Pantai Teluk Duyung ni agak panjang. Mudahlah bagi pengunjung nak berkelah atau berkhemah. Menurut kata orang bot yang membawa kami tadi, pantai ni lengang sejak wabak COVID-19 melanda. Seperti yang kami saksikan hari ini, suasana tenang tanpa keriuhan pengunjung. Cuma ada beberapa kumpulan kecil sedang berkelah dan bermain-main di gigi air. Secara peribadi, memang ini yang saya suka. Tenang! Tapi kalau kita tengok dari sudut pandang orang-orang yang bergantung hasil daripada industri pelancongan di sini, tentulah ini perkara yang menyedihkan. Mereka kehilangan punca pendapatan
Di sepanjang pantai ini terdapat deretan gerai yang terbiar sepi. Tak ada yang beroperasi. Nampak juga kemudahan tandas, tapi saya tak cuba masuk.
Tak pasti ni apa, nampak macam rumah kecil yang dah tak berpenghuni. Di pantai ni juga saya nampak ada beberapa chalet penginapan, semuanya terbiar sepi. Selain itu, ada juga kumpulan kecil yang nampaknya memang tinggal di sini. Bukan berkhemah suka-suka. Ada pondok kecil, khemah dan ruangan dapur terbuka
Obor-obor ke ni? Saya jumpa beberapa seperti ni. Ni saiz besar dan ada yang saiz lebih kecil. Kalau ni obor-obor, maksudnya pantai ni tak sesuai untuk aktiviti mandi laut
Berbalik kepada tujuan kedatangan kami ke Teluk Duyung ni, bukanlah nak berkelah di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah. Tapi kami nak ke lokasi E - Rumah Api Muka Head. Orang bot bagitau kami, nampak pokok besar ni terus lagi sampai hujung akan jumpa jalan untuk ke rumah api tersebut|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |