Pahang Tiada Akta Hutan Simpan Kekal Mudah Dinyahwarta




Pahang tiada Akta Hutan Simpan Kekal, mudah dinyahwartaOleh: Redzuan RF8 MediaJune 24, 2021ShareKerajaan Pahang perlu mewujudkan Akta Hutan Simpanan Kekal bagi mengelakkan hutan simpan sedia ada secara mudah dinyahwarta dan dijadikan kawasan perlombongan atau pertanian.
Jurucakap Alam Sekitar KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, amalan yang digunapakai Kerajaan Negeri hari ini memudahkan hutan-hutan berstatus simpanan kehilangan status tersebut dengan proses yang mudah berbanding di negeri-negeri lain yang prosedurnya lebih rumit.
“Hari ini kita dikejutkan berita disiarkan Malaysiakini bahawa kawasan asal 4600 ha yang dirancang untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (sejak 2019 masih belum menjadi kenyataan untuk diwartakan) telah pun disemak semula (revised) semata-mata memberi laluan kepada aktiviti perlombongan melalui kelulusan permit pajakan yang telah diberikan kepada sebuah syarikat perlombongan.
“Kini kawasan lombong Lot 87978 yang berkeluasan 40.51 ha, lebih kurang 60 padang bola saiz olimpik tersebut telah pun terkeluar dari kawasan yang asal diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Kawasan lombong tersebut juga telah dikenalpasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar kelas 2, seperti yang dipamerkan dalam laporan EIA ke atas lombong tersebut.
“Pada hemat saya, keadaan ini tidak memeranjatkan sama sekali kerana walaupun sekiranya satu-satu kawasan telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal, ianya tetap boleh dinyahwartakan oleh Kerajaan Negeri dengan mudah. Inikan pula ianya baru dijanjikan sebagai kawasan yang akan diwarta dan belum pun diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi, Kerajaan Pahang perlu mencontohi kerajaan Selangor yang mempunyai Akta Hutan Simpanan dan sebarang penyahwarta memerlukan proses yang panjang dan teliti agar tidak mudah disalahgunakan
“Situasi ini timbul kerana tiada enakmen negeri yang digubal oleh kerajaan Pahang untuk memelihara status Hutan Simpan Kekal, dan memastikan proses yang ketat digunapakai apabila mahu nyahwarta.
“Dalam erti kata lain tiada kesungguhan dan komitmen untuk memelihara khazanah alam semula jadi ciptaan Tuhan. Lain pula dengan Kerajaan Negeri Selangor yang telah menggubal undang-undang negeri di mana telah diwujudkan Enakmen Hutan Selangor 2018 (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
“Enakmen ini tidak membenarkan proses nyah warta Hutan Simpan Kekal dilakukan secara wewenang serta perlu melalui proses yang ketat untuk menukar status mana-mana hutan simpan.
“Maka apalah yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kini Kerajaan Negeri boleh sahaja mengatakan apa pun kepada orang ramai, tanpa ada komitmen untuk mengotakan, walaupun titah KDYMM Pemangku Raja sekali pun. Kerajaan boleh janjikan untuk di junjung titah dan dilaksanakan akan tetapi tindakannya berbeza sama sekali,” kata Fuziah merujuk titah pemangku Sultan Pahang baru-baru ini yang mahu kawasan hutang simpan di negeri itu diluaskan.
Pada 14 Jun lalu, Pemangku Raja Pahang telah menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Kekal Tasik Chini yang sedia ada diperluaskan dari 4600 ha kepada 6000 hingga 7000 ha.
Baginda menyeru agar semua pihak untuk sentiasa mengamalkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Urus Tadbir yang baik (ESG – Environmental, Social & Governance) supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Selain itu, menurut Fuziah, Baginda juga menyarankan agar semua aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan. Baginda mahu kawasan bekas lombong dipulihkan semula dengan penanaman pokok hutan yang bersesuaian.
Titah tersebut telah disambut oleh kerajaan Negeri Pahang dan dalam kenyataan pada 15 Jun 2021, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan menjunjung titah saranan Baginda mengenai pemuliharaan Tasik Chini.
Sehubungan itu, MB berkata bahawa jabatan-jabatan berkenaan seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri telah pun diminta mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti kawasan tambahan dan seterusnya menguruskan soal pewartaannya.
Namun bagi Fuziah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, tanpa polisi yang dipertegas melalui penggubalan undang-undang, maka selagi itulah alam sekitar akan terus menjadi mangsa kepada pemerintah yang tidak bertanggungjawab, seperti yang sering berlaku di negeri Pahang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pahang-tiada-akta-hutan-simpan-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang

Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 370 hits
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang Satu lagi projek perlombongan sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menggali bijih besi di kawasan hutan simpan yang sudah dinyahwartakan di Kuala ...
Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mencadangkan supaya keseluruhan Hutan Simpan Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Perlindungan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Menurut kenyataan JPNP hari ini peruntukan dianggarkan berjuml...
Selepas Lebih Dua Tahun Tasik Chini Masih Belum Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan

Selepas Lebih Dua Tahun Tasik Chini Masih Belum Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini di Pekan Pahang yang dikatakan telah dijadikan hutan simpan kekal pada tahun 2019 untuk melindungi biodiversiti belum diwartakan secara rasmi Difahamkan pewartaan itu tidak dibuat lebi...
Jangan Kecualikan Kawasan Perlombongan Dari Rancangan Hutan Simpan Tasik Chini

Jangan Kecualikan Kawasan Perlombongan Dari Rancangan Hutan Simpan Tasik Chini

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 190 hits
KUANTAN Sebuah kumpulan alam sekitar hari ini mendesak kerajaan negeri Pahang untuk tidak mengecualikan kawasan perlombongan dari hutan simpan Tasik Chini yang dirancang Persatuan Pencinta Alam Malaysia cawangan Pahang percaya bahawa adalah...
Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 menurut Pejabat Tanah dan Galian Pahang Menurut kenyataan PTG Pahang hari...
Wartawan Tua Tidak Keruan Tergelak Dalam Sedih Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan

Wartawan Tua Tidak Keruan Tergelak Dalam Sedih Pahang Negeri Terbaik Pelihara Hutan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 452 hits
TEMERLOH Aktivis alam sekitar Mohd Khaidir Ahmad hari ini mendakwa beliau perasaan beliau tiba tiba jadi tidak keruan dan mahu tergelak dalam kesedihan tatkala terbaca satu keratan akhbar bertajuk Pahang negeri terbaik pelihara hutan Kerata...
Cara Simpan Duit Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Caj Mudah

Cara Simpan Duit Ke Akaun Tabung Haji Tanpa Caj Mudah

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 441 hits
Penyimpanan wang untuk jaminan masa hadapan adalah amat penting Tambah pula dengan pandemik yang melanda seluruh dunia ramai yang terkesan dan khuatir tidak mempunyai simpanan Jadi salah satu cara yang anda boleh buat adalah simpan duit ke ...
Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 188 hits
TEMERLOH Kemusnahan hutan simpan di Tasik Chini sudah tidak perlu dinafikan lagi Ini kini menjadi buah mulut ramai pihak dari dalam dan luar negara Tasik Chini adalah merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera ...
Cara Order Kat Tapau Food Mudah Cepat

Cara Order Kat Tapau Food Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 1363 hits
Assalamualaikum Selamat Malam Nak share sikit semoga bermanfaat Credit to Warung Simpor Utara Tapau Food
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya