Pulau Pinang Sudah Siap Draf Kawalan Sebaran Agama Bukan Islam


 

Pulau Pinang sudah menyiapkan draf enakmen kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam, kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi Dan Pemerkasaan Komuniti, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
“Pulau pinang memang sudah siapkan draf enakmen ini dan ia pernah bangkit di dalam DUN beberapa kali,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
“Untuk enakmen mengawal penyebaran agama lain selain Islam ini keputusannya sekarang ialah tangguh pembentangan ke dalam DUN sehingga Parlimen membahas dan meluluskan undang-undang serupa untuk Wilayah Persekutuan seperti apa yang diumumkan oleh Jakim," tambahnya.


Isnin lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan mengenai penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam untuk Wilayah Persekutuan.


Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, bersama tiga lagi perkataan Arab (baitullah, Kaabah, solat) dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.



Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) berkata, penggubalan akta berkenaan di peringkat Wilayah Persekutuan akan membolehkan negeri-negeri lain mencontohinya dengan menambah baik enakmen sedia ada di negeri masing-masing.
“Draf itu masih di peringkat jawatankuasa dan tertakluk kepada penambahbaikan. Jawatankuasa pelarasan mencadangkan supaya tunggu undang-undang digubal bagi melihat apa yang dibahaskan,” tambah Zakiyuddin.
Adun Pinang Tunggal itu menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang memang ada melakukan proses penyelarasan berkenaan undang-undang syariah dan banyak hal lain dengan Jakim dan pihak pusat.
Di Malaysia, kesemua negeri mempunyai enakmen kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islamnya yang tersendiri, kecuali empat negeri.
Empat negeri itu ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Cadangan untuk enakmen sedemikian turut sudah berada dalam proses perbincangan bagi negeri Sabah, kata Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar.
“Draf belum ada, tetapi sudah dibincangkan. Dalam proses perbincangan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Katanya, pihaknya mengambil berat perkembangan terkini mengenai keputusan mahkamah tinggi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, memandangkan fatwa mengenainya sudah jelas dan larangannya juga sudah diwartakan.
Katanya, pihaknya juga sedang memantau dan mengambil kira perkembangan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam untuk Wilayah Persekutuan.
Namun, jelasnya, dia belum pasti apakah enakmen di Sabah akan mengikut RUU di Wilayah Persekutuan.
“Sebab Wilayah Persekutuan berbeza dengan Sabah dalam banyak keadaan,” katanya.
Tambah Bungu @ Aziz juga, perbincangan mengenai enakmen itu akan dibuat secepat mungkin, tetapi dalam masa sama yang sama, tidak tergesa-gesa.
Ini kerana, katanya, masih ada dua peringkat rayuan yang boleh dikemukakan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu - iaitu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
“Kita akan bincangkan di peringkat lebih tinggi, misalnya dengan pejabat peguam negara di Sabah. Kemudian ke majlis tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah, supaya sebarang cadangan itu diselaraskan dengan beberapa peruntukan undang-undang sedia ada.
“Perbincangan sedang ke arah itu,” katanya lagi.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 2008, menetapkan bahawa penggunaan kalimah 'Allah' adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja, dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
Pada 1986, kabinet memutuskan kalimah Allah termasuk antara kalimah yang dilarang penggunaannya oleh bukan Islam, dan telah diwartakan sebagai eksklusif untuk umat Islam sahaja.
Larangan oleh kerajaan ini disifatkan “silap” oleh Mahkamah Tinggi dalam keputusannya pada 10 Mac lalu.
Selain itu, mahkamah turut memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri pada tahun sama yang melarang penggunaan kalimah "Allah" bersama tiga perkataan lain dalam penerbitan Kristian sebagai menyalahi undang-undang dan tidak rasional.
Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/pulau-pinang-sudah-siap-draf-kawalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Hak Kita Untuk Menghukum Islam Bukan Agama Ganas Ustaz Kazim Elias

Bukan Hak Kita Untuk Menghukum Islam Bukan Agama Ganas Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 242 hits
Sebelum ini seorang model terkenal iaitu Alicia Amin didakwa tidak bersetuju dengan pendapat netizen yang mahukan hukuman bunuh terhadap mana mana individu yang ingin murtad Malah dia juga turut bersuara untuk melindungi Sajat selepas usaha...
Pindaan Akta 355 Ruu Sekat Pengembangan Agama Bukan Islam Bakal Diperkenal

Pindaan Akta 355 Ruu Sekat Pengembangan Agama Bukan Islam Bakal Diperkenal

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 285 hits
YB Ahmad Marzuk bin Shaary Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan beberapa undang undang syariah akan digubal manakala beberapa akta lain akan dipinda bawah rancangan pelan pemerkasaan undang undang syar...
Polis Pulau Pinang Lengkapkan Siasatan Kes Pegawai Lepaskan Okt

Polis Pulau Pinang Lengkapkan Siasatan Kes Pegawai Lepaskan Okt

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 576 hits
Sumber Sinar HarianGEORGETOWN Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung beberapa pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang yang dipercayai melepaskan orang kena tuduh berkait kes Macau Scam Ketua Polis Pulau Pina...
Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Teluk Aling

Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Teluk Aling

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 435 hits
Sabtu 13 03 2021Alhamdulillah pada 5 Mac lalu sempadan daerah dah pun di buka semula Dapatlah saya kembali menikmati keindahan hutan kembali bermesra dengan alam Destinasi rekreasi pertama saya untuk tahun 2021 Taman Negara Pulau Pinang Tel...
Tiga Penguatkuasa Jpj Pulau Pinang Direman

Tiga Penguatkuasa Jpj Pulau Pinang Direman

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 276 hits
nbsp Oleh SAFINA RAMLI16 Mac 2021 3 40 pm GEORGE TOWN Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang ditahan direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah Perintah tahanan reman itu dik...
Google Doodle Rai Dr Wu Lien Teh Anak Kelahiran Pulau Pinang Di Balik Pelitup Muka

Google Doodle Rai Dr Wu Lien Teh Anak Kelahiran Pulau Pinang Di Balik Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 499 hits
Enjin carian Google Doodle hari ini memaparkan ahli epidemiologi Cina Malaysia mendiang Dr Wu Lien Teh yang dikenali sebagai pencipta pelitup muka pembedahan jenis N95 Google Doodle memberi penghormatan kepada Dr Wu bersempena hari lahir to...
Jumlah Mendaftar Untuk Vaksinasi Covid 19 Di Pulau Pinang Masih Rendah Kata Km

Jumlah Mendaftar Untuk Vaksinasi Covid 19 Di Pulau Pinang Masih Rendah Kata Km

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 210 hits
Jumlah mendaftar untuk vaksinasi Covid 19 di Pulau Pinang masih rendah kata KM Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada
Hiburan Manusia Yang Paling B Doh Adalah Yang Buang Agama Islam Roslan Shah

Hiburan Manusia Yang Paling B Doh Adalah Yang Buang Agama Islam Roslan Shah

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 292 hits
Pengacara Roslan Shah menerusi akaun Instagram miliknya ada menitipkan sedikit nasihat serta peringatan buat seluruh masyarakat khususnya yang beragama islam untuk sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam meskipun sering diuji dengan pe...
Suspek Hina Agama Hasut Murtadkan Wanita Islam Serah Diri Kata Polis

Suspek Hina Agama Hasut Murtadkan Wanita Islam Serah Diri Kata Polis

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 235 hits
Suspek hina agama hasut murtadkan wanita Islam serah diri kata polis Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Mar 20
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord