1. Notis di pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang. Pendaftaran akhir kalau masuk untuk aktiviti mendaki/merentas hutan adalah pada pukul 2 petang. Kalau nak naik bot, lepas pukul 2 masih boleh
2. Lepas mendaftar (imbas kod QR), kita akan melalui kaunter jualan tiket bot yang dikendalikan oleh persatuan bot pelancong. Yang ni pilihan, kalau tak nak penat sangat bolehlah masa pergi merentas laluan hutan dan baliknya naik bot. Atau tak mau merentas hutan, terus je naik bot ke pantai pilihan
3. Laluan kami kali ni : Dari pintu masuk ➡️ A (Pasir Pandak) ➡️ B (Sungai Tukun) ➡️ C (Teluk Aling/USM CEMAC) ➡️ D (Teluk Duyung/Monkey Beach) ➡️ E (Rumah Api Muka Head).
4. Perjalanan dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang bermula sekitar pukul 11.10 pagi. Dah nak tengah hari baru masuk hutan...tak pernah kami buat sebelum ni. Huh
5. Melepasi lokasi A - jambatan Pasir Pandak, laluan akan berpecah dua. Jika pada trip sebelum ini kami ke kiri (Pantai Kerachut), kali ini kami akan ambil laluan ke kanan pulak untuk ke Teluk Aling (USM CEMAC)
6. Laluan bermula dengan mendaki anak-anak tangga batu begini. Perjalanan akan menyusuri pantai/laut di sebelah kanan tu. Seronok melayan bunyi ombak dan pemandangan lautan
7. Kami tiba di lokasi B - jambatan Sungai Tukun. Pemandangan kat sini pun menarik
8. Masih di lokasi B tadi, nampaknya suatu masa dulu ada jeti di sini
9. Pemandangan di bawah jambatan Sungai Tukun tadi. Sungai Tukun la agaknya ni
10. Selepas jambatan tadi, sekali lagi laluan berpecah dua. Kami ambil ke kanan untuk ke Teluk Aling (USM CEMAC). Kat belakang tu ada sebuah pondok yang hampir rebah, tertera tulisan ‘Pos Kawalan Sungai Tukun’
11. Laluan di sini jelas. Hampir keseluruhan laluan kita akan melalui tangga batu/kayu atau platform kayu/besi. Cuma perlu berhati-hati melangkah pada bahagian kayu/besi sebab ada yang dah rosak. Sepanjang perjalanan juga saya nampak kabel, tiang letrik dan paip poly. Pastinya untuk membekalkan air dan elektrik ke USM CEMAC di Teluk Aling
12. Sesekali kita akan berjalan di laluan begini, saya lebih suka begini. Terasa suasana hutan
13. Pokok yang menarik perhatian saya disebabkan warna kulitnya kemerahan. Teringat saya pada keindahan Red Forest. Sewaktu saya membelek kulit pokok ni, terpandang pulak ada macam besi paip atau ntah besi apa tertanam di batang pokok bahagian atas (lihat gambar kecil)
14. Jumpa penanda Monkey Beach 2km. Cantik warna dedaun kering kat lantai hutan ni
15. Alhamdulillah...kami sampai jua di lokasi C - pantai Teluk Aling pada pukul 11.55 pagi. Catatan masa 45 minit. Masya Allah cantik sungguh pemandangan kat sini! Pantai Teluk Aling ni lebih dikenali sebagai pantai USM sebab adanya pusat penyelidikan USM - CEMAC (Centre for Marine and Coastal Studies). Sebab tu jugak ada jeti elok tu
16. Air lautnya hijau kebiruan dan jernih. Tenang rasa
17. Kami berjalan hingga hampir ke hujung pantai Teluk Aling dan akhirnya memilih untuk duduk melepas lelah di sini, beralaskan sebatang dahan pokok. Di belakang kami adalah bangunan USM CEMAC. Kami buka bekalan yang di bawa - air sejuk yang dicampur ORS (Oral Rehydration Salts), roti Twiggies dan coklat Ikea. Sambil makan, sambil mata melayan keindahan alam yang terbentang. Untung siapa kerja kat CEMAC ni
18. Masa untuk meneruskan perjalanan. Sepatutnya dari Teluk Aling ni ada rentis hutan ke lokasi D - Teluk Duyung (Monkey Beach). Tapi disebabkan rentis tersebut tak boleh dilalui buat masa ni, kenalah naik bot. Suami telefon orang bot (yang dah tempah awal tadi) dan tak lama kemudian bot pun sampai. Panjang sungguh jeti ni kan
19. Lama sungguh tak naik bot di laut. Seronok melayan gerakan bot membelah ombak dan bunyi hempasan ombak. Sesekali ada bot-bot lain lalu lalang
20. Sekitar 5-6 minit je naik bot ni untuk ke lokasi seterusnya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |