Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi


Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin, boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi. Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak-anak untuk bebas memakai lampin. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak-anak berjaya melakukannya dengan baik.
Tidak dapat dinafikan memang agak mencabar melatih anak-anak ‘melupakan’ lampin tidak kiralah lampin kain atau pun lampin pakai buang. Tidak semua anak-anak boleh melalui fasa latihan ini dengan cepat.
Ada banyak kebaikan kepada anak-anak yang sudah tidak lagi memakai lampin. Satu fasa penting dalam proses perkembangan anak-anak adalah latihan ke tandas. Perkembangan emosi dan sosial mereka akan menjadi lebih baik.
Hasil kajian yang telah diterbitkan di dalam Journal of Pediatric Urology pada tahun 2002, kebanyakan anak yang lewat bebas lampin akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing. Untuk kesan jangka panjang pula mereka berisiko mengalami masalah usus.
Kredit foto: Pexels TANDA-TANDA ANAK SUDAH BERSEDIA  Selalunya ibu bapa sudah boleh mula mengajar anak bebas lampin pada umur 2 hingga 3 tahun. Ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas lampin seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau hancing seluruh rumah, lebih baik ibu bapa tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas lampin:
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (duduk, ambil paip air atau tisu, flush)
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
Kredit foto: Pexels 6. Sudah pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘pupu” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai lampin dan mahu membuka sendiri lampin selepas ‘membuang.’
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk ‘membuang’ seperti selepas bangun tidur atau selepas makan.
Tanda-tanda di atas juga boleh digunapakai untuk anak berkeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza. Jika anak mempunyai tanda di atas, sudah tiba masanya ibu bapa mengajar anak-anak bebas daripada memakai lampin.
PERSEDIAAN IBU BAPA  Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas lampin. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang buka sahaja baju anak. Jika hendak ‘membuang’ wajib beri tahu jika tidak, mereka akan didenda. Hasilnya dalam sehari dua, anak-anak tidak perlu lagi memakai lampin.
Berikut teknik yang selalu digunakan oleh ahli terapi cara kerja untuk anak berkeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal.
SEBELUM MELATIH ANAK BEBAS LAMPIN, IBU BAPA PERLULAH:  1. Pilih sama ada hendak melatih anak menggunakan tandas terus ataupun guna ‘potty’.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan. Jika ibu bapa rajin gunalah ‘potty’ mungkin agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas hendak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang dilengkapi tangga.
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu perkataan paling sesuai dan sebut setiap kali menukar lampin. Tunjukkan najis pada anak setiap kali anak ‘membuang’ dalam lampin.
3. Cerita sosial (Social Story)
Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Ibu bapa boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya,
“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?” Ibu bapa boleh bercerita mengikut kretiviti masing-masing sambil membuat ekspresi muka bagi menarik perhatian anak.
Kredit foto: Pexels 4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum ‘membuang’ contohnya resah gelisah, ke hulu k ehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik.
5. Catat masa setiap kali anak ‘membuang’ selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi. Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan lampin jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka.
Semua tip ini boleh mula dilakukan ketika umur anak setahun ke atas sebagai persediaan bebas lampin.
Ibu bapa boleh melatih anak bebas memakai lampin apabila sudah ada jadual masa, potty dan seluar dalam anak. Berikut langkah-langkah yang boleh dilakukan.
Tahap pertama (masih memakai lampin)
1. Bawa anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus selepas bangun tidur, selepas makan dan sebelum tidur. Boleh juga bawa setiap 2 jam. Lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya ‘membuang’ di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas ‘membuang’ di dalam lampin, tunjukkan lampin basah kepada anak sambil menegaskan tidak boleh ‘membuang’ dalam lampin
5. Disarankan ibu bapa untuk fokus dan melatih anak-anak secara berterusan selama lebih kurang seminggu.

Tahap Dua (pakai waktu tidur sahaja)
1. Ibu bapa boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan lampin.
2. Pakaikan lampin waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak lampin basah sekiranya dia terlepas.
4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur. Jadikan rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas lampin)
1. Boleh mula kurangkan memakai lampin pada waktu malam.
2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau hancing.
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana hendak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar sudah pandai.
Ada yang seminggu sudah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Latihan ini perlu berterusan barulah cepat nampak kesannya. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya.
Ketika melatih anak bebas lampin, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar. Tak adalah sampai umur 6 tahun masih lagi ibu baoa perlu bukakan seluar dan jirus setiap kali anak hendak membuang,
Sumber: Maryam Jamadi
Kredit foto (top image): Pexels
 
 
The post Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin, Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tip-ajar-anak-umur-2-tahun-bebas-pakai-lampin-boleh-cuba-cara-ahli-terapi-cara-kerja-ini-kongsi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Malar Kongsi Cara Mudah Turunkan Suhu Badan Tinggi Anak Rupanya Ini Mak Ayah Perlu Buat

Dr Malar Kongsi Cara Mudah Turunkan Suhu Badan Tinggi Anak Rupanya Ini Mak Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 183 hits
Setiap kali anak demam mak ayah mulalah gelabah dan tak tahu apa nak buat Memantau anak semasa demam itu perlu tapi jangan berlebih lebih Demam sebenarnya membolehkan badan anak kecil kita bertindak balas untuk membina antibodi tubuh badann...
Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 291 hits
Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing y...
Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

Dah Lama Kahwin Tapi Belum Dapat Anak Ustaz Ini Kongsi Cara Nak Ikhtiar Hamil Guna Resipi Air Kelapa Bakar

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 338 hits
Ustaz dedah cara ikhtiar hamil boleh cuba resipi air kelapa bakar ini Dalam usaha mendapatkan cahaya mata pelbagai kaedah yang boleh digunakan pasangan suami isteri Yang paling penting pasangan hendaklah berjumpa doktor untuk mengenalpasti ...
Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 259 hits
ak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak anak k...
Ditelantarkan Anak Cucu Nenek Umur 80 Tahun Datangi Puskesmas Sendirian Minta Disuntik Mati

Ditelantarkan Anak Cucu Nenek Umur 80 Tahun Datangi Puskesmas Sendirian Minta Disuntik Mati

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 161 hits
Pada saat perjalanan pulang petugas kesehatan itu menceritakan bahwa temannya menangis lantaran kepedulian anaknya sudah tidak ada
Mana Mana Ahli Parlimen Bn Kalau Beranilah Boleh Cuba Tiru Macam Adun Rembia Ini

Mana Mana Ahli Parlimen Bn Kalau Beranilah Boleh Cuba Tiru Macam Adun Rembia Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 159 hits
Adun Rembia Melaka Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi PRK Dun Simpang Jeram di Bakri Johor pada 23 Ogos lalu dilaporkan telah meminta dirinya dipecat daripada UMNO Perkara...
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 211 hits
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan Anak anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadi...
Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 297 hits
Biarpun baru pertama kali bercuti ke luar negara bersama anaknya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat lega bila mana melalui pengalaman menaiki kapal terbang serta bercuti dengan baik hingga tiba destinasi Menurut perkongsiannya di Instagram Ayd...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa