Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran




TEMERLOH - Kemusnahan hutan simpan di Tasik Chini sudah tidak perlu dinafikan lagi. Ini kini menjadi buah mulut ramai pihak, dari dalam dan luar negara.  Tasik Chini adalah merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Keduanya terletak di negeri Pahang. Ia telah diwartakan sebagai rizab biosfera UNESCO.
Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, aktivis alam sekitar Mohd Khaidir Ahmad a.k.a Wartawan Tua menceritakan pengalaman beliau di Tasik Chini. Beliau merupakan anak saudara kepada pejuang nasionalisme, Allahyarham Ishak Hj Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako.
Menurut Khaidir, kali terakhir beliau bermain di Tasik Chini pada tahun 1996 iaitu ketika membuat liputan berita sambil menjaring ikan Lemei (panggilan orang Pahang tetapi di Perak dikenali dengan nama ikan Lome) bersama penduduk tempatan.
"Ketika itu, isunya cuma paras air tasik surut sedikit, yang berpunca daripada kesilapan teknikal dalam pembinaan empangan baharu bagi menyalur limpahan air (overflows) ke Sungai Pahang ketika musim hujan. Keadaan itu juga menyebabkan kadar pertumbuhan lumut di dasar tasik meningkat dan menyulitkan nelayan tradisional di situ mencari ikan.
"Kemudian pada tahun 2006 saya berkunjung ke Tasik Chini buat kali terakhir bagi membuat liputan aduan penduduk setempat mengenai kegiatan pembalakan yang mula menghampiri Hutan Simpan yang menjadi Zon Penampan Tasik Chini," kata kenyataan di facebook beliau (https://www.facebook.com/khaidir.ahmad3).
"Setahun selepas tugasan liputan itu saya ditukarkan ke Sri Pentas kerana kenaikan pangkat daripada Pengurus TV3 Wilayah Timur kepada Ketua Pengarang Berita TV3. Kini, selepas 15 tahun tugasan terakhir itu, saya benar-benar terkejut apabila melihat foto terkini pemandangan sekitar Tasik Chini - yang umpama dibom dari udara! Dahsyat sungguh kerakusan dan kemusnahan ini hingga tidak terduga dek akal fikiran manusia yang waras!," tambahnya lagi.
"Beberapa hari lalu saya terbaca laporan portal berita Malaysiakini mengenai kelulusan lombong baharu berhampiran Tasik Chini oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada sebuah syarikat berkaitan “kerabat”. Pembabitan “kerabat” atau “Istana” dalam kegiatan pembalakan dan perlombongan bukan perkara baharu di Tanah Melayu. Ia sudah diketahui umum berlaku sejak zaman penjajahan British lagi," dakwa Khaidir.
Namun katanya, pembabitan “orang politik” yang bersekongkol atau menggunakan nama “kerabat” dan “Istana” dalam kegiatan membalak dan melombong bijih pada alaf baharu ini mungkin masih ramai yang tidak mengetahuinya - walaupun ia sudah lama berlaku di Malaysia, terutama dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini.
Lebih buruk, dalam kes tertentu “usahasama orang politik dan kerabat / Istana” ini lebih banyak menguntungkan “orang politik” yang mempunyai hubungan langsung atau “dalam tangan” dengan pihak pentadbir di lapangan yang mengendalikan proses dokumentasi bagi kelulusan lesen pembalakan dan perlombongan.
"Pada satu ketika, ada orang politik yang berani menjual nama Tuanku untuk menjalankan kerja-kerja pembalakan dan perlombongan di kawasan yang belum mendapat kelulusan secara rasmi. Ia tidak mustahil berlaku apabila pihak pentadbir dan penguatkuasa di lapangan turut diberi habuan bagi menutup mulut, mata dan telinga serta mengikat tangan dan kaki masing-masing.
"Jika segala bentuk penyelewengan, salahguna nama dan kuasa serta rasuah ini dibiarkan terus berleluasa, bukan sahaja dalam sektor pembalakan dan perlombongan maka rakyat akan terus melihat kemusnahan demi kemusnahan ini berlaku di seluruh negara. Oleh itu, kita sebagai rakyat yang akan terkesan dengan segala bentuk kemusnahan alam dek kerakusan yang semakin hari semakin luarbiasa ini perlu bangkit dengan apa cara sekalipun bagi menyekat kemungkaran ini daripada terus berlaku.

"Kalau tidak berdaya menghalang dengan tangan... kita bersama-sama bongkar dan paparkan kemusnahan ini di media sosial... kalau tidak berdaya juga... kita bersama-sama menyokong dan mempertahankan orang yang berani melaporkannya... dan akhirnya kalau tidak berdaya juga... kita bersama-samalah berdoa semoga Allah memberi kejayaan kepada perjuangan bagi menghapuskan segala bentuk kemungkaran yang membawa kepada kemusnahan ini. Kepada Allah kita berserah. Wallahuaklam bissawab," tambah beliau lagi. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/cerita-di-sebalik-kemusnahan-hutan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 320 hits
KUANTAN Tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 menurut Pejabat Tanah dan Galian Pahang Menurut kenyataan PTG Pahang hari...
Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 349 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mencadangkan supaya keseluruhan Hutan Simpan Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Perlindungan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Menurut kenyataan JPNP hari ini peruntukan dianggarkan berjuml...
Kalau Betul Ada Sara Ali Harap Naga Tasik Chini Bangun Untuk Melihat Kemusnahan

Kalau Betul Ada Sara Ali Harap Naga Tasik Chini Bangun Untuk Melihat Kemusnahan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 644 hits
PETALING JAYA Kalau betul dalam Tasik Chini ada naga saya harap naga itu bangun dan melihat sendiri kemusnahan yang berlaku kepada Tasik Chini Itulah luahan kesedihan pelakon Sara Ali akibat terkejut melihat melihat kemusnahan alam yang ber...
Hiburan Harap Naga Tasik Chini Bangun Sara Ali Kecewa Hasil Bumi Ditarah Golongan Tamak Haloba

Hiburan Harap Naga Tasik Chini Bangun Sara Ali Kecewa Hasil Bumi Ditarah Golongan Tamak Haloba

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 536 hits
Pelakon Sara Ali dalam sebuah hantaran di Instagramnya ada mengimbau kenangan lewat zaman kanak kanaknya yang pernah menikmati keindahan lanskap Tasik Chini yang kini sudah musnah kerana sikap tamak manusia menggondol hasil hutan Ujar Sara ...
3 Ditahan Ceroboh Hutan Simpan Bubu Ketika Leka Menebang Pokok

3 Ditahan Ceroboh Hutan Simpan Bubu Ketika Leka Menebang Pokok

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 303 hits
SSuspek bersalah menjalankan kerja kerja penerokaan hutan di Kompartmen 62 IPOH Seorang lelaki yang leka menebang pokok ditahan bersama dua lagi individu selepas menceroboh Hutan Simpan Bubu pada Jumaat lalu Ketiga tiga individu terbabit di...
Sahabat Alam Gesa Kerajaan Pahang Henti Aktiviti Perlombongan Di Tasik Chini

Sahabat Alam Gesa Kerajaan Pahang Henti Aktiviti Perlombongan Di Tasik Chini

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 395 hits
SAM menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia merupakan satu daripada kawasan sensitif alam sekitar KUALA LUMPUR Sahabat Alam Malaysia menggesa kerajaan negeri ...
Jabatan Alam Sekitar Pahang Mendakwa Kualiti Air Di Tasik Chini Di Kategorikan Bersih

Jabatan Alam Sekitar Pahang Mendakwa Kualiti Air Di Tasik Chini Di Kategorikan Bersih

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 327 hits
KUANTAN Jabatan Alam Sekitar Pahang mengesahkan kualiti air Tasik Chini Pekan sehingga kini dikategorikan bersih berdasarkan pemantauan yang dilakukan jabatan itu JAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berdasarkan pemantauan bermula pa...
Water Quality At Tasik Chini Clean Assures Pahang Doe

Water Quality At Tasik Chini Clean Assures Pahang Doe

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 648 hits
Pahang s Department of Environment has assured that the water quality of Tasik Chini is classified as clean following allegations that the lake had become polluted The average reading of the parameters measured for Tasik Chini s water quali...
Level Membalak Tasik Chini Tahap Naga

Level Membalak Tasik Chini Tahap Naga

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 713 hits
Naga kat tasik chini dah mengganas sekian lama Sekarang baru netizen nak perasan Jangan persoal lebih lebih nantikan keluar hadis fatwa Korang semua cukup ilmu ker nak menjawab Jangan kata tasik chini kalau boleh semua hutan kat malaysia ni...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B