Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa Dan Doa Istisqa
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 10
Adakah anda tahu bagaimana cara mendirikan solat istisqa? Malaysia kini dilanda suhu yang sangat panas dan kering yang boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada sesuatu daerah tersebut. Cuaca panas dan kering ini dijangka kekal hingga pertengahan April akibat daripada kurangnya awan yang boleh membawa hujan. Jika kawasan tempat tinggal anda mengalami cuaca yang sangat panas dan kering, anda digalakkan mendirikan solat istisqa untuk memohon hujan dan mengurangkan suhu terlampau panas di kawasan anda itu. Artikel ini menerangkan panduan mudah untuk anda menjalankan solat istisqa’.
Apa itu Solat Istisqa’?
Solat Istisqa’ ialah solat sunat yang disyariatkan dengan tujuan yang khusus untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan apabila berlakunya kemarau atau panas kering yang berlarutan. Istisqa’ bermaksud meminta siraman air.
Hadis Berkenaan Solat Istisqa‘
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا، اللهُمَّ أَغِثْنَا
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami, Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami.”
Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami secara merata, menyegarkan, menyuburkan tanaman, bermanfaat tanpa mudharat serta kami mohon agar diturunkan hujan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh.”
Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ، وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada hamba-hamba-Mu, binatang ternakan serta luaskanlah rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati.”
Hukum Solat Istisqa
Hukum solat Istisqa’ adalah sunat muakkad ke atas orang yang bermukim, bermusafir, merdeka, hamba, baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 11
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 12
Syarat-syarat Sebelum Melakukan Solat Istisqa‘
1. Bertaubat dengan sebenar-benarnya2. Bersedekah kepada fakir miskin, meninggalkan kezaliman dan mendamaikan persengketaan3. # Berpuasa selama empat hari berturut-turut
#Pada hari keempat berpuasa, seluruh penduduk diminta turut sama keluar beramai-ramai ke tanah lapang (lebih utama) atau masjid bagi menunaikan solat secara berjamaah.
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 13
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 14
Cara Mendirikan Solat Istisqa‘
1. Didirikan sebanyak dua rakaat sama seperti solat sunat hari raya2. Disunatkan untuk (bilal) melaungkan الصَّلاَةُ جَامِعَة untuk memulakan solat3. Lafaz niat solat sunat Istisqa’:
أُصَلَّى سُنَّةَ الْإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ مَأْمُومًا/ إمَامًا لله تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Istisqa’ 2 rakaat menjadi imam/makmum
kerana Allah Ta’ala3. Selepas membaca doa iftitah, disunatkan bertakbir
sebanyak tujuh (7) kali dengan diselangi bacaan tasbih pada rakaat pertama dan lima
(5) kali takbir yang juga diselangi dengan tasbih pada rakaat kedua.4. Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca surah al-Fatihah dan surah lain
selepasnya5. Selepas membaca Surah al-Fatihah, membaca surah al-A’la pada rakaat pertama dan
surah al-Ghasyiah pada rakaat kedua.6. Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah (membaca
dua khutbah).
Lafaz tasbih:
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 15
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 16
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 17
Khutbah Solat Istisqa‘
1. Khutbah dilakukan selepas solat sunat Istisqa’.2. Khutbah pertama dimulakan dengan beristighfar sebanyak sembilan (9) kali, dan pada khutbah kedua, khatib akan beristighfar sebanyak tujuh (7) kali.3. Setelah berlalu satu pertiga khutbah yang kedua, khatib hendaklah berpaling menghadap kiblat dan membelakangi para jemaah.
Doa Solat Istisqa’
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa' (Minta Hujan) dan Doa Istisqa' 18
Maksudnya: Ya Allah! Turunkan kepada kami hujan yang menyelamatkan, menyuburkan, lebat, menyenangkan, merata manfaatnya, menyeluruh, memuaskan dan terus langsung.
Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami dan jangan Engkau jadikan kami ini golongan orang-orang yang berputus asa.
Ya Allah! sekalian hamba, negeri, ternakan, seluruh makhluk, sedang menghadapi keletihan, kesukaran serta kepayahan. Tiada tempat mengadu semua ini melainkan kepadaMu.
Ya Allah! tumbuhkanlah tanaman kami, keluarkan susu perahan kami, hujanilah kami dengan berkah langit dan tumbuhilah kami dari berkah bumi.
Ya Allah! lenyapkanlah kesukaran kami, kelaparan dan kemiskinan, halaukanlah semua bencana dari diri kami, sebab tiada yang dapat menghalaukan itu selain Engkau.
Ya Allah! kami mohon kempunanMu, sebab Engkau adalah Maha Pengampun.
Kerana itu turunkanlah hujan dari langit dengan selebat-lebatnya.
Waktu Solat Istisqa‘
Inilah pandangan majoriti ulama. Solat Istisqa’ ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Solat al-Istisqa ditunaikan di tanah lapang. Waktu yang paling afdhal untuk menunaikan solat al-Istisqa ialah waktu yang sama ketika menunaikan solat Hari Raya berdasarkan perkataan ‘Aisyah RA. Namun Solat al-Istisqa’ juga boleh dilakukan pada bila-bila waktu yang dirasakan perlu.
Soalan FAQs Berkenaan Solat Istisqa‘
Berapakah rakaat Solat Istisqa’ yang boleh dilakukan?
2 rakaat seperti solat hari raya Aidilfitri
Bilakah waktu boleh mendirikan Solat Istisqa’?
Pada waktu kemarau atau bila-bila masa yang dibenarkan untuk solat.
Adakah Solat Istisqa’ mempunyai khutbah?
Ya, khutbah adalah sunat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/solat-istisqa.html