Cara Ambil Anak Angkat Di Malaysia Serta Prosedur Ambil Anak Angkat
Tahukah anda cara ambil anak angkat? Mengambil anak angkat merupakan satu kebahagiaan buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat dalam tempoh yang lama.
Anak angkat yang ingin di ambil perlulah dilakukan pendaftaran serta melalui bebrapa prosedur terlebih dahulu bagi memberi perlindungan kepada anak tersebut. Buat pasangan yang ingin mengambil anak angkat namun tidak tahu kaedahnya, disini kami menyediakan cara ambil angkat serta prosedurnya sekali.
Berkenaan Cara Ambil Anak Angkat
Apa itu Anak Angkat?
Anak angkat merupakan anak orang lain yang dipelihara (angkat) sebagai anak sendiri. Sekiranya proses pengambilan anak angkat ini dilakukan melalui undang-undang (wajib di kebanyakan negara), anak angkat mempunyai hak yang sama seperti anak sendiri.
Cara Ambil Anak Angkat JKM
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi agar permohonan anak angkat ini boleh dipertimbangkan:
Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
Berusia 25 hingga 60 tahun.
Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau
kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
Pastikan setiap pasangan yang ingin membuat permohonan pengambilan anak angkat menyediakan dokumen-dokumen berikut:
Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
(Sila klik untuk muat turun)
Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
Lain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.
Cara Ambil Anak Angkat di Hospital
Cara Ambil Anak Angkat di Malaysia Serta Prosedur Ambil Anak Angkat 9
Berikut adalah merupakan langkah-langkah untuk ambil anak angkat di Hospital:
1. Dapatkan Ibu Kandung (Biomom) Dan Bakal Anak Angkat
Kenal pasti siapa ibu kandung dan bayi yang bakal dilahirkan untuk diberikan kepada anda juga merupakan cara ambil anak angkat. Anda boleh mencari ibu kandung yang ingin memberikan bayi mereka di pusat-pusat pelindungan atau rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM.
JKM sendiri akan menguruskan dan menerangkan akan prosedur ini. Anda juga harus pastikan segala bayaran atau kos hospital dibayar dengan lengkap berdasarkan persetujuan anda dengan pihak rumah kebajikan ibu kandung.
2. Sediakan Semua Dokumen Yang Diperlukan
Sediakan awal-awal dan berikan dokumen yang diperlukan kepada bahagian rumah kebajikan yang menguruskan pengambilan anak angkat. Mereka perlukan dokumen ini dalam tempoh sebelum ibu kandung melahirkan anak. Dokumen ini adalah untuk memudahkan proses pendaftaran pada kemudian hari.
3. Ketahui Tarikh Duedate Ibu Kandung
Cara mengambil anak angkat di hospital juga memerlukan anda mengetahui duedate atau tarikh untuk ibu kandung melahirkan bayi. Anda boleh membuat persediaan untuk mendaftar dan mengambil bayi, urusan penanaman uri pula akan dilakukan oleh pihak ibu kandung.
4. Proses Pendaftaran Bayi Dan Akuan Sumpah
Sesetengah rumah perlindungan akan bertanggungjawab menguruskan pendaftaran nama bayi tersebut. Ada juga pusat perlindungan yang tidak menguruskan hal itu. Anda sendiri perlu mendaftarkan nama anak angkat anda.
Proses pendaftaran bayi dan akaun sumpah juga perlu dibuat walaupun anda mengambil anak angkat di hospital. Anda sendiri perlu menguruskan pendaftaran surat beranak anak tersebut. Namun, mengikut cara yang betul, nama ibu kandung pada surat beranak perlu diletakkan nama ibu kandung yang melahirkan bayi tersebut.
Cara Ambil Anak Angkat Bukan Warganegara
Jangan risau sekiranya bayi anda bukan warganegara, permohonan taraf warganegara boleh dibuat setelah anak angkat tinggal bersama anda selama lebih 2 tahun iaitu setelah statusnya bertukar kepada angkat angkat, bkn lg anak pelihara atau pun di JPN dipanggil Pengangkatan De Facto.
Permohonan taraf warganegara ini boleh dilakukan di JPN berhampiran tempat tinggal keluarga angkat.Taraf warganegara akan dikeluarkan apabila seseorang itu tinggal di Malaysia selama 10 tahun (dikira bermula dari 2 tahun selepas penyerahan bayi bukan dari tarikh penyerahan bayi. Oleh itu, anak anda akan menerima taraf warganegara apabila berumur 12 tahun )
Buat pasangan yang ingin mengambil anak angkat sebagai penyeri hidup, anda bolehlah mengikuti cara ambil anak angkat yang telah kami sediakan.
Soalan FAQs Berkenaan Cara Ambil Anak Angkat
Apa tanggungjawab ibu bapa anak angkat?
Sebagai ibu bapa yang telah mengambil anak angkat, mereka hendaklah bertanggungjawab untuk memelihara dan membesarkan anak tersebut sehingga mereka mampu berdikari serta pandai menyara diri mereka, bukannya menyeksa mereka dengan perkara yang tidak baik lebih-lebih lagi anak itu masih kecil.
Berapa kos ambil anak angkat?
RM 30.00 dikutip sebagai bayaran pendaftaran setelah permohonan diluluskan.
Adakah wajib untuk membuat pendaftaran anak angkat?
Mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak melanggar mana-mana undang-undang negara tetapi jika didaftarkan ianya dapat memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi undang-undang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/cara-ambil-anak-angkat.html