghantar makanan dalam talian, Foodpanda Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh dan pemandu e-hailing Sharipuddin Shaari.
Selain itu, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turutmengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.
Ia kemudiannya, mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul AzizShah, di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat.
Artikel oleh: Sinar Harian
PASTIKAN PEKERJA SEKTOR GIG EKONOMI CARUM PERKESO - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/274599/berita/nasional/pastikan-pekerja-sektor-gig-ekonomi-carum-perkeso---ppim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/08/pastikan-pekerja-sektor-gig-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Ucap Takziah Mahu Syarikat Gig Ekonomi Wajibkan Caruman Perkeso Kenyataan Media Ppim 19 08 2023

Ppim Ucap Takziah Mahu Syarikat Gig Ekonomi Wajibkan Caruman Perkeso Kenyataan Media Ppim 19 08 2023

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina Shah Alam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ...
Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Spa9 Ambilan Ogos 2023

Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Spa9 Ambilan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 223 hits
Pengambilan Besar Besaran Pekerja Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA9 Ambilan Ogos 2023 Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan kami gembira untuk mengumumkan bahwa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sedang menjemput warganegara Mala...
Aktiviti Program Lets Get Candid By Air Selangor Ppim 09 08 2023

Aktiviti Program Lets Get Candid By Air Selangor Ppim 09 08 2023

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 435 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke program Lets Get Candid anjuran Air Selangor di Bangsar Trade Centre Kuala Lumpur hari ini
Jangan Campur Urusan Agama Kami Ppim Kenyataan Media Ppim 24 08 2023

Jangan Campur Urusan Agama Kami Ppim Kenyataan Media Ppim 24 08 2023

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 337 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengingatkan kumpulan bukan Islam agar jangan campur urusan umat Islam di negara ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata tindakan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha Kristian Hindu Sikh dan T...
Aktiviti Sidang Meja Bulat Menoktahkan Kemiskinan Di Mana Malaysia Ppim 23 08 2023

Aktiviti Sidang Meja Bulat Menoktahkan Kemiskinan Di Mana Malaysia Ppim 23 08 2023

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 359 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke sesi Sidang Meja Bulat bertajuk Menoktahkan Kemiskinan Di Mana Malaysia anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan dan Benevolent Malaysia di YBK Petaling Jaya Objektif sesi adalah bagi mendapatkan ...
Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 188 hits
Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP BN dan PKR Mengharapkan undi penyokongnya sendiri ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun Tun Abdul Hamid Mohamad Utusan Malaysia DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai ...
Vegasslot77 Link Situs Judi Slot Online Deposit Komplet 2023

Vegasslot77 Link Situs Judi Slot Online Deposit Komplet 2023

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 469 hits
Vegasslot77 link adalah situs judi slot online terkomplet dan gacor dan siap layani anggota setia Dan memberinya banyak sekali bonus yang ada di promosi situs kami vegasslot77 link bukan cuma menyuguhkan permainan judi slot online ada pula ...
Bk Mini Fest 2023 Kembali Lagi Himpunkan 2000 Orang Kanak Kanak Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Bk Mini Fest 2023 Kembali Lagi Himpunkan 2000 Orang Kanak Kanak Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 226 hits
Bintang Kecil Pa Ma dan Keluarga di bawah grup Family Parenting sangat komited untuk menghargai golongan ibu bapa dan kanak kanak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan dengan tujuan untuk mencipta bonding dalam famili...
August 16 2023 Good Morning

August 16 2023 Good Morning

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 189 hits
Don t waste words on people who have deserve your silence Sometimes the most powerful thing you can say is nothing at all
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin