Tip Penting Supaya Mama Papa Tidak Tersalah Pilih Katil Untuk Anak
Tip penting supaya mama dan papa tidak tersalah pilih katil untuk anak. Mungkin kita biasa sahaja dengar tentang kanak-kanak cedera di dalam katil tidur/cot disebabkan terjatuh, tersangkut, terhantuk dan sebagainya. Sudah tentu kita tidak dapat membayangkan jika ia terjadi kepada anak kita sendiri.
Memang benar malang tidak berbau, kalau nak jadi, memang terjadi, tiada siapa yang dapat menghalang. Oleh itu, alternatifnya adalah untuk mencegah di peringkat awal iaitu dalam situasi ini adalah pemilihan katil tidur yang selesa, sesuai, selamat dan praktikal untuk anak-anak kita.
Kredit foto: Pexels
Berikut dikongsikan tip bagi membantu anda membuat pilihan yang tepat ketika membeli katil demi keselesaan dan keselamatan anak-anak anda ketika sedang lena dibuai mimpi.
BAWA ANAK ANDA UNTUK MENCUBA KATIL DAN TILAM
Semasa anda melakukan survey katil, pastikan anda membawa bersama anak anda untuk mencuba katil dan tilam yang dijual. Walaupun di zaman moden ini sudah banyak dijual secara online, adalah lebih baik untuk anda pergi ke pusat jualan dan biarkan anak mencubanya.
CARI KATIL YANG MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN YANG TINGGI
Tidak dinafikan, untuk membeli katil sebegini, anda kena berbelanja lebih, tetapi disini kita membicarakan tentang keselamatan anak kita yang dalam fasa membesar dan tidak dapat kita bayangkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja mereka masuk ke kamar tidur. Elakkan katil yang tinggi. Ini untuk memudahkan anak anda bangun dan tidur dengan mudah serta mengurangkan kadar kecederaan incase anak anda terjatuh dari katil.
Kredit foto: Pexels
PILIH KATIL KANAK-KANAK YANG DIPERBUAT DARIPADA SOLID WOOD
Katil sebegini nampak kukuh dan kuat serta berupaya menampung berat anak anda ketika mereka bermain. Jika anda ingin membeli katil kerangka besi, periksa dengan teliti pemasangan skru dan peralatan lain. Ini adalah untuk memastikan katil tidak bergoyang serta runtuh semasa anak anda ingin memanjat naik ke atas katilnya.
ELAKKAN AKSESORI DALAM KATIL YANG BERBAHAYA
Tahukah anda terdapat kes ada bayi yang mati dalam katil sendiri? Ya, ada. Ini kerana aksesori tambahan seperti kusyen serta mainan lembut yang berbahaya. Elakkan terlalu penuhkan katil bayi dengan aksesori serta mainan yang boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak sengaja ketika bermain.
BELI KATIL DENGAN KERANGKA YANG SELAMAT
Konteksnya adalah untuk membeli design katil yang bahagian hujungnya tidak tajam. Ini termasuklah material yang diperbuat daripada kayu atau besi. Ini untuk mengelakkan anak anda daripada terhantuk sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
Krediyt foto: Pexels
ELAK GUNA CAT YANG ADA VOC
Bilik tidur anak anda mestilah bebas daripada cat yang mempunyai kadar Volatile Organic Compounds (VOC) yang rendah atau lebih baik tiada langsung. Ini kerana cat sebegini mempunyai cecair kimia yang tidak baik untuk sistem pernafasan kita. Kalau tidak elok untuk golongan dewasa, bagaimana nasib anak kita yang masih lagi baru dilahirkan di dunia?
AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN
Sentiasa pastikan keselamatan persekitaran bilik anak anda terjamin dan bebas daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan anak anda tergugat kesihatannya. Ingat, anak anda adalah amanah dari yang Maha Esa.
Kredit foto (top image): Pexels
The post Tip Penting Supaya Mama & Papa Tidak Tersalah Pilih Katil Untuk Anak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tip-penting-supaya-mama-papa-tidak-tersalah-pilih-katil-untuk-anak/