Pakar Laktasi Kongsi Tip Menyusu Bayi Kembar Ramai Mama Risau Susu Tak Cukup


Pakar laktasi kongsi tip menyusu bayi kembar, ramai mama risau susu tak cukup. Proses menyusukan bayi sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi selain tidak mudah berputus asa terutama kepada wanita yang kali pertama bergelar mama.
Menyusukan bayi semakin mencabar bila mama melahirkan anak kembar. Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran mama. Susu tak cukuplah, tak menyusulah dan sebagainya. Keadaan ini tentunya membuatkan mama susah hati bukan?
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi dan pengasas Lunatots, undang-undang asas dalam penyusuan susu ibu ialah semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Kredit foto: Pexels Katanya, memang benar menyusukan seorang bayi memerlukan komitmen yang besar apatah lagi jika dua atau lebih! Namun ianya boleh dilakukan. Beliau memberikan lapan tip untuk ibu yang menyusukan bayi kembar. Semoga dapat membantu mama-mama terutama yang pertama kali bergelar mama.
MENYUSU MENGIKUT JADUAL 
Cara menjimatkan masa untuk menyusu bayi ialah menyusukan kedua-duanya serentak setiap dua jam. Walau bagaimanapun, kadang-kadang salah seorang bayi tidak dapat mengikut jadual minum yang ditetapkan. Ada bayi yang lebih cepat lapar dan begitu juga sebaliknya. Jadi, perlulah disusukan mengikut permintaan (on demand) yang mana akan mengambil lebih komitmen masa dan tenaga ibu.
Ibu boleh menyusukan kedua-dua bayi on demand sebelah siang dan mengikut jadual pada waktu malam. Ketika bayi mengantuk waktu malam, lebih mudah bagi ibu memberikan kedua-duanya susu serentak dalam satu masa.
SOKONGAN BANTAL YANG SELESA 
Bayi yang baru lahir biasanya bersaiz kecil dan memerlukan bantal sokongan yang besar ketika menyusu. Bantal berbentuk C yang dapat diletakkan di pinggang ibu membolehkan ibu menyusukan bayinya serentak dengan beberapa posisi. Penyusuan ketika berbaring agak sukar dilakukan semasa bayi masih kecil.
SELANG-SELI 
Setiap bayi mesti disusukan sehingga habis satu payudara supaya mendapat susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk) yang dapat memberikan khasiat sepenuhnya kepada bayi.
Untuk sesi penyusuan seterusnya, berikan payudara yang berbeza kepada setiap bayi. Ini bagi latihan untuk stimulasi rangsangan pandangan mata bayi.
Bagi ibu yang mungkin seorang bayinya masih di unit penjagaan neonatal intensif (NICU) di mana hanya seorang yang dapat disusukan. Biasakan diri mengepam sebelah lagi payudara semasa bayi menyusu. Ia bertujuan untuk memberi rangsangan untuk meningkatkan bekalan kedua-dua payudara.
Kredit foto: Pexels RISAU CUKUPKAH SUSU 
Kerisauan tentang kecukupan susu untuk kedua-dua bayi akan membuatkan ibu tidak senang duduk. Ibu perlu percaya pada diri sendiri boleh melakukannya malah itulah yang terbaik untuk kedua-dua anaknya.
MUDAHKAN URUSAN MENYUSU 
Beberapa tips yang membantu ibu menyusu dengan mudah ialah tidak memakai coli ketika mahu menyusukan. Ianya membantu mempercepatkan lekapan semasa diawal-awal kelahiran.
Bedung bayi dengan kain bedung yang membuatkan bayi lebih mudah dipegang ketika menyusu. Dapatkan bantuan suami dan ahli keluarga atau rujuk kaunselor laktasi sekiranya terdapat kesukaran dalam urusan penyusuan.
AMALAN PEMAKANAN SIHAT
Hormon oksitosin dikeluarkan untuk menghasilkan susu ibu semasa bayi disusukan. Hormon ini akan menyebabkan ibu cepat merasa dahaga. Minum air yang mencukupi dan makan makanan yang berkhasiat.
Dikatakan seorang bayi yang menyusu membakar 500 kalori setiap hari. Jika ibu ada kembar dua, ianya dua kali ganda!
Amalkan sayur-sayuran dan penggalak susu seperti halba. Elakkan makanan ringan yang membuatkan ibu kenyang dan tiada selera makan. Gantikan kudapan dengan buah dan biskut penggalak susu.
PERAH 
Sekiranya ibu perlu berpisah dengan bayi, perah susu setiap tiga jam semasa perpisahan berlaku. Ini penting untuk memastikan payudara dikosongkan dan penghasilan susu dapat diteruskan walaupun ibu terpisah dengan bayi.
Kredit foto: Pexels *Boleh ajar bayi minum susu badan di dalam botol ketika mama perlu ke hospital bila bayi kembar yang seorang lagi masih belum boleh keluar dari hospital. Minta sokongan ibu dan juga adik beradik perempuan. 
MASALAH PENYUSUAN 
Masalah penyusuan yang mungkin berlaku ialah seperti putih merekah (cracked nipple). Ia sering kali berlaku kerana posisi semasa menyusu. bagi ibu yang menyusu kembar. Ibu boleh merapatkan badannya, bersandar pada kerusi dan bayi menyusu semasa di atas bantal berbentuk C. Lekapan mestilah rapat dan tidak menyakitkan ibu.
Ibu juga memerlukan bantuan orang lain untuk memegangkan seorang lagi bayi sementara seorang lagi disusukan. Atau membantu menenangkan bayi jika ada yang memerlukan perhatian ketika seorang lagi bayi disusukan.
Kredit foto (top image): Pexels
The post Pakar Laktasi Kongsi Tip Menyusu Bayi Kembar, Ramai Mama Risau Susu Tak Cukup appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakar-laktasi-kongsi-tip-menyusu-bayi-kembar-ramai-mama-risau-susu-tak-cukup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 211 hits
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan Anak anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadi...
Nadia Annuar Kongsi Rahsia Sihat Awet Muda Patutlah Mama Anak Dua Ni Maintain Slim

Nadia Annuar Kongsi Rahsia Sihat Awet Muda Patutlah Mama Anak Dua Ni Maintain Slim

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 211 hits
Nadia Annuar Kongsi Rahsia Sihat Awet Muda Patutlah Mama Anak Dua Ni Maintain Slim Nadia Annuar pengacara yang cukup terkenal dengan kepetahan bila berbicara Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai K...
Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 297 hits
Biarpun baru pertama kali bercuti ke luar negara bersama anaknya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat lega bila mana melalui pengalaman menaiki kapal terbang serta bercuti dengan baik hingga tiba destinasi Menurut perkongsiannya di Instagram Ayd...
Tip Penting Supaya Mama Papa Tidak Tersalah Pilih Katil Untuk Anak

Tip Penting Supaya Mama Papa Tidak Tersalah Pilih Katil Untuk Anak

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 294 hits
Tip penting supaya mama dan papa tidak tersalah pilih katil untuk anak Mungkin kita biasa sahaja dengar tentang kanak kanak cedera di dalam katil tidur cot disebabkan terjatuh tersangkut terhantuk dan sebagainya Sudah tentu kita tidak dapat...
Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 246 hits
Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak anak untuk bebas memakai lampin Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak anak...
17 Tip Trik Pengalaman Di Dapur Jadi Lebih Mudah Daripada Pakar

17 Tip Trik Pengalaman Di Dapur Jadi Lebih Mudah Daripada Pakar

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 227 hits
17 tips Tricks mykitchen 1 nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata rendam bawang dalam air garam 5 10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih 2 nak elak ikan goreng melekat kat kuali panaskan minyak goreng 2 3 keping asam kep...
Keledek Putar Makanan Tambah Susu Badan Mama Cuba Amalkan

Keledek Putar Makanan Tambah Susu Badan Mama Cuba Amalkan

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 302 hits
Keledek Putar Makanan Tambah Susu Badan Mama Cuba Amalkan Ubi keledek kaya dengan karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada Mama Selain itu ubi keledek juga membantu untuk menambah susu badan Kaya dengan Vitamin C B complex dan m...
Susu Meleleh Idola Ini Kongsi Diperangkap Untuk Rakam Babak Seksual

Susu Meleleh Idola Ini Kongsi Diperangkap Untuk Rakam Babak Seksual

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 149 hits
Kita biasa nampak kumpulan idola yang berjaya sahaja kan Tapi ramai sebenarnya yang tak mampu mencapai kejayaan yang diharapkan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Jeonyul iaitu bekas ahli Stellar telah menyertai satu saluran YouTube di mana wanita i...
Sangat Aktif Dan Suka Ketawa Cukup Umur Tiga Bulan Madammu Kongsi Wajah Baby Kayden

Sangat Aktif Dan Suka Ketawa Cukup Umur Tiga Bulan Madammu Kongsi Wajah Baby Kayden

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 375 hits
Selepas selamat melahirkan anak pertamanya menerusi kaedah In Vitro Fertilisation pada 7 Jun yang lalu kini selepas usia tiga bulan Madammu tampil berkongsi wajah putera kesayangannya kepada semua Menerusi Instagramnya usahawan cantik jelit...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa