xr:d:DAF_NuDM2tw:354,j:7887352989716320959,t:24040717
Pernahkah anda mengerjakan solat gerhana matahari atau gerhana bulan? Jika anda tidak pasti cara mengerjakan solat gerhana matahari atau bulan, disini penulis akan menerangkan cara untuk anda mengerjakan solat tersebut.
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 10
Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Pengenalan Solat Gerhana Matahari dan Bulan
Solat sunat gerhana ialah solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau bulan rukun tertentu. Solat ini dianjurkan supaya didirikan di sepanjang fenomena gerhana tersebut berlaku sehingga selesai. Solat gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (bulan) dan kusuf (matahari).
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 11
Fenomena Gerhana Matahari Penuh akan berlaku pada 8 April 2024 selama 1 hari selepas bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu kedudukan Bulan terdekat dari Bumi di dalam orbit Bulan mengelilingi Bumi dengan jarak 358,850 km. Bagaimanapun, fenomena Gerhana Matahari Penuh ini tidak dapat dilihat di Malaysia, tetapi dapat disaksikan di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Jika anda menetap di kawasan ini, dan mengalami gerhana matahari, anda boleh melakukan solat gerhana matahari.
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 12
Apa itu Gerhana Bulan?
Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang Bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini, bumi akan berada di antara Bulan dan Matahari di dalam kedudukan tepat sebaris. Dikatakan fenomena Gerhana Bulan Penumbra telah berlaku 25 Mac 2024 selepas bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 406,294 km. Bagaiamanapun kejadian ini, tidak dapat dilihat dari negara-negara Asia seperti Malaysia. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Lautan Pasifik.
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 15
Cara Solat Gerhana Matahari atau Bulan
Rakaat Pertama1. Takbiratul Ihram2. Membaca doa iftitah.3. Membaca Ta`awudz.4. Membaca surah al-Fatihah.5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 16
Waktu Solat Gerhana Bulan
Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari.
Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya.
Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka (i) Qaul Qadim: tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh), (ii) Qaul Jadid: ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk).
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan 17
Soalan FAQs Berkenaan Solat Gerhana Matahari atau Bulan
Apakah hukum solat gerhana matahari dan bulan?
Sunat muakkad|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |