Panduan Dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat Dan 1 Salam Serta Kelebihannya
Panduan dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam serta Kelebihannya 22
Solat dhuha adalah ibadah sunat yang kerap dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Amalan ini mengandungi banyak keutamaan iaitu salah satunya adalah melancarkan rezeki seseorang.
Daripada Nu’aim bin Hammar RA, bahawa Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah SWT, firman Allah SWT bahawa:
يَا ابْنَ آدَمَ، لَا تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ، أَكْفِكَ آخِرَهُ
Maksudnya: “Wahai anak Adam! Janganlah kamu tinggalkan untukku 4 rakaat pada awal siangmu. Nescaya aku akan cukupkan bagimu di akhir siangmu.” [Riwayat al-Tirmizi (475) dan Abu Daud (1289)]
Artikel kali ini menerangkan apakah itu solat dhuha, tatacara solat dhuha 4 rakaat dan 1 salam, niat dan kelebihan solat dhuha.
Apakah itu Solat Dhuha?
Solat dhuha ini amat bersesuaian dengan namanya iaitu daripada perkataan al-Dhuha (الضحى) yang berasal daripada bahasa Arab. Dhuha membawa maksud “waktu pagi” atau “sinar pagi”. Hukum solat dhuha adalah sunat dan dilakukan ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2, 6, 4, 8 dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat. Perlaksanaan solat dhuha adalah pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.
Niat Solat Dhuha
Solat dhuha digalakkan ditunaikan dengan 4 rakaat, samada dalam dua salam atau satu salam. Berikut adalah niat solat dhuha 2 rakaat dan 4 rakaat.
Panduan dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam serta Kelebihannya 23
Lafaz Rumi Solat Dhuha 2 rakaat : Usholli sunnatadh dhuhaa rak'ataini lillaahi ta'aalaa.
Maksudnya: “Aku niat solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Lafaz Rumi Solat Dhuha 4 rakaat: Usholli sunnatadh dhuhaa arba'aa roka'aatin mustaqbilal qiblati adaa'an lillaahi ta'aalaa.
Maksudnya: “Aku niat solat sunat dhuha empat rakaat menghadap kiblat kerana Allah Ta’ala.”
Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam
Berikut merupakan tatacara ringkas mendirikan solat Dhuha 4 rakaat dengan 1 salam.
Rakaat Pertama1. Niat (4 rakaat) terlebih dahulu dan disusuli dengan takbiratul ihram.2. Mulakan dengan bacaan doa iftitah.3. Seterusnya bacaan al-Fatihah.4. Diteruskan lagi dengan membaca surah As-Syams (afdhal dibaca rakaat pertama solat dhuha).5. Teruskan dengan lakukan seperti solat biasa.
Panduan dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam serta Kelebihannya 24
Rakaat Kedua6. Mula dengan lafaz takbir intiqalat.7. Teruskan dengan membaca surah al-Fatihah.8. Diteruskan lagi dengan membaca surah an-Nas.9. Teruskan lakukan seperti solat sehingga sujud10. Bangun untuk tahiyat awal
Rakaat Ketiga11. Teruskan kepada rakaat ketiga.12. Seterusnya bacaan al-Fatihah.13. Diteruskan lagi dengan membaca surah Al-Ikhlas (atau apa-apa surah lazim)14. Teruskan dengan lakukan seperti solat biasa
Rakaat Keempat15. Teruskan kepada rakaat keempat16. Seterusnya bacaan al-Fatihah.17. Diteruskan lagi dengan membaca surah Al-Falaq (atau apa-apa surah lazim)18. Teruskan dengan lakukan seperti solat biasa19. Tahiyat akhir dan memberi salam.
Hukum mendirikan solat dhuha 4 rakaat dengan 1 salam adalah harus, rujuk I`anah al-Talibin (1/294). Bagaimanapun, berdasarkan hadis Rasulullah saw agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas.
Daripada Ummu Hani R.anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bersolat dhuha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.
Berikut merupakan klip video cara mendirikan solat dhuha 4 rakaat dan 1 salam daripada Ustaz Azhar Idrus.
Waktu Mendirikan Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi). Solat sunat ini boleh ditunaikan sekitar 20-30 minit selepas terbitnya matahari. Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (20 minit sebelum zuhur).
Panduan dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam serta Kelebihannya 25
Kelebihan Solat Dhuha
Kelebihan Solat Dhuha1. Diberi pahala sedekah2. Tergolong dalam golongan bertaubat3. Pintu rezeki dibuka seluas-luasnya4. Berpahala seperti mengerjakan umrah5. Disediakan sebuah rumah di syurga
Panduan dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam serta Kelebihannya 26
Soalan FAQs Berkenaan Solat Dhuha
Berapakah rakaat solat dhuha?
2, 4, 6, 8, dan 12 rakaat
Apakah hukum menjalankan solat dhuha 4 rakaat 1 salam?
Harus
Apakah antara kelebihan menjalankan solat dhuha?
Diberi pahala sedekah; diberi rezeki seluas-luasnya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/solat-dhuha.html