Bk Mini Fest 2023 Kembali Lagi Himpunkan 2000 Orang Kanak Kanak Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik


Bintang Kecil, Pa & Ma dan Keluarga di bawah grup Family & Parenting sangat komited untuk menghargai golongan ibu bapa dan kanak-kanak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berbentuk kekeluargaan dengan tujuan untuk mencipta bonding dalam famili. Selain itu juga, setiap aktiviti yang diadakan bertujuan untuk mengetengahkan potensi luar biasa anak-anak.
BK Mini Fest 2023 Kembali!
Tahun ini sekali lagi BK Mini Fest 2023 sekali lagi melakar sejarahnya dan akan diadakan di Plaza Shah Alam pada 19-20 Ogos 2023. Jika tahun lepas berlangsung di Petrosains dan telah berjaya menghimpunkan hampir 1000 orang kanak-kanak, tetapi kali ini lebih hebat lagi kerana berjaya menghimpunkan 2000 peserta!
Aktiviti menarik yang dianjurkan bersama selebriti popular Lebih menarik, pelancaran BK Mini Fest 2023 akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim bersama-sama Ketua Eksekutif PTPTN, En. Ahmad Dasuki Abdul Majid serta tetamu istimewa yang merupakan angkasawan negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar.
Aturcara hari pertama BK Mini Fest 2023 Aturcara hari kedua BK Mini Fest 2023 5 Unit Uniform Berentap Jadi Yang Terbaik
Banyak aktiviti yang dirancang seperti Himpunan Unit Uniform Mega X PTPTN yang melibatkan Pengakap diwakili SK Seksyen 19 Shah Alam, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang diwakili SK Seksyen 9 Shah Alam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik.
Sebanyak lima unit uniform yang akan terlibat untuk Himpunan Unit Uniform Mega X PTPTN Bukan sekadar berhimpun bahkan kesemua badan uniform ini akan berentap untuk mempamerkan kemahiran kawad kaki mereka untuk memenangi Perbarisan Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 beserta hamper. Selain itu, kelima-lima badan uniform ini juga akan mempersembahkan Hakka mereka untuk merebut gelaran Hakka Terbaik yang akan membawa pulang wang tunai RM500 beserta hamper.
10 Dewi Cilik Serlahkan Potensi
Untuk kelainan, tahun ini turut diadakan pencarian Dewi Cilik 2023 yang mengetengahkan kanak-kanak perempuan yang berkeyakinan tinggi serta berbakat. Pencarian Dewi Cilik sudah pun bermula sejak bulan Jun yang lepas dan seramai 30 peserta telah disenarai pendek sebelum akhirnya 10 orang finalis dipilih untuk berjuang di pentas akhir.
Siapakah yang bakal merangkul gelaran Dewi Cilik 2023? Pada acara ini, bekas Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Shaza Bae juga dijemput untuk menjadi juri untuk Dewi Cilik 2023. Selain Shaza, En. Faizal Hamid yang merupakan pensyarah dalam jurusan fesyen di UiTM untuk bersama-sama mengadili pusingan akhir ini.
Pemenang utama akan membawa pulang wang tunai RM1000, seutas jam tangan jenama ICE Watch serta baucar membeli-belah tajaan AEON. Manakala naib juara akan memenangi pulang wang tunai RM500, seutas jam tangan jenama ICE Watch serta baucar membeli-belah tajaan AEON. Untuk pemenang tempat ketiga pula akan menerima pulang wang tunai RM300, seutas jam tangan jenama ICE Watch serta baucar membeli-belah tajaan AEON.
Dua orang dewi juga akan dianugerahkan sebagai Dewi Feveret dan pemenang foto terbaik yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200, seutas jam tangan jenama Ice Watch dan baucar membeli-belah.
Kanak-kanak Kreatif Sertai Mari Mewarna Merdeka PTPTN
Acara wajib ketika BK Mini Festa adalah pertandingan mewarna. Dua kategori dipertandingkan iaitu untuk peserta berusia 5-7 tahun dan peserta berumur 8-12 tahun. Bukan sahaja dapat mengasah bakat serta merebut pelbagai hadiah menarik tetapi semua peserta yang mendaftar untuk acara ini juga akan membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM20, tabung Simpan SSPN, bekas pensil serta pensil warna istimewa serta sijil penyertaan.
Bakat seni kanak-kanak terserlah di Mari Mewarna Merdeka X PTPTN Bukan sahaja untuk kanak-kanak, ada juga acara istimewa untuk ibu bapa ketika pertandingan ini berlangsung iaitu Pa&Ma GoLive yang membincangkan topik Simpan Demi Masa Depan Anak bersama tetamu istimewa iaitu Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan PTPTN) dan selebriti popular, Yana Samsudin.
Untuk acara ini, pemenang tempat pertama akan memenangi Akaun Simpan SSPN bernilai RM300 dan hamper manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang Akaun Simpan SSPN bernilai RM200 serta hamper. Pemenang tempat ketiga pula akan memenangi Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 beserta hamper. Dua pemenang saguhati untuk setiap kategori akan menerima Akaun Simpan SSPN bernilai RM50 dan hamper.
Hebatnya Bakat Kanak-Kanak Millennial!
Selain itu juga, turut diadakan BK Fantastic X Karihome yang telah memilih seramai 20 orang finalis untuk menyerlahkan bakat serta potensi mereka di pusingan akhir. Kanak-kanak yang terpilih berusia 7-13 tahun dengan pelbagai bakat yang melibatkan Bakat IQ (Debat, Syair, Pantun dan Syarahan), Bakat Seni (Nyanyian, Tarian, Lakonan, Muzik dan banyak lagi), Gaya Hidup (Hobi, Youtube, TikTok, Perniagaan dan Penternakan), Bakat Kreatif (Robotik, Seni Reka, Seni Lukis dan Seni Cipta) serta Bakat Sukan & Fizikal.
Saksikan kanak-kenak hebat dengan bakat luar biasa untuk BK Fantastic X Karihome Final Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 430 orang dan kemudiannya seramai 45 orang telah berentap di pusingan separuh akhir sebelum 20 orang berjaya menjadi finalis. Kesemua mereka akan diadili oleh penyanyi, pelakon dan komposer, Mark Adam serta Pakar Motivasi & Perkembangan Kanak-Kanak popular, Dr. Tengku Ismadi.
Johan akan membawa pulang wang tunai RM1500 beserta hamper, Naib Johan akan memenangi wang tunai RM1000 dan hamper manakala pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM500 beserta hamper. Pemenang tempat keempat dan kelima pula akan menerima wang tunai RM100 dan hamper manakala pemenang saguhati akan membawa pulang wang tunai RM50 setiap orang beserta hamper.
Aktiviti Untuk Mommies
Bukan sahaja untuk kanak-kanak, bahkan acara yang akan berlangsung selama dua hari ini juga mensasarkan kaum ibu. Pada 19 Ogos 2023, akan diadakan ceramah tentang kesihatan ibu iaitu Lindungi Anak Anda yang akan berlangsung di Mini Stage, BK Mini Fest 2023, Plaza Shah Alam.
Untuk aktiviti ini, para peserta akan bersama tiga orang pakar berkredibiliti yang bercerita tentang kesihatan fizikal dan emosi seorang ibu yang harus berada dalam keadaan sihat sebelum dapat melindungi cahaya mata tersayang.
Aktiviti untuk ibu bersama Dr. Maiza, Dr. Azuraida dan Pn. Noorfazila Tiga orang pakar tersebut merupakan Dr. Maiza Tusimin (Pakar Obstetrik & Ginekologi), Dr. Hajah Azuraida Shahadan (Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi) serta Pn. Noorfazila Abdul Rahman (Kaunselor Laktasi Bertauliah).
Daftar sini: https://toko.ideaktiv.com/product/nak-lindungi-anak-mama-perlu-sihat/
Bukan itu sahaja, pada 20 Ogos 2023 pula akan berlangsung Rapi Werk It! Sweat It Out bersama Zin Bell yang akan menghimpunkan seramai 30 orang ibu yang akan berzumba beramai-ramai. Selain itu, mereka juga akan belajar tentang diet yang sesuai untuk para ibu bersama Pn. Laila Fadhilah Omar (Pegawai Dietetik).
Daftar sini: https://toko.ideaktiv.com/product/sweat-it-out/
Mama dapat berzumba beramai-ramai! Diharapkan BK Mini Fest 2023 akan berlangsung dengan jayanya dan lebih banyak kanak-kanak serta ibu bapa akan mendapat manfaat dari acara ini. Jangan lupa untuk terus menyokong grup Family & Parenting kerana ada banyak lagi acara yang akan dianjurkan selepas ini seperti Kem Khalifah Cilik Mega, Pantang Bazar, Karnival Kanak-Kanak dan banyak lagi.
 
The post BK Mini Fest 2023 Kembali Lagi! Himpunkan 2000 Orang Kanak-Kanak Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bk-mini-fest-2023-kembali-lagi-himpunkan-2000-orang-kanak-kanak-pelbagai-aktiviti-menarik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Mesyuarat Pembangunan Draf Oic Smiic Berkenaan Halal On Board Meals Ppim 26 07 2023

Aktiviti Mesyuarat Pembangunan Draf Oic Smiic Berkenaan Halal On Board Meals Ppim 26 07 2023

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 258 hits
Timbalan Setiausaha Agung PPIM En Zulkefli Mohamad menghadiri Mesyuarat Pembangunan Draf OIC SMIIC Berkenaan Halal On Board Meals anjuran Jabatan Standard Malaysia di Hotel Sama Sama KL International Airport Selangor
Patutlah Pakar Kanak Kanak Pesan Kepada Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Dengan Aktiviti Mewarna Rupanya Ini Sebabnya

Patutlah Pakar Kanak Kanak Pesan Kepada Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Dengan Aktiviti Mewarna Rupanya Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 194 hits
Patutlah pakar kanak kanak pesan kepada ibu bapa jangan ambil mudah dengan aktiviti mewarna rupanya ini sebabnya Sebagai ibu bapa pasti banyak kaedah yang diamalkan dalam mendidik dan membesarkan anak kecil anda Jika di sekolah mungkin iany...
Aktiviti Lawatan Ppim Ke Kebun Komuniti Organik Deen Arif Ppim 05 08 2023

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Kebun Komuniti Organik Deen Arif Ppim 05 08 2023

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 121 hits
Satu lawatan telah diadakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia ke Kebun Komuniti Organik Deen Arif
Lokasi Dan Senarai Acara Menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Lokasi Dan Senarai Acara Menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 329 hits
Sambutan Hari Kebangsaan Kemerdekaan 2023 akan diadakan di Dataran Putrajaya Presint 3 Putrajaya pernah menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2003 2005 2018 dan 2019 Sambutan Hari Kebangsaan 2023 dianggarkan menjangkau 100 000 ...
Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Chief Rsmd Tnb Ppim 08 08 2023

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Chief Rsmd Tnb Ppim 08 08 2023

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 186 hits
Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama Chief Regulatory Stakeholder Management Officer TNB Datuk Ts Shamsul Bin Ahmad di Tenaga Nasional Berhad Kuala Lumpur Perjumpaan membincangkan mengenai isu Pelepasan Kos Kos Tidak Sei...
Feri Baharu Pulau Pinang Kembali Beroperasi 7 Ogos 2023

Feri Baharu Pulau Pinang Kembali Beroperasi 7 Ogos 2023

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 213 hits
Selepas menunggu lama akhirnya ikon Pulau Pinang kembali ke jadual Pelancongan Domestik di Malaysia Feri baharu Pulau Pinang kembali beroperasi 7 Ogos 2023 secara Percuma Semestinya berita baik ini akan kembali menghangatkan kemeriahan indu...
Permohonan Kerja Dibawah Mara Pelbagai Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Ogos 2023

Permohonan Kerja Dibawah Mara Pelbagai Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 136 hits
Permohonan Kerja Dibawah MARA Pelbagai Jawatan Ditawarkan Bagi Bulan Ogos 2023 telah membuka jawatan kosong terbuka kepada rakyat Malaysia Permohonan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong Pelbagai jawatan jawatan kosong telah dib...
Menarik Pelancongan Domestik Malaysia Sehingga Julai 2023

Menarik Pelancongan Domestik Malaysia Sehingga Julai 2023

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 242 hits
Memasuki suku ketiga tahun 2023 Selepas kita semakin berjaya dalam menaikkan kembali sektor pelancongan domestik dan kehadiran ramai pelancong asing ke Malaysia sejak awal tahun yang lalu Kali ini kami nak kongsi cakap cakap santai antara k...
Aktiviti Majlis Pelancaran Koperasi Int3mall Berhad Ppim 05 08 2023

Aktiviti Majlis Pelancaran Koperasi Int3mall Berhad Ppim 05 08 2023

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 173 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dijemput bagi merasmikan Majlis Pelancaran Koperasi In3mall Berhad di Sapura Mines Seri Kembangan
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

The Houston Hemp Flower Community Connecting With Like Minded Users

Berhenti Menjaja Serangan Bola Sepak

Sanggup Bawa Asid Dari Johor Ke Kelantan Simbah Rakan

Tips Hadapi Anak Anak Tantrum



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Fella Aufiyya Pengalaman Kedua Bersalin Secara Normal

Retrograde Datang Lagi

Lirik Lagu Mati Matian Mahalini

Pb House By D Compose Architect In Chiang Thailand

Elevate Your Home S Aesthetic With These Outdoor Renovations

Police Arrest 5 Men Seize 32kg Of Drugs Worth About Rm800k