Ibu Bapa Ada Anak Istimewa Pakar Psikiatri Kongsi Tip Jadikan Panduan


Ibu Bapa Ada Anak Istimewa, Pakar Psikiatri Kongsi Tip, Jadikan Panduan
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.

10 TIP UNTUK IBU BAPA YANG MEMILIKI ANAK ISTIMEWA: Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
Kredit foto: Pexels 3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
Kredit foto: Pexels 9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada dan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini. Anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Kredit foto (top image): Pexels
 
The post Ibu Bapa Ada Anak Istimewa, Pakar Psikiatri Kongsi Tip, Jadikan Panduan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-bapa-ada-anak-istimewa-pakar-psikiatri-kongsi-tip-jadikan-panduan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun Ibu Ni Kongsi Kisah Gara Gara Anak Main Games Di Telefon Jadikan Pengajaran

Sampaikan Habis Duit Dalam Akaun Ibu Ni Kongsi Kisah Gara Gara Anak Main Games Di Telefon Jadikan Pengajaran

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 273 hits
Boleh dikatakan anak anak zaman sekarang asyik sungguh bermain telefon bahkan kerap juga terjadi kita sebagai ibu ayah pula yang memberikan telefon agar anak anak bermain games dengan tujuan tidak mengganggu urusan kita Menyentuh tentang an...
Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

Tip Ajar Anak Umur 2 Tahun Bebas Pakai Lampin Boleh Cuba Cara Ahli Terapi Cara Kerja Ini Kongsi

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 246 hits
Tip ajar anak umur 2 tahun bebas pakai lampin boleh cuba cara ahli terapi cara kerja ini kongsi Bukan mudah sebenarnya mengajar dan melatih anak anak untuk bebas memakai lampin Kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan anak anak...
Anak Terkunci Dalam Fitting Room Ibu Ni Kongsi Saat Cemas Tarik Perhatian Umum

Anak Terkunci Dalam Fitting Room Ibu Ni Kongsi Saat Cemas Tarik Perhatian Umum

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 212 hits
Malang tidak berbau baru baru ini tular di media sosial berkenaan kisah seorang anak kecil yang terkunci di dalam bilik fitting room gara gara bermain sorok sorok di sebuah kedai pakaian Pun begitu mujur dengan tindakan berani seorang pemud...
Pakar Laktasi Kongsi Tip Menyusu Bayi Kembar Ramai Mama Risau Susu Tak Cukup

Pakar Laktasi Kongsi Tip Menyusu Bayi Kembar Ramai Mama Risau Susu Tak Cukup

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 185 hits
Pakar laktasi kongsi tip menyusu bayi kembar ramai mama risau susu tak cukup Proses menyusukan bayi sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi selain tidak mudah berputus asa terutama kepada wanita yang kali pertama bergelar mama Menyusuk...
Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

Baby Happy Sangat Kat Sini Seronok Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 297 hits
Biarpun baru pertama kali bercuti ke luar negara bersama anaknya pelakon dan penyanyi Ayda Jebat lega bila mana melalui pengalaman menaiki kapal terbang serta bercuti dengan baik hingga tiba destinasi Menurut perkongsiannya di Instagram Ayd...
Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Penting Ibu Bapa Mesti Tahu

Pencetus Hemolisis Anak Kurang G6pd Penting Ibu Bapa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 234 hits
Pencetus hemolisis anak kurang G6PD penting ibu bapa mesti tahu Ubat gegat kacang parang dan ubat nyamuk lingkaran antara ENAM pencetus hemolisis anak kurang G6PD Mama papa mesti tahu dan mesti sentiasa peka G6PD ialah singkatan nama enzim ...
Boleh Je Pergi Barber Tapi Tu La Ibu Kongsi Rambut Anak Sangkut Di Sikat Minta Bantuan Abang Bomba Sado Di Tiktok

Boleh Je Pergi Barber Tapi Tu La Ibu Kongsi Rambut Anak Sangkut Di Sikat Minta Bantuan Abang Bomba Sado Di Tiktok

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 262 hits
Satu perkongsian di media sosial baru baru ini ternyata telah mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita bergelar ibu menunjukkan rambut anaknya telah tersangkut sikat sehingga tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan
Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

Anak 5 Tahun Pun Kata Sedap Ibu Ni Kongsi Resipi Nasi Kari Kambing Senang Buat Enak

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 291 hits
Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing y...
Sembilan Tahun Tunggu Kelahirannya Ibu Reda Anak Pergi Dahulu Bersama Datuknya

Sembilan Tahun Tunggu Kelahirannya Ibu Reda Anak Pergi Dahulu Bersama Datuknya

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 253 hits
Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan s...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco