Selepas Lebih Dua Tahun Tasik Chini Masih Belum Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan






KUALA LUMPUR - Kawasan seluas 4,600 hektar di Tasik Chini di Pekan, Pahang - yang dikatakan telah dijadikan hutan simpan kekal pada tahun 2019 untuk melindungi biodiversiti- belum diwartakan secara rasmi.
Difahamkan pewartaan itu tidak dibuat lebih dua tahun setelah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang memutuskan pada 6 Mac 2019 untuk mengisytiharkan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai hutan simpan. 
Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dalam satu kenyataan pada Ahad lalu berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan Tasik Chini sebagai Hutan Perlindungan setelah pewartaan selesai.
Diminta menjelaskan hal tersebut, Hizamri berkata usaha mewartakan Tasik Chini sebagai hutan simpan masih berjalan.
"Ia dalam masa terdekat yang tidak dapat saya nyatakan sebab ia di bawah urusan Pejabat Tanah dan Daerah Pekan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 14 Jun, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kawasan Hutan Simpan Chini, Pekan seluas 4,600 hektar ditambah kepada 6,000 hingga 7,000 hektar berikutan kebimbangan aktiviti perlombongan yang boleh mengancam tasik berkenaan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kemudiannya berkata kerajaan negeri akan mematuhi titah tersebut.
Namun, kawasan asalnya menghadapi halangan untuk secara rasmi ditukar sebagai hutan simpan kekal.
Ditanya mengapa perlu bertahun-tahun untuk mewartakan Tasik Chini sebagai hutan simpan, Hizamri berkata ini kerana "beberapa lesen melombong masih berkuatkuasa".
Lesen-lesen ini diberikan sebelum 2019 iaitu sebelum larangan dikenakan terhadap pengeluaran lesen baru.
Meskipun belum ada lesen baru dikeluarkan, mereka yang telah memperoleh lesen masih boleh melakukan aktiviti perlombongan di kawasan tersebut.
Ketika ditanya apakah pewartaan tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah semua lesen perlombongan tamat, Hizamri berkata: "Kita junjung titah Tunaku (Tengku Hassanal)."
Pejabat Tanah dan Galian Pahang mengatakan bahawa sebelum 'pewartaan' pada tahun 2019, sebanyak 14 lesen perlombongan telah dikeluarkan, di mana hanya dua yang masih sah.
Pejabat itu berkata kedua-dua lesen tersebut akan tamat tahun ini, termasuk satu pada akhir bulan ini.
'Kenapa ada lesen perlombongan masih aktif?'
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, mempertikaikan penjelasan Pejabat Tanah dan Galian  (PTG) Pahang.
"Saya mengunjungi Tasik Chini pada bulan April 2019. Saya diberitahu bahawa hanya ada satu lesen perlombongan yang masih aktif dan akan tamat pada Oktober tahun itu.
"Kenapa sekarang, pada tahun 2021, terdapat dua lesen perlombongan yang masih aktif?" katanya kepada Malaysiakini.
Tengku Zulpuri berkata, dia mengesyaki masih banyak lesen perlombongan mungkin telah diluluskan setelah Pakatan Harapan tumbang tahun lalu, dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.
Seawal bulan lalu, usaha masih dilakukan untuk memulakan operasi perlombongan di kawasan tersebut.
Pada 3 Jun, Malaysiakini melaporkan Hanishah Ventures Sdn Bhd, sebuah firma yang berkaitan dengan kerabat diraja, sedang berusaha untuk memulakan operasi perlombongan di kawasan yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Tasik Chini.
Kerajaan Negeri Pahang telah memberikan pengecualian untuk perlombongan mangan, walaupun kawasan tersebut dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2.
Di bawah kategori ini, kawasan tersebut boleh dibangunkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi aktiviti perlombongan tidak dibenarkan.
Rancangan ini diketahui umum setelah melalui penilaian impak alam sekitar.
Isu tersebut menarik perhatian pemangku Raja Pahang, yang mengunjungi lokasi awal minggu ini dan meminta dihentikan semua aktiviti perlombongan di Tasik Chini.
Pejabat Tanah dan Galian Pahang dan Pejabat Menteri Besar Pahang tidak menjawab permintaan Malaysiakini untuk memberikan komen.
Tasik Chini, hutan belantara tropika yang subur dan kaya dengan biodiversiti, adalah tasik semula jadi kedua terbesar di negara ini.
Pada tahun 2009, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengisytiharkan kawasan itu, yang menempatkan ratusan spesies flora, ikan hidupan bukan akuatik sebagai salah satu kawasan rizab biosfera.
Aktivis alam  sekitar memberi amaran bahawa Tasik Chini mungkin kehilangan status Rizab Biosfera Unesco sekiranya pencemaran di kawasan itu terus berlanjutan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/selepas-lebih-dua-tahun-tasik-chini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Kecualikan Kawasan Perlombongan Dari Rancangan Hutan Simpan Tasik Chini

Jangan Kecualikan Kawasan Perlombongan Dari Rancangan Hutan Simpan Tasik Chini

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 191 hits
KUANTAN Sebuah kumpulan alam sekitar hari ini mendesak kerajaan negeri Pahang untuk tidak mengecualikan kawasan perlombongan dari hutan simpan Tasik Chini yang dirancang Persatuan Pencinta Alam Malaysia cawangan Pahang percaya bahawa adalah...
Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 188 hits
TEMERLOH Kemusnahan hutan simpan di Tasik Chini sudah tidak perlu dinafikan lagi Ini kini menjadi buah mulut ramai pihak dari dalam dan luar negara Tasik Chini adalah merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera ...
Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 menurut Pejabat Tanah dan Galian Pahang Menurut kenyataan PTG Pahang hari...
Audit Oleh Unesco Status Tasik Chini Sebagai Rizab Biosfera Kekal Atau Pun Di Tarik Balik

Audit Oleh Unesco Status Tasik Chini Sebagai Rizab Biosfera Kekal Atau Pun Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 211 hits
KUANTAN Ditarik balik atau kekal Demikian persoalan tentang status Tasik Chini yang diisytiharkan sebagai Rezab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa bangsa Bersatu pada 2009 Difahamkan proses audit berhubung s...
Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mencadangkan supaya keseluruhan Hutan Simpan Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Perlindungan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Menurut kenyataan JPNP hari ini peruntukan dianggarkan berjuml...
Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yang Sebelum Ini Berdegil Akhirnya Akur

Isu Tasik Chini Kerajaan Pahang Yang Sebelum Ini Berdegil Akhirnya Akur

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 329 hits
AGENDA DAILY Pemandangan Tasik Chini yang menerima kesan akibat aktiviti perlombongan Kerajaan Negeri Pahang yang sebelum ini berdegil akhirnya akur untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu perlombogan di Tasik Chini yang diwartakan Tapak...
More Than Two Years On Tasik Chini Area Yet To Be Made A Forest Reserve

More Than Two Years On Tasik Chini Area Yet To Be Made A Forest Reserve

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 161 hits
An area covering 4 600 hectares at Tasik Chini in Pekan Pahang said to have been made a permanent forest reserve in 2019 to protect its biodiversity has yet to be officially gazetted Malaysiakini learnt that the gazetting has not taken plac...
Not Enough To Gazette Tasik Chini As Forest Reserve Says Lawyer

Not Enough To Gazette Tasik Chini As Forest Reserve Says Lawyer

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 244 hits
Merely gazetting Tasik Chini Pahang as a forest reserve would not provide adequate protection for the lake and its surrounding ecosystem said the lawyer Rajesh Nagarajan This is because state governments can unilaterally gazette and degazet...
Tasik Chini Menjunjung Titah Tengku Mahkota Pahang

Tasik Chini Menjunjung Titah Tengku Mahkota Pahang

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 242 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG Tengku Mahkota Pahang Menjunjung Kasih dan Menjunjung Titah atas Titah Saranan KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenaan pemuliharaan Tasik Chini1 Kerajaan Negeri menjunjung kasih dan menjunjung titah atas ti...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang