2 Mp 5 Adun Tewas Dalam Pemilihan Dap Pulau Pinang 2021


 


 Anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh dan Ketua Wanita Pakatan Harapan Pusat, Chong Eng tewas dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2021-2024.


Dalam keputusan yang diumumkan oleh Ketua Pengawas Pemilihan Wong May Ing, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal hanya mendapat 575 undi manakala Chong, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang mendapat 417 undi.


Sejumlah 1,608 undi telah diberikan kepada 44 calon yang bertanding dan hanya 15 calon yang mendapat undi tertinggi dipilih menduduki jawatankuasa negeri manakala lima lantikan tambahan dibuat Jawatankuasa Tertinggi selepas pemilihan tersebut.


Bagaimanapun, Ramkarpal turut terpilih pada lantikan lima tambahan tersebut.



Selain Ramkarpal, Ahli Parlimen yang turut tewas dalam pemilihan hari ini Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto manakala seramai empat lagi ADUN ialah Gooi Zi Sen (Pengkalan Kota), Heng Lee Lee (Berapit), Lim Siew Khim (Sungai Pinang) dan M. Satees (Bagan Dalam) juga tewas.


Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan jawatannya sebagai pengerusi DAP yang telah disandang sejak tahun 1999 dengan meraih jumlah undi tertinggi iaitu 1,211.


"Saya berharap semua yang dipilih akan berkerja keras dan membantu parti perangi tiga krisis iaitu krisis kesihatan, ekonomi dan krisis politik untuk memenangi undi rakyat," katanya.


Pasangan adik beradik yang dipilih ialah Phee Boon Poh dan adiknya Boon Chee selain adik perempuan kepada setiausaha agung parti pusat Lim Guan Eng, Lim Hui Ying turut kekal dalam jawatankuasa negeri.


 



JAWATANKUASA DAP NEGERI BAGI PENGGAL 2021-2024


 


PENGERUSI: Chow Kon Yeow


TIMBALAN PENGERUSI: Dr P. Ramasamy


NAIB PENGERUSI: Zairil Khir Johari


NAIB PENGERUSI: Jagdeep Singh Deo


SETIAUSAHA: Lim Hui Ying


PENOLONG SETIAUSAHA: Lim Siew Khim (lantikan)


BENDAHARI: Wong Hon Wai


PENOLONG BENDAHARI: Soon Lip Chee


SETIAUSAHA ORGANISASI: H'ng Mooi Lye


PENOLONG SETIAUSAHA ORGANISASI: Lay Hock Peng


PENOLONG SETIAUSAHA ORGANISASI:  Yeoh Soon Hin


SETIAUSAHA PUBLISITI: Sim Chee Keong


PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI: Syerleena Abdul Rashid (lantikan)


PENGARAH PENDIDIKAN POLITIK: Teh Lai Heng


AHLI JAWATANKUASA: Phee Boon Poh, Phee Boon Chee, RSN Rayer, Ramkarpal Singh (lantikan), Heng Lee Lee (lantikan dan Chong Eng (lantikan).


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/2-mp-5-adun-tewas-dalam-pemilihan-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Dap P Pinang 3 Penyandang Termasuk Ramkarpal Tewas

Pemilihan Dap P Pinang 3 Penyandang Termasuk Ramkarpal Tewas

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 250 hits
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh antara tiga penyangdang yang tewas dalam pemilihan DAP Pulau Pinang hari ini Dua lagi yang tewas adalah bekas Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik dan bekas exco kerajaan negeri Danny Law Heng Kiang M...
Dap Akan Hilang Pulau Pinang Jika

Dap Akan Hilang Pulau Pinang Jika

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 329 hits
GEORGETOWN DAP dan Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak boleh terlalu yakin akan menang dengan mudah pada pilihan raya akan datang sekiranya gagal menjaga kepentingan rakyat ketika diancam oleh pandemik Covid 19 Pengerusi DAP Pulau Pinang Cho...
Bantuan Dermasiswa Pengajian 2021 Zakat Pulau Pinang

Bantuan Dermasiswa Pengajian 2021 Zakat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 682 hits
BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG Untuk makluman Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP Bagi Tahun 2021 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan APA ITU BANTUAN DERMASISWA PENGAJ...
Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 262 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Pulau Pinang Sudah Siap Draf Kawalan Sebaran Agama Bukan Islam

Pulau Pinang Sudah Siap Draf Kawalan Sebaran Agama Bukan Islam

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 336 hits
Pulau Pinang sudah menyiapkan draf enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Koperasi Dan Pemerkasaan Komuniti Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman Pula...
Pantai Teluk Duyung Pulau Pinang

Pantai Teluk Duyung Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 435 hits
Sabtu 13 03 2021 bersambung dari catatan sebelum ini Bot yang kami naiki dari Teluk Aling tiba di lokasi D pantai Teluk Duyung sekitar pukul 12 37 tengah hari Di sini tiada jeti Jadinya kami perlu menuruni anak tangga besi di bahagian sisi ...
Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 330 hits
Pulau Pinang boleh guna air selut kata SanusiMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini k...
Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 300 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Tiga Penguatkuasa Jpj Pulau Pinang Direman

Tiga Penguatkuasa Jpj Pulau Pinang Direman

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 291 hits
nbsp Oleh SAFINA RAMLI16 Mac 2021 3 40 pm GEORGE TOWN Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang ditahan direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah Perintah tahanan reman itu dik...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi