Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah



Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP, BN dan PKR. Mengharapkan undi penyokongnya sendiri, ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun.
Tun Abdul Hamid Mohamad, Utusan Malaysia
DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai politik ialah Melayu tidak boleh bergantung kepada UMNO lagi (22-11-2022) dan Selamat tinggal UMNO (25-11-2022). Selepas itu saya tidak menulis lagi mengenai politik sehinggalah ke hari ini. Sebabnya ialah kerana saya telah hilang minat mengenainya.
Ia menyababkan beberapa orang bertanya sama ada saya sihat sebab sudah lama saya tidak menulis. Mereka meminta saya terus menulis kerana, mengikut mereka, banyak orang menunggu untuk mendengar pandangan saya mengenai isu-isu semasa.
Hari ini, setelah melihat keputusan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan, ada sesuatu yang saya ingin katakan. Maka, saya menulis rencana ini.
Semenjak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 lagi, ramai orang Melayu veteran yang masih sayangkan UMNO menasihatkan ahli-ahli UMNO bahawa UMNO perlu berubah  dan dibersihkan.
Selepas PRN Melaka dan Johor, kita memperingatkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa orang Melayu memberi kemenangan kepada UMNO bukan kerana mereka, tetapi in spite of them.
Kita memperingatkan pemimpin-pemimpin itu bahawa orang Melayu memberi kemenangan kepada UMNO kerana mereka masih sayangkan UMNO. Pada masa yang sama, mereka mengharapkan UMNO akan berubah dan membersihkan diri daripada pemimpin-pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti.
Tetapi, pemimpin-pemimpin itu masih ketegar. Mereka menganggap kemenangan itu adalah kerana mereka. Mereka terus memperkuatkan dan melanjutkan kedudukan mereka dalam parti dengan meminda perlembagaan parti.
Ahli-ahli UMNO bertepuk gemuruh di Perhimpunan Agung, memberi sokongan kepada “pemimpin-pemimpin kesayangan” mereka. Orang-orang Melayu veteran yang menegur pemimpin-pemimpin itu dianggap sebagai musuh UMNO.
Tiba PRU15. Pemimpin-pemimpin itu menghadapi pilihan raya itu dengan angkuh dan penuh keyakinan mereka akan dapat menubuhkan Kerajaan Pusat semula. Apa yang terjadi kepada UMNO dalam PRU15 kita semua tahu. UMNO kalah teruk. Rupa-rupanya, orang Melayu tidak mudah lupa.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO masih tidak mengambil pengajaran daripada keputusan itu. Mereka lakukan apa yang tidak terfikir oleh kita ada pemimpin UMNO yang sanggup melakukannya.
Ahmad  Zahid membawa UMNO bekerjasama dengan Datuk Seri  Anwar Ibrahim dan DAP, melanggar resolusi Perhimpunan Agung UMNO. Ahli-ahli MKT UMNO mengikutinya kerana kepentingan diri. Mereka fikir pengundi-pengundi Melayu akan mengikut apa sahaja yang mereka lakukan. Anggapan mereka ternyata meleset.
Sebagai buktinya, lihat sahaja keputusan PRN yang berlangsung pada 12 Ogos lalu. Daripada 108 kerusi yang ditandingi UMNO, ia hanya memperolehi 19 kerusi (17.5%). Itu pun kerana sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan di Negeri Sembilan sebanyak 14 kerusi, sedangkan di Kedah BN yang bertanding 15 kerusi tidak memenangi satu kerusi pun, di Kelantan ia hanya mendapat satu kerusi, di Pulau Pinang dua kerusi, di Selangor dua dan di Terengganu kosong.
Kemenangan dua kerusi di Pulau Pinang itu pun adalah di Bertam, kampung Tun Abdullah Ahmad Badawi, setelah menantunya Khairy Jamaluddin turun berkempen untuk calon UMNO, seorang  bekas menteri. Satu kerusi lagi di Sungai Acheh, UMNO hanya menang dengan 147 undi.
Walaupun Presiden PKR memegang jawatan Perdana Menteri, prestasi PKR juga meleset. Daripada 58 kerusi yang ditandinginya, PKR hanya menang 26 kerusi, itu pun dengan sokongan padu penyokong-penyokong DAP, BN dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Di Selangor, kubu terkuatnya, ia hanya memenangi 12 daripada 20 yang ditandinginya, 16 kerusi kurang daripada yang dimenanginya dalam PRU14, iaitu 28. Di Kedah ia hanya memenangi dua daripada 10 kerusi yang ditandinginya. Di Pulau Pinang, enam  kerusi yang dimenanginya dalam PRU14 dirampas oleh PN. Di Kelantan dan  Terengganu, PKR ditolak sama sekali.
Amanah juga menerima nasib yang sama dengan UMNO dan PKR. Ia hanya memenangi lapan kerusi daripada 31 yang ditandinginya, termasuk lima daripada sembilan yang ditandinginya di Selangor.
Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP, BN dan PKR. Mengharapkan undi penyokongnya sendiri, ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun. Buktinya, lihatlah apa yang berlaku di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
DAP mempertahankan kedudukannya dengan cemerlang. Ia memenangi 46 kerusi daripada 47 kerusi yang dipertandingkannya (98%).
PN jelas dapat menambah penguasaannya. Ia memenangi 146 kerusi daripada jumlah keseluruhan sebanyak 245 kerusi berbanding dengan 80 oleh PH dan 19 oleh BN. Di Selangor, kubu kuat PH pun, PN dapat menambah lima kerusi yang dimenanginya dalam PRU14 kepada 22, yang lebihnya itu datangnya daripada PKR, UMNO dan Amanah.
Di Kedah, PN berjaya merampas lima daripada tujuh kerusi PKR, empat daripada Amanah, tiga daripada BN dan satu daripada DAP. Di Pulau Pinang, satu lagi kubu kuat PH, PN berjaya menambah satu kerusi (Pas) yang dimenanginya dalam PRU14 kepada 11, kesemuanya dirampas daripada PKR, UMNO dan Amanah.
Tetapi, yang betul-betul menang adalah Pas. Keseluruhannya Pas memenangi 117 kerusi berbanding dengan rakan kongsinya, Bersatu 28 dan Gerakan satu.  Apa yan lebih menarik dengan pencapaian Pas ialah lonjakan yang dibuatnya sekali gus membenam UMNO, PKR dan Amanah. Saya fikir pengundi Melayu bertindak seperti itu atas beberapa sebab.
Pertama, mereka masih tidak lupa dan tidak memaafkan apa yang dilakukan oleh kerajaan PH yang mereka berpendapat menggugat hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam dan tindakan dan kenyataan penyokong-penyokong PH, terutama sekali  dari DAP. Mereka tahu bahawa DAP berdiam diri bukanlah bererti ia telah berubah: ia hanya menukar taktiknya kerana cara konfrontasi dahulu menaikkan kemarahan orang Melayu.
Kedua, orang Melayu, terutama sekali ahli dan penyokong Pas dan Bersatu merasakan bahawa hak mereka untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU15 telah dirampas daripada mereka dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang digemari oleh pihak Istana.
Ketiga, keputusan PRN ini menunjukkan orang Melayu sedar bahawa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan PH yang diberi nama baharu.
Keempat, orang Melayu, termasuk bekas pengundi UMNO tidak dapat memaafkan Ahmad Zahid dan ahli-ahli MKT kerana membawa UMNO masuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP sedangkan resolusi Perhimpunan Agung terang-terang mengatakan “No Anwar. No DAP.”
Kelima, orang Melayu tidak percayakan Anwar untuk menjadi pemimpin mereka.
Keenam, di antara parti-parti Melayu yang ada sekarang, biar apa pun kelemahannya, pemimpin-pemimpin Pas nampak lebih bersih, lebih berintegriti dan lebih boleh dipercayai.
Ketujuh, penyokong-penyokong Pas terdiri daripada semua lapisan masyarakat, daripada pelajar-pelajar universiti dan graduan-graduan muda, lapisan pertengahan umur, apatah lagi warga emas.
Penambahan bilangan kerusi yang diperolehi PN adalah daripada yang sebelumnya dimenangi UMNO, PKR dan Amanah. Ertinya, pengundi-pengundi yang dahulunya  mengundi parti-parti itu telah berpindah kepada PN, khususnya Pas. Pengundi-pengundi baru Melayu juga nampaknya lebih suka memilih Pas daripada parti-parti Melayu lainnya.
Saya percaya, jika PRU15  diadakan pada 12 Ogos lalu, PN akan memperoleh majoriti yang jelas dan Kerajaan Perpaduan tidak akan tertubuh. Keputusan ini adalah penolakan Kerajaan Perpaduan dan parti-parti Melayu yang bekerjasama dengan DAP dan PH. Semua pihak perlu mengambil perhatian
Mengenai kekalahan teruk UMNO, faktor utamanya ialah orang Melayu tidak dapat menerima UMNO bekerjasama dengan DAP dan PH. Itulah hakikatnya.  Mengenai PKR, orang Melayu tidak percaya Anwar dan PKR boleh diharap untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Amanah hanya parti parasit yang tidak relevan dari awal lagi yang digunakan oleh DAP untuk memecahbelahkan Pas.
Adakah Ahmad Zahid dan ahli-ahli MKT UMNO akan menerima hakikat itu? Saya percaya Ahmad Zahid tidak akan menerimanya. Beliau akan bergantung kepada jawatan Presiden UMNO yang sudah dilanjutkan tempohnya itu kerana beliau percaya hanya dengan cara itu beliau dapat berkuasa dan melepaskan dirinya daripada pertuduhannya di mahkamah.
Untuk itu beliau telah membawa UMNO bekerjasama dengan PH (Anwar dan DAP). Anwar menanggung bebannya kerana perlukan bilangan kerusi Parlimen BN untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri.
Sekarang, pengaruh UMNO lebih lemah, Ahmad Zahid terpaksa bergantung kepada Anwar dengan harapan untuk mendapat perlindungan dan disebabkan  kedudukan PKR sendiri sudah lebih lemah, Anwar terpaksa bergantung kepada Ahmad Zahid untuk dapat terus menjadi Perdana Menteri. Mereka memerlukan satu sama lain.
Bagaimana dengan ahli-ahli MKT UMNO? Terdapat seorang yang telah bersuara, itu pun bukanlah seorang ahli politik profesional. Beliau adalah seorang profesional yang dilantik menjadi Ahli Dewan Negara untuk membolehnya dilantik menjadi Menteri.
Bagi yang lainnya, sekian lama mereka mengikuti kehendak Ahmad Zahid kerana kepentingan diri. Saya tidak nampak ada di antara mereka yang akan bangun menuntut beliau meletak jawatan.
Perlu diingati Ahmad Zahid boleh berkata, keputusan MKT bukan keputusannya seoang. Semua ahli bertanggungjawab. Mengapa hanya dia seorang yang hendak dipersalahkan?
Mungkinkah akan ada gerakan dari bawah? Sehari selepas PRN itu diadakan, terdapat laporan beberapa orang ketua Pemuda yang mengatakan UMNO perlu berani melakukan perubahan sekiranya ia tidak mahu dilupakan oleh masyarakat.
Ketua Pemuda dan Wanita UMNO membuat kenyataan mereka akan mengadakan kaji siasat mengenai kekalahan teruk UMNO itu.
Mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, saya tidak fikir perubahan besar akan berlaku kepada UMNO. Selepas Ahmad Zahid dihadapkan ke mahkamah dahulu, Pemuda UMNO meluluskan satu resolusi meminta beliau melepaskan semua jawatan dalam parti sehingga beliau dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah.
Apabila UMNO pulih di bawah pimpinan Mohamad, Ahmad Zahid kembali memimpin UMNO. Kita tidak tahu apa yang berlaku di belakang tabir, Pemuda pun senyap dan nampaknya bertukar menjadi penyokong Ahmad Zahid yang setia.
Saya tidak hairan, jika  Perhimpunan Agung tergempar dapat diadakan sekalipun (saya fikir tidak), setelah mendengar ucapan Ahmad Zahid berapi-api, perwakilan akan memberi tepukan bergemuruh menyokongnya.
Pemuda, Wanita dan Puteri pun akan turut memberi sokongan tak berbelah bagi. “Pi mai pi mai tang tu” (kata orang Pulau Pinang). “Biarkan. Biarkan (Si-Lunchai).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/08/16/prn-2023-pengundi-melayu-menolak-umno-pkr-dan-amanah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 165 hits
freemalaysiatoday com 19 Aug 2023Bekas naib presiden Umno itu berkata Umno memerlukan kepimpinan dinamik dan berkebolehan bagi mengembalikan idealisme perjuangan parti Ismail Sabri Yaakob berkata Umno memerlukan perubahan drastik dari segi ...
Prn Pengundi Melayu P Pinang Akan Pilih Ph Bn

Prn Pengundi Melayu P Pinang Akan Pilih Ph Bn

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 105 hits
Malaysiakini Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang kali ini boleh menyaksikan kejutan dengan pengundi di kawasan majoriti orang Melayu memberi sokongan kepada gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional demi masa depan negara Pengerusi PH Datu...
Exco Pulau Pinang Exco Pkr Jaga Surau Exco Umno Jaga Kampong Amanah Dapat Angin

Exco Pulau Pinang Exco Pkr Jaga Surau Exco Umno Jaga Kampong Amanah Dapat Angin

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 192 hits
Tujuh daripada 10 Exco adalah DAP Jagdeep Singh DeoWong Hon WaiLim Siew KhimH ng Mooi LyeGooi Zi SenS SundarajooZairil Khir8 Dr Mohamad Abdul Hamid Timbalan KM dan Exco Pembangunan Agama Islam Pendidikan Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masya...
Selamat Mengundi Untuk Prn 2023 Pilihan Raya Negeri

Selamat Mengundi Untuk Prn 2023 Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 282 hits
Bulan lepas bila keluar dalam berita tentang PRN Ramai yang confuse eh kenapa kena keluar mengundi lagi pada Pilihan pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023 Kalau korang perasan semasa PRU baru baru ini kita hanya keluar mengundi untuk undi D...
Perubahan Kepimpinan Umno Lepas Prn Untungkan Anwar

Perubahan Kepimpinan Umno Lepas Prn Untungkan Anwar

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 164 hits
Hariz Mohd Geraldine Tong Shakira BuangSelepas mengalami kemerosotan besar dalam enam pilihan raya negeri terdapat suara suara tidak puas hati mula kedengaran dalam Umno Namun jika berlaku perubahan dalam kepimpinan Umno ia mungkin akan men...
Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 150 hits
UMNO adalah parti utama orang Melayu yang mempunyai sumbangan besar tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun Sumbangan dan jasa UMNO sangat besar dan tidak terbilang kepada bangsa Melayu khususnya dan negara amnya Sokongan besar pengundi dan ...
Prn Sokongan Umno Di Kelantan 46 Rafizi

Prn Sokongan Umno Di Kelantan 46 Rafizi

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 141 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata tahap sokongan kepada Umno di Kelantan telah mencapai 46 setakat ini manakala Pakatan Harapan menyaksikan peningkatan sokongan kepada 35 Ini bermaksud dalam tempoh enam b...
Cuti 13 Ogos Di Terengganu Sempena Prn 2023

Cuti 13 Ogos Di Terengganu Sempena Prn 2023

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 168 hits
Cuti Hari Kelepasan Am 13 Ogos Di Terengganu Sempena PRN 2023 TERKINI Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Kelepasan Am pada 13 Ogos 2023 sempena Pilihan Raya Umum DUN Terengganu kali ke 15 Perkara itu diumu...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak

Tips Hadapi Anak Anak Tantrum



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Retrograde Datang Lagi

Lirik Lagu Mati Matian Mahalini

Pb House By D Compose Architect In Chiang Thailand

Elevate Your Home S Aesthetic With These Outdoor Renovations

Police Arrest 5 Men Seize 32kg Of Drugs Worth About Rm800k

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17