Cara Solat Jamak Dan Qasar Untuk Perantauan Balik Raya Dan Dalam Kereta Sangkut Jem
Cara Solat Jamak dan Qasar Untuk Perantauan, Balik Raya dan Dalam Kereta Sangkut Jem
Musim raya semakin hampir dan ramai yang mula pulang ke kampung halaman maisng-masing. Bagi memudahkan urusan, kami kongsikan cara solat jamak dan qasar untuk perantauan balik raya dan khas buat mereka yang sangkut jem.
Berkenaan Cara Solat Jamak dan Qasar
Bila Boleh Solat Jamak dan Qasar?
Untuk solat jamak dan qasar adalah solat yang merupakan kemudahan bagi muslim yang dalam urusan musafir. Cara solat jamak dan qasar adalah berdasarkan pada syarat. Terdapat tiga syarat sah untuk solat jamak dan qasar :
1. Jarak Perjalanan : Mestilah jaraknya 81 kilometer dan lebih.
2. Tujuan/Niat : Musafir hendaklah tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar.
3. Tidak Melebihi 4 hari : Sekiranya berniat menetap selama 4 hari, maka tidak boleh solat jamak dan qasar kerana dianggap sebagai tempat tinggal tetap.
Pastikan anda mencukupi syarat-syarat diatas sebagai kepastian untuk sah cara solat jamak dan qasar anda.
Panduan dan Cara Solat Jamak dan Qasar untuk Balik Raya
Sekiranya anda bermusafir lebih dari dua marhalah iaitu lebih 81KM maka ia harus melakukan solat jamak dan qasar sekali.
Cara solat jamak dan qasar adalah boleh dibuat dengan dua keadaan iaitu:
Menjama’kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama’kan dua solat fardhu dan qasar.
Ada 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini bagi solat jamak, iaitu:
Jamak Takdim –
Solat dua rakaat apabila solat Zuhur dikumpulkan dengan Asar pada waktu Zuhur.
Solat dua rakaat(untuk Isyak) apabila solat Maghrib dikumpulkan dengan Isyak pada waktu Maghrib
Jamak Takhir –
Solat dua rakaat apabila solat Zuhur dikumpulkan dengan Asar pada waktu Asar.
Solat dua rakaat(untuk isyak) apabila solat Maghrib dikumpulkan dengan Isyak pada waktu Isyak.
Panduan Solat Jamak Takdim dan Solat Jamak Takhir
Cara Niat Jamak Takdim dan Qasar
Solat Zohor dan Asar :
Niat Solat Zohor : Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama’kan dengan Asar kerana Allah Taala.
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Kemudian, memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti dibawah.
Niat Solar Isyak : Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Solat Maghrib dan Isyak:
Niat solat Maghrib : Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama’kan ke dalamnya Isya’ kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib – isyak sama dengna niat jamak taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti dibawah.
Niat solat Isyak : Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Cara Niat Jamak Takhir dan Qasar:
Solat Asar dan Zohor :
Niat solat Asar : Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Niat solat Zohor : Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jamakkan dengan Asar kerana Allah Taala.
Solat Isyak dan Maghrib :
Niat Solat Isyak : Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Solat Maghrib : Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijamakkan dengan isyak tunai kerana Allah Taala. Kemudian, memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti dibawah.
Cara Solat Jamak dan Qasar Dalam Kereta Ketika Sangkut Jem
Jika anda terperangkap di jalan raya dan tidak ada ruang untuk anda solat, maka anda boleh jamakkan solat tersebut atau solat di dalam kenderaan yang anda naiki. Sekiranya anda sedang bermusafir atau terperangkap di jalan raya, Anda dibolehkan untuk menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan.
Perlu pastikan keadaan betul-betul darurat kerana aanya dibolehkan jika didapati kesukaran untuk mencari tempat solat yang berdekatan semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak boleh berhenti dimana-mana. Boleh solat dengan syarat sudah ada wuduk.
Untuk kemudahan ini, Solat di dalam kereta juga adalah untuk solat jamak atau qasar ketika musafir setelah cukup syarat-syaratnya. Berikut adalah merupakan cara solat jamak dan qasar dalam kereta ketika sangkut jem:
Pastikan duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk anda dalam kereta.
Perlu menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang paling sesuai walaupun tidak semestinya ialah adalah tepat. Memadai juga sekiranya kita yakin arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja semasa takbitarul ihram.
Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu semasa takbiratul ihram.
Bacaan surah dalam solat seperti solat kebiasaan.
Rukuk boleh dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala berserta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
Untuk sujud pula, boleh dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk tadi.
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
Anda tidak perlu untuk mengubah tempat duduk bagi membetulkan arah kiblat kita jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukat arah.
Demikianlah cara solat jamak dan qasar yang anda boleh lakukan. Pastikan untuk anda menepati syarat-syarat sah solat. Untuk wuduk anda boleh sediakan botol air sebagai persiapan. Semoga urusan musafir anda dipermudahkan dan selamat pergi dan pulang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/cara-solat-jamak-dan-qasar.html