Photobooth pula dibuat atas pentas utama, memang spot wajib untuk tangkap gambar kenangan... 

Lepas tu kan kat luar dewan ada satu lagi photobooth khas untuk setiap department, senang nak ambil gambar ramai-ramai satu team...
Tak lengkap annual dinner tanpa hadiah kan? ..Bahagian hadiah pun menarik , dari hadiah biasa-biasa sampai lah ke grand prize. Masa cabutan bertuah tu, semua fokus tengok nombor masing-masing, mana tahu rezeki malam tu ..

Untuk menu pula, memang kenyang..Menu utama malam annual dinner adalah steamboat, lepas tu ada nasi goreng Cina,sate, side dish, dessert dan macam-macam lagi. Pilihan makanan pun banyak, memang sesuai untuk makan santai sambil borak.
Selain makan-makan, malam tu diselitkan juga dengan beberapa aktiviti supaya tak bosan. Ada cabutan bertuah, sesi karaoke, dan juga permainan-permainan ringan untuk memeriahkan suasana. Gelak ketawa memang tak berhenti lahh..


|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |