Makmal Proses Pil Ekstasi Diserbu Polis Rampas Dadah Bernilai Rm11 8 Juta Di Pulau Pinang




Sumber Malaysia Gazette
By Malinda Abdul Malik - 24 March 2021
SEBERANG PERAI – Taktik satu sindiket dadah menjadikan kediaman elit sebagai makmal memproses pil ekstasi berjaya dilumpuhkan selepas polis menahan tiga lelaki dalam beberapa serbuan sekitar Bukit Mertajam dan Sungai Petani, Kedah pada Isnin lalu.
Tangkapan ke atas tiga suspek berusia 30 hingga 37 tahun itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM11.8 juta.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, tangkapan pertama membabitkan dalang utama sindiket berusia 33 tahun dan rakannya ketika mereka sedang memandu kereta di kawasan perumahan Taman Pauh Jaya kira-kira jam 9.30 pagi.
Katanya, pemandu kereta itu bertindak merempuh kereta polis sebelum memecutkan kenderaa sebaik menyedari mereka diekori namun berjaya dipintas polis di Taman Sutera, Perai di sini.
“Berpandukan maklumat daripada dua suspek itu, pihak polis menyerbu sebuah kediaman elit di Taman Pauh Jaya yang dijadikan makmal proses pil ekstasi.
“Hasil pemeriksaan pihak polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.8 juta, serbuk kafein, cecair kimia, pelbagai peralatan serta mesin menghasilkan pil ekstasi.
Sahabudin menunjukkan mesin serta peralatan yang digunakan sindiket bagi menghasilkan pil ekstasi.
“Susulan itu, kita menahan seorang lagi suspek berusia 30 tahun yang juga adik kepada dalang utama sindiket di sebuah di kediaman di Sungai Petani, Kedah pada hari yang sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.
Dalam serbuan itu juga, pihak polis merampas enam buah kenderaan antaranya Range Rover Evoque, Mini Cooper, Honda Odyssey, Mercedes Benz serta sebuah motosikal kuasa tinggi jenis Kawasaki Z800.
Sebahagian kenderaan mewah serta motosikal milik sindiket yang dirampas dalam serbuan.
Mengulas lanjut, Sahabudin memberitahu sindiket itu aktif memproses dan mengedar pil ekstasi sejak enam bulan lalu.
Jelas beliau, suspek juga mengaku menyewa kediaman elit itu dengan bayaran berjumlah RM2,800 sebulan untuk dijadikan makmal proses ekstasi.
“Hasil soal siasat mendapati suspek utama dan rakannya merupakan ‘pakar kimia’ dalam menghasilkan pil ekstasi untuk pasaran tempatan itu.
Pelbagai jenis dadah bernilai RM11.8 juta dirampas dalam serbuan di sebuah kediaman elit di Taman Pauh Jaya.
“Kedua-dua suspek itu positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
“Suspek ketiga tidak mempunyai rekod lampau namun aset milik sindiket didaftarkan atas namanya,” ujar Sahabudin.
Tambah beliau, kesemua suspek direman sehingga 29 Mac ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/makmal-proses-pil-ekstasi-diserbu-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

Kilang Jadi Makmal Dadah Polis Rampas Syabu Bernilai Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 329 hits
By Malinda Abdul Malik Malaysia GazetteGEORGE TOWN Tindakan sindiket pengedaran dadah menjadikan sebuah kilang sebagai makmal memproses bahan terlarang itu berjaya dibongkarkan selepas polis menahan empat lelaki semalam Serbuan bermula jam ...
Polis Bongkar Makmal Proses Dadah Jenis Heroin Di Johor

Polis Bongkar Makmal Proses Dadah Jenis Heroin Di Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 219 hits
Lelaki tempatan bertindak sebagai ahli kimia runner ditahan JOHOR BAHRU Polis Johor merampas dadah bernilai RM1 08 juta hasil pembongkaran sebuah makmal pemprosesan dadah jenis heroin di Iskandar Puteri pada 23 Mac lepas Ketua Polis Johor D...
Serbuan Dadah Kilang Kertas Port Proses Dadah Diserbu Syabu 2 9 Juta Dirampas

Serbuan Dadah Kilang Kertas Port Proses Dadah Diserbu Syabu 2 9 Juta Dirampas

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 246 hits
Sebuah makmal memproses dadah jenis syabu yang berselindung di sebalik kilang memproses kertas di Machang Bubok Bukit Mertajam berjaya dibongkar polis Dalam serbuan pada jam 7 30 malam 8 Mac lepas empat lelaki tempatan termasuk dalang turut...
Kastam Rampas Dadah Bernilai Rm5 2 Billion Terbesar Dalam Sejarah

Kastam Rampas Dadah Bernilai Rm5 2 Billion Terbesar Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 341 hits
Kontena kontena yang mengandungi 16 Tan Pil Captagon bernilai RM5 2 Billion tersebut tiba dari sebuah negara di Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur Ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah dire...
Polis Marin Pulau Pinang Berjaya Tumpas Sindiket Rokok Seludup

Polis Marin Pulau Pinang Berjaya Tumpas Sindiket Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 486 hits
Taktik seorang lelaki menjadikan sebuah stor dalam kebun koko sebagai tempat menyimpan rokok seludup dibongkar Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang semalam Stor itu ditemui selepas polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di k...
Polis Pulau Pinang Lengkapkan Siasatan Kes Pegawai Lepaskan Okt

Polis Pulau Pinang Lengkapkan Siasatan Kes Pegawai Lepaskan Okt

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 524 hits
Sumber Sinar HarianGEORGETOWN Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung beberapa pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang yang dipercayai melepaskan orang kena tuduh berkait kes Macau Scam Ketua Polis Pulau Pina...
Awani Ringkas Akta Berita Palsu Berkuatkuasa Hari Ini Polis Bongkar Makmal Dadah Di Kilang Kertas

Awani Ringkas Akta Berita Palsu Berkuatkuasa Hari Ini Polis Bongkar Makmal Dadah Di Kilang Kertas

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 304 hits
Akta Berita Palsu berkuatkuasa hari ini Polis bongkar makmal dadah di kilang kertas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOO...
Gerakan Dakwa Masih Relevan Sasar Kembali Tawan Pulau Pinang

Gerakan Dakwa Masih Relevan Sasar Kembali Tawan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 199 hits
Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang menyambut ulang tahun ke 53 hari ini berdepan cabaran membuktikan ia masih relevan dalam perkembangan semasa politik tanah air Selepas lebih setengah abad penubuhannya parti politik berbilang bangsa itu ya...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven