TEMERLOH - Aktivis alam sekitar Mohd Khaidir Ahmad hari ini mendakwa beliau perasaan beliau tiba-tiba jadi tidak keruan dan mahu tergelak dalam kesedihan tatkala terbaca satu keratan akhbar bertajuk "Pahang negeri terbaik pelihara hutan".
Keratan akhbar tersebut dipercayai telah dimuatnaik di page facebook, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang awal pagi ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4691253627571373&id=204318619598252
Dakwa Wartawan Tua itu, ketika beliau mula bergelar wartawan professional (berjawatan wartawan tetap sepenuh masa) pada 2 Januari 1983... Sifu Kewartawanan saya ketika itu, Tan Sri A Samad Ismail atau Pak Samad (Tokoh Wartawan Negara) menggelarkan wartawan seperti itu sebagai "Armchair Journalist" yang tidak ada harga langsung walaupun satu sen.
"Kerana sejak mula membongkar kegiatan pembalakan haram dan pembalakan berlesen yang tidak terkawal di Pahang sejak tahun 2000 (ketika bertugas sebagai Wartawan Penyiaran dengan jawatan Pengurus TV3 Wilayah Timur), saya sudah melihat dengan mata sendiri kemusnahan hutan sangat luarbiasa... yang menjadi rahsia kepada umum sebelum itu.
"Kayu balak dengan garis pusat lebih tinggi daripada saya (5 kaki 3 inci) dicuri dari Hutan Simpan di sempadan atau mungkin dari dalam kawasan Taman Negara (ada yang kata papan tanda sempadan Taman Negara dialih oleh pembalak haram yang sangat berani ketika itu)," dakwa beliau.
Katanya, sejak pembongkaran pertama itu, rakyat umum mula sedar dan maklumat demi maklumat disalurkan kepada saya secara sulit mengenai kegiatan pembalakan luarbiasa dan tidak terkawal di Pahang.
Ketika itu rakyat Pahang sangat takut untuk bercakap mengenai isu pembalakan secara terbuka kerana dimomok dengan ugutan.
" Tidak cukup dengan itu... pegawai kanan polis turut digunakan bagi memberi tekanan demi tekanan kepada saya yang ketika itu masih berstatus "wartawan muda," tambah Khaidir lagi.
Beliau turut mendakwa paling ditakuti ketika itu ialah pembongkarannya mengenai pembalakan yang "menggunakan" atau berselindung di sebalik nama Tuanku oleh dua pembalak tersohor... "Tengku Wong" yang bermaharajalela di jajahan Timur Negeri Pahang terutama di kawasan Sungai Lembing hingga ke sempadan Terengganu.
"Walaupun era kedua-dua "Tengku Balak" yang boleh "menjual" nama Tuanku itu kini sudah agak lama berakhir... tetapi kerakusan dan ketamakan menggondolkan hutan simpan di Pahang masih terus cuba digalang ganti atau diwarisi oleh beberapa YB... yang mahu mengumpul kekayaan di luar batasan sebagai persediaan... selepas melihat petanda-petanda awal kejatuhan mereka dan kerajaan mereka menjelang PRU-15.
"Satu-satunya peluang paling besar yang masih terbuka untuk mencapai impian mereka itu ialah menerusi pelaksanaan Projek Jalan Mat Daling -Kampung Raja... yang di sepanjang laluan 50 kilometer itu... masih kaya dengan hutan dara yang mengandungi kayu-kayu balak berharga dan bersaiz luar biasa!," tambah kenyataan di facebook beliau hari ini. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |