Apa Beza Mydigital Id Dengan Mykad Jom Fahamkan 5 Fakta Ni


Apa beza MyKad dengan MyDigital ID eh? Jangan salah faham tau, MyDigital ID, TIDAK menggantikan MyKad. MyKad masih digunakan sebagai pengesahan diri di kaunter fizikal. Ia juga tidak menggantikan pasport atau visa.
Jadi, apa fungsi MyDigital ID dan kenapa kita amat digalakkan untuk daftar?
MyDigital ID ni macam MyKad tapi untuk dunia maya. Ia adalah identiti kita dalam bentuk digital. Fungsinya hanya untuk pengesahan identiti ketika rakyat mengakses perkhidmatan digital kerajaan dan swasta.
Secara ringkasnya, ia direka untuk mengurangkan risiko penipuan identiti dan akses tidak sah, bukan untuk pemantauan pergerakan, menjejak kawalan sempadan atau mengumpul data aktiviti dalam talian. Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang MyDigital ID khusus untuk semua rakyat Malaysia!
FAKTA 1 : Perbezaan MyDigital ID Dengan MyKad MyDigital ID bertujuan untuk menyediakan penyelesaian identiti digital yang selamat, dipercayai dan mudah digunakan untuk pengurusan identiti digital dalam era digital yang semakin berkembang.
Tapi, jangan keliru… MyDigital ID tidak sama dengan MyKad. Berikut adalah perbezaan utama antara keduanya:
AspekMyKadMyDigital IDFungsi UtamaKad pengenalan fizikal rasmi untuk urusan kerajaan & undang-undangIdentiti digital untuk log masuk selamat ke perkhidmatan onlineBentukKad plastik fizikal dengan cipSepenuhnya digital dalam aplikasi (tiada kad fizikal)Kaedah PengesahanSemakan fizikal, cap jari, cip kadBiometrik wajah, PIN / password, teknologi keselamatan digitalTujuan PenggunaanBukti kewarganegaraan & identiti sahAkses platform digital kerajaan & swastaKeunikanMyKad memiliki cip unik untuk mengesahkan kewarganegaraan, umur, alamat dan status pemegang. Selain daripada digunakan sebagai dokumen rasmi, MyKad juga boleh digunakan dalam pelbagai program seperti MyKasih dan TNG.MyDigital ID memudahkan log masuk tunggal (Single -Sign-On) supaya pengguna terus boleh guna banyak perkhidmatan kerajaan & swasta tanpa perlu ingat password yang banyak dan berbeza.
Apabila identiti kita dilindungi, lebih mudah elak kena scam, nak buat apa-apa urusan online pun senang. Apa itu MyDigital ID? Fakta 2 : MyDigital ID Membanteras Jenayah Digital MyDigital ID mengurangkan jenayah digital dengan menyediakan kaedah pengesahan identiti yang jauh lebih selamat berbanding penggunaan kata laluan biasa. Sistem ini menggunakan teknologi biometrik, pengesahan berlapis dan token keselamatan yang unik untuk memastikan hanya pemilik sebenar boleh mengakses akaun atau perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. Setiap transaksi identiti juga melalui proses penyulitan (encryption), menjadikan data yang dihantar sukar dipintas atau dimanipulasi oleh penjenayah siber.
Selain itu, MyDigital ID membantu membanteras jenayah akaun palsu atau penyamaran kerana setiap pendaftaran mesti disahkan menggunakan identiti sebenar, sekali gus menyukarkan scammer mendaftar akaun palsu untuk tujuan penipuan. 
Gabungan semua ciri ini menjadikan MyDigital ID satu mekanisme penting dalam meningkatkan keselamatan siber  negara dan mengurangkan risiko jenayah dalam talian seperti phishing, penyamaran, penyalahgunaan data serta penipuan bantuan kerajaan.
FAKTA 3: MyDigital ID Tidak Menyimpan Data / Menjejak Aktiviti Pengguna Sistem MyDigital ID tidak menyimpan data biometrik seperti cap jari, imbasan iris atau pengecaman wajah, dan tidak menggunakan cip atau implan, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Sebaliknya, MyDigital ID hanya berfungsi memudahkan akses ke pelbagai aplikasi/portal dalam talian dengan hanya satu ID digital dan satu kata laluan, di mana sistem ini direka supaya tidak menyimpan data peribadi pengguna dan tidak menjejak aktiviti dalam talian.
Secara ringkasnya, MyDigital ID berfungsi sebagai mekanisme pengesahan identiti sahaja, di mana semua pensahihan dilakukan terus dengan pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan maklumat pengguna. Biometrik hanya digunakan untuk tujuan pengesahan identiti sementara. Identiti digital pengguna pula terikat kepada peranti masing-masing, bukan disimpan di pelayan pusat.
Kesimpulannya, berdasarkan laman rasmi MyDigital ID, sistem ini direka untuk memberikan pengesahan identiti secara digital tanpa menjejaskan privasi pengguna atau memantau aktiviti mereka dalam talian.
FAKTA 4 : Ramai Yang Dah Daftar MyDigital ID! Setakat ini, lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia telah mendaftar MyDigital ID, malah penggunaan MyDigital ID juga semakin meningkat dari hari ke hari. Difahamkan sehingga kini, MyDigital ID telah digunakan bagi mempermudah lebih daripada 400,000 akses kepada perkhidmatan digital.
MyDigital ID FAKTA 5 : Senarai Aplikasi & Portal Yang Menyokong MyDigital ID Antara aplikasi dan portal yang kini menyokong penggunaan MyDigital ID termasuk:
BUDI95 MyBayar PDRM MyTNB MySejahtera Talian Kasih STR (Sumbangan Tunai Rahmah) TVET Madani MyGov SuperApp MyJPJ MyHRMIS Mobile SPA9 MyKadun MyInfra EHRI eROSES CIMS MyStudent App UiTM MyNemo (UMT) i-Attend (UIA) SMAP Online UMHelpdesk MyPTPTN myXtraJob My Travel Approval eKenderaan krste.my MyRAS NIISe MEDCast 2.0 MISSION PsMJM / MyMJM Bagi tahun 2026, lebih banyak kerjasama bakal kita lihat antara MyDigital ID dengan PBT di Selangor, Sarawak, Perlis dan semua negeri dalam Malaysia.
Melalui integrasi ini, MyDigital ID memastikan pengalaman digital anda lebih selamat, pantas dan mudah, tanpa perlu risau tentang kebocoran data peribadi anda.Jom sertai jutaan pengguna yang sudah mula beralih ke identiti digital negara hari ini – Muat turun dan daftar di https://www.digital-id.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/mydigital-id/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mydigital-id

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Kulit Bersih Berseri Jom Follow Langkah Mudah Ni

Nak Kulit Bersih Berseri Jom Follow Langkah Mudah Ni

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 150 hits
Siapa je yang tak nak kulit wajah yang bersih sihat dan berseri seri kan Kadang kadang kita rasa macam dah cuci muka betul betul tapi kenapa masih ada jerawat atau kulit masih nampak kusam Sebenarnya mencuci wajah ini ada tekniknya lebih le...
Enam Fakta Mitos Makanan Organik Anda Wajib Tahu

Enam Fakta Mitos Makanan Organik Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 117 hits
Enam Fakta Mitos Makanan Organik Anda Wajib Tahu Kebelakangan ini makanan organik sering mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan mereka yang mementingkan penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat Makanan organik ini sememangnya berb...
Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

Msjn Rangka Inisiatif Perkasa Sejarah Berteraskan Fakta Dan Wacana Ilmiah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 137 hits
Majlis Sejarawan Negara kini sedang merangka beberapa inisiatif strategik dan pendekatan baharu bagi memperkasakan sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang berteraskan fakta pemikiran kritis dan wacana ilmiah selari dengan keperluan masyarak...
Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh As

Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh As

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 125 hits
Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh AS Peristiwa banjir Nabi Nuh AS adalah salah satu tanda besar kekuasaan Allah dan peringatan buat manusia sepanjang zaman Tempoh Waktu Kejadian Al Quran tidak menyebut tarikh tepat kejadian banjir Berla...
Jom Tengok Masakan Pz Pula

Jom Tengok Masakan Pz Pula

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum wrt Sorry kawan kawan SA banyak nak share tapi something triggered me just now so emosi SA sedikit tersentuh dan sedikit mengganggu urusan kerja kadang kita tak jangka kan ada aje benda yang mengganggu fikiran dan ada je dug...
Cap Ayam Jom Saya Cerita Satu Persatu

Cap Ayam Jom Saya Cerita Satu Persatu

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 97 hits
Mohd Faisal1 Saya kenal dan tahu banyak mengenai susur galur keluarga beliau 2 Walaupun kita mungkin banyak tidak bersetuju dengan kenyataan2 atau gelagat politik beliau tetapi kita tidak boleh menafikan kehebatan yang beliau miliki 3 Belia...
Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 138 hits
Jom Makan Buffet dinner Sempena Cuti Krismas di Renaissance Johor Bahru Kalau hari tu kekda ajak korang untuk makan dinner sempena Ren Festive Dinner Buffet kali ni kekda nak ajak korang makan sempena cuti krismas pada 25 Disember 2025 akan...
Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Ft Mufti Draws 7 Guidelines Of Dos And Don Ts For Muslims Who Wish To Join In Christmas Do

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buasir Otak Tv Roblox Ambil Lesen Belajar Memandu Live

Santai Di Kopi Fatt Choi Tenom Sabah

Kerja Pejabat Makin Banyak Tapi Kudrat Makin Kurang

Kinohimitsu Memperkenalkan Glow Grow Duo Ritual Persediaan Kecantikan Untuk Musim Perayaan Yang Bakal Tiba

Percetakan 3d Dan Serat Kenaf Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Beli Kacang Pistachio Dan Kacang Gajus Murah