Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi


Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 14 Pernahkah anda terlupa rakaat solat dan melakukan sujud sahwi? Sebagai manusia biasa kita mesti pernah terlupa dan tersalah, lebih-lebih lagi ketika solat. Jika anda terlupa rakaat solat, anda perlu melakukan sujud sahwi kerana ragu-ragu dengan bilangan solat anda. Berikut diterangkan apakah itu sujud sahwi, lafaz bacaan sujud sahwi, tatacara sujud sahwi, dan sebab-sebab yang membolehkan anda sujud sahwi.
Apakah itu Sujud Sahwi? Sahwi bermaksud terlupa sesuatu. Sujud sahwi bermaksud sujud dalam solat akibat terlupa dan keraguan sesuatu dalam rukun solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum memberi salam. Tujuan utamanya adalah untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, terkhilaf, dan hukumnya adalah sunat.
Sujud sahwi disyariatkan apabila seseorang itu tertinggal sunat-sunat ab’ad seperti tasyahud awal, doa qunut atau terlupa bilangan rakaat solat yang sedang dilaksanakan.
Dalil pensyariatan amalan sujud sahwi sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Said al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثاً أَمْ أَرْبَعاً؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْساً، شَفَعْنَ لَهُ صَلاَتَهُ وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لِأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ

Terjemahannya: Jika salah seorang antara kamu ragu-ragu dalam sembahyangnya, lalu dia tidak pasti sudah berapa rakaat dia bersembahyang, sama ada tiga rakaat ataupun yang keempat, maka hendaklah dia meninggalkan keraguan tersebut, dan tetapkanlah bilangan rakaat yang diyakini (mengambil bilangan rakaat yang paling sedikit). Kemudian hendaklah dia melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi) sebelum dia memberi salam. Jika dia telah mengerjakan sebanyak lima rakaat, maka disempurnakan sembahyangnya itu dengan sujud tersebut (dikira sempurna empat rakaat) dan jika hakikatnya dia telah bersembahyang empat rakaat maka kedua sujudnya itu sebagai penghinaan terhadap syaitan (Riwayat Imam Muslim). Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 15 Bacaan Sujud Sahwi dalam Solat Bacaan Sujud Sahwi adalah seperti berikut:
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو Bacaan sujud Sahwi Rumi adalah seperti berikut:
“Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huu“ Terjemahan bacaan sujud sahwi:
“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.” Tatacara Melakukan Sujud Sahwi dalam Solat Sujud sahwi dilakukan selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam. Berikut adalah tatacara menjalankan sujud sahwi sebelum anda memberi salam.
1. Perlu berniat dan takbir (Allahu Akbar)
Lafaz niat sujud sahwi tiada khusus. Anda boleh berniat seperti “sahaja aku melakukan sujud sahwi kerana Allah Taala” di dalam hati.2. Terus sujud
Sujud dan baca bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو3. Duduk di antara dua sujud
Bangun dari sujud dan baca bacaan duduk antara dua sujud yang biasa seperti dalam solat iaitu:

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Lafaz rumi: Rabbighfirlii , warhamnii , wajburnii , warfa’nii , warzuqnii , wahdinii , wa’aafinii , wa’fuanii

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.4. Sujud kali kedua
Ulang bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو5. Memberi salam
Bangun dari sujud dan memberi salam seperti biasa. Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 16 Sebab-sebab Sujud Sahwi Berikut adalah sebab-sebab anda boleh melakukan sujud sahwi sebelum anda memberi salam pada akhir solat.
1. Kerana terlupa duduk tahiyat awal2. Kerana ragu-ragu jumlah rakaat yang telah anda lakukan3. Kerana ragu-ragu terkurang rakaat solat4. Kerana ragu-ragu terlebih rakaat solat5. Ketika tertinggal bacaan al fatihah6. Meninggalkan thama’ninah7. Meninggalkan duduk yang wajib dalam solat, iaitu semua duduk kecuali duduk tasyahhud akhir. Barang siapa meninggalkan duduk tasyahhud awal atau duduk di antara dua sujud maka perlu sujud sahwi8. Meninggalkan bacaan tasyahhud pertama dan kedua9. Memindahkan rukun bacaan dari satu tempat ke tempat yang lain, seperti membaca fatihah ketika rukuk, membaca tasyahhud ketika sujud dan lain sebagainya, kecuali membaca surah sebelum al fatihah maka tidak wajib baginya sujud sahwi.10. Meninggalkan hal-hal yang sunat dalam solat tidaklah wajib sujud sahwi melainkan ada beberapa perkara yang ditentukan mengikut mazhab masing-masing seperti tertinggal qunut dalam solat subuh mengikut mazhab Syafie. Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat dan Sebab-sebab Perlu Sujud Sahwi 17 Manfaat Sujud Sahwi Berikut adalah manfaat melakukan sujud sahwi:
Menghinakan syaitan Menyedari bahawa setiap manusia tidak akan pernah terlepas dari khilaf dan lupa Menambah pahala solat Menyempurnakan kekurangan dan kesilapan dalam melakukan solat Soalan FAQs Berkenaan Sujud Sahwi Apakah maksud sujud sahwi? Sujud dalam solat kerana terlupa atau ragu-ragu.
Berapakah kali sujud dalam sujud sahwi? 2 kali sujud
Adakah kita boleh lakukan sujud sahwi jika terlupa bilangan rakaat dalam solat? Boleh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/04/sujud-sahwi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa Dan Doa Istisqa

Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa Dan Doa Istisqa

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 268 hits
Panduan Mudah Mendirikan Solat Istisqa dan Doa Istisqa 10 Adakah anda tahu bagaimana cara mendirikan Malaysia kini dilanda suhu yang sangat panas dan kering yang boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran ...
Panduan Dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat Dan 1 Salam Serta Kelebihannya

Panduan Dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat Dan 1 Salam Serta Kelebihannya

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 176 hits
Panduan dan Cara Solat Dhuha 4 Rakaat dan 1 Salam serta Kelebihannya 22 Solat dhuha adalah ibadah sunat yang kerap dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW Amalan ini mengandungi banyak keutamaan iaitu salah satunya adalah melancarkan rezeki seseor...
Waktu Solat Raya Aidilfitri Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

Waktu Solat Raya Aidilfitri Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 296 hits
Salah satu sunnah dalam meraikan Hari Raya ialah dengan menunaikan solat Hari Raya Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa id al Khudri R A beliau berkata Maksudnya Kebiasaannya Rasulullah SAW pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladh...
Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari Dan Gerhana Bulan

Panduan Mudah Solat Gerhana Matahari Dan Gerhana Bulan

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 306 hits
xr d DAF NuDM2tw 354 j 7887352989716320959 t 24040717 Pernahkah anda mengerjakan solat atau gerhana bulan Jika anda tidak pasti cara mengerjakan solat gerhana matahari atau bulan disini penulis akan menerangkan cara untuk anda mengerjakan s...
Terkini Pmx Sempat Bertegur Sapa Dengan Rakyat Sebelum Solat

Terkini Pmx Sempat Bertegur Sapa Dengan Rakyat Sebelum Solat

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 167 hits
Jamuan Hari Raya Solat Jumaat Bersama YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri dan YAB di Masjid Bandar Utama Batang Kali Hulu Selangor 12 April 2024
Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh Dan Kelebihannya

Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 570 hits
Cara Mendirikan Solat Sunat Sebelum Subuh dan Kelebihannya 7 Adakah anda tahu bahawa antara banyak banyak solat sunat solat sunat sebelum subuh adalah solat yang paling Rasulullah SAW jaga Solat sunat sebelum subuh terlalu banyak kebaikanny...
Orang Pertama Menunaikan Solat

Orang Pertama Menunaikan Solat

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 1862 hits
Solat merupakan tiang agama bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak kira usia pangkat harta dan kedudukan Tuntutan ini telah lama diterapkan di dalam kehidupan seharian kita malahan di dalam Al Quran juga Allah menyebutkan kewajipan ...
Pesanan Lama Arwah Sharifah Aini Tentang Solat 5 Minit Boleh Jadi Macam Macam

Pesanan Lama Arwah Sharifah Aini Tentang Solat 5 Minit Boleh Jadi Macam Macam

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 130 hits
Dunia seni hiburan Malaysia pernah kehilangan seorang biduanita yang amat dihormati iaitu Datuk Sharifah Aini pada 5 Julai 2014 Selain bakat vokalnya yang luar biasa beliau juga dikenali sebagai seorang yang beriman Pesanan Allahyarhamah Sh...
Maksud Jamak Syarat Solat Jamak Had Hari Yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar

Maksud Jamak Syarat Solat Jamak Had Hari Yang Dibenarkan Solat Jamak Qasar

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 314 hits
Dalam Islam terdapat rukhsah yang diberikan dalam menjalankan beberapa ibadah termasuk solat Rukhsah solat ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada individu yang menepati syarat tertentu agar dapat menjalankan ibadah dengan lebih mud...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat