Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang



Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang? | Satu lagi projek perlombongan sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menggali bijih besi di kawasan hutan simpan yang sudah dinyahwartakan di Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang

Projek berkenaan mempunyai dua persamaan dengan operasi perlombongan kontroversi di Tasik Chini yang dilaporkan sebelum ini - kedua-duanya berkaitan kerabat diraja Pahang dan telah melantik Golden Prosperous Resources Sdn Bhd sebagai kontraktor.

Menurut laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang dikeluarkan untuk pameran awam pada akhir bulan lalu, projek di Kuala Tembeling itu melibatkan keluasan tanah 60.75 hektar, bersamaan sekitar 113 padang bola.
Tapak projek itu akan memberi kesan terhadap kawasan hutan Central Forest Spine, yang akan ditebang dan digali jika EIA diluluskan.
Cental Forest Spine (CFS) merupakan gugusan kompleks hutan yang diklasifikasi dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN) sebagai kawasan sensitif alam sekitar di Semenanjung Malaysia yang mempunyai nilai ekosistem dan jumlah hidupan liar yang tinggi.
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang?Kawasan CFS ini merentasi lapan buah negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
Ia terdiri dari empat kompleks hutan utama iaitu Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Nakawan, Taman Negara-Banjaran Timur, Pahang Tenggara, Chini dan Tasik Bera, dan Taman Endau Rompin- Rizab Hidupan Liar Kuang.
Tapak projek itu terletak di tengah-tengah Hutan Simpan Som merupakan habitat rayau yang terkenal untuk beberapa hidupan liar dilindungi, seperti Tapir Asia, Gajah Asia, Beruang Matahari Malaya, dan Harimau Malaya yang terancam teruk.
Menurut laporan EIA, projek ini akan "memberi kesan secara signifikan, kekal, dan tidak dapat dipulihkan" terhadap habitat hidupan liar tersebut.
Perkara ini akan terjadi di kawasan itu walaupun dilakukan pemulihan dan penambakan selepas aktiviti perlombongan selesai.
Pajakan lombong milik kerabat diraja Pahang
Laporan EIA menyatakan pajakan perlombongan untuk Lot 15523 dimiliki Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah, adik kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Golden Prosperous Resources dilantik oleh Tengku Nong Fatimah melalui Sutera Manja Sdn Bhd.
Data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) menunjukkan Tengku Nong Fatimah sebagai pemegang saham terbesar Sutera Manja, dengan pegangan 70 peratus kepentingan dalam firma itu.
Sementara itu, tiga pemegang saham lain masing-masing memegang 10 peratus saham. Ketiga-tiganya ialah anggota kerabat diraja Pahang.
Bagi Golden Prosperous Resources, data CCM menunjukkan syarikat tersebut didaftarkan pada tahun 2014 sebagai syarikat "perlombongan dan perdagangan bauksit".
Setelah Indonesia berhenti mengeksport bauksit pada 2014, industri perlombongan bauksit di Malaysia telah berkembang pesat, mengisi jurang permintaan dalam pasaran.
Gambar fail, lombong bauksit di Kuantan.
Kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang meluas sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap pencemaran udara dan air.
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang?Pada 2016, kerajaan persekutuan campur tangan serta melarang perlombongan dan eksport bauksit. 
Larangan itu ditarik kembali pada tahun 2019 setelah prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.
Ketika dihubungi, Golden Prosperous Resources berkata isu-isu mengenai pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar telah dinyatakan dengan jelas oleh perunding profesional mereka dalam laporan EIA.
"Laporan EIA yang dipamerkan secara teliti dan dihantar ke Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan. 
"Pelaksanaan bagi operasi melombong ini akan dipantau oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa," kata syarikat itu ringkas dalam jawapan bertulis kepada Malaysiakini.
Pajakan perlombongan tamat Julai ini
Perlu diperhatikan, pajakan perlombongan yang dipegang oleh Tengku Nong Fatimah hanya sah selama dua tahun.
Dokumen lampiran dalam EIA menunjukkan pajakan telah diluluskan pada 25 Julai 2019, dan dijangka akan berakhir pada 24 Julai 2021.
Bagaimanapun, mengikut garis masa pelaksanaan projek, pembersihan tapak akan bermula pada bulan Ogos 2021 sebelum memulakan operasi perlombongan. Pasca pemulihan dijadualkan berakhir pada bulan Jun 2023.
Dengan kata lain, walaupun lesen perlombongan yang ada akan berakhir pada bulan Julai tahun ini, rancangan perlombongan bijih besi hanya akan bermula sebulan kemudian pada bulan Ogos.
Untuk rekod, tanah dan perlombongan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, jadi pajakan perlombongan diluluskan oleh kerajaan negeri Pahang.
Nyah warta status hutan simpan
Tapak projek seluas 60.75 hektar itu merupakan sebahagian dari Hutan Simpan Som, yang juga merupakan bahagian dari hutan dilindungi Central Forest Spine yang dikategorikan sebagai "kawasan sensitif terhadap alam sekitar" dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN).
Walaupun begitu, kerajaan negeri Pahang pada 18 Jun 2019, mengeluarkan kawasan tanah projek berkenaan dari Hutan Simpan Som melalui pewartaan. 
Tapak lombong yang dicadangkan kini menjadi sebidang "tanah negeri" dan bukan lagi hutan simpan.
Kategori guna tanah di tapak projek sekarang adalah 'hutan'.
Walau bagaimanapun, guna tanah semasa masih belum diubah dalam Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2011-2020 yang telah diwartakan.
Menurut laporan EIA, rancangan tempatan semasa menyatakan bahawa penggunaan tanah di tapak projek masih disenaraikan sebagai "hutan."
Hutan semula jadi di Semenanjung Malaysia telah dikurangkan secara beransur-ansur dan semakin buruk sejak beberapa dekad lalu sebagaimana yang ditunjukkan dalam grafik di bawah yang diambil daripada Rancangan Fizikal Negara 2.
Kawasan hutan perlindungan di Semenanjung Malaysia merosot sejak berdekad lalu.
Ketika hutan diteroka untuk dibuat jalan, ladang atau projek lain, habitat semula jadi hidupan liar terpecah-pecah menjadi serpihan.
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang?Ini membawa kepada lebih banyak konflik antara haiwan liar dan manusia.
Contohnya, harimau dan gajah mungkin masuk ke kawasan kebun atau kawasan perumahan manusia. 
Tapir, kera, monyet, dan hidupan liar lain mungkin terbunuh oleh kenderaan bermotor ketika habitat mereka dibuat jalan raya.
Laporan EIA menekankan pembukaan tanah hutan untuk aktiviti perlombongan boleh menyebabkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap hidupan liar kerana "kehilangan total" habitat.
Gambar fail, harimau maut dilanggar.
"Untuk hidupan liar bersaiz besar dan sederhana, mereka terpaksa melarikan diri ke habitat lain yang tersedia atau kawasan hutan berdekatan untuk mencari makan dan berteduh. 
"Untuk mamalia kecil, kawasan makan mereka akan hilang secara kekal.
"Bagi projek perlombongan ini, memandangkan kebanyakan kawasan kerja dan kawasan perlombongan yang dicadangkan berada di kawasan Hutan Simpan Som, dampaknya akan sangat besar," kata laporan itu.
Menurut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, haiwan liar yang terancam dan dilindungi dikategorikan kepada dua tahap perlindungan - dilindungi dan dilindungi sepenuhnya.
Tapir dikenalpasti mendiami Hutan Som.
EIA untuk projek perlombongan meliputi tinjauan dan rakaman keadaan alam sekitar di situ.
Pasukan penyelidik menyenaraikan spesies yang dilindungi sesuai dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, serta Daftar Merah Haiwan Terancam untuk Semenanjung Malaysia dan juga Senarai Merah Spesies Terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Hutan Simpan Dijadikan Projek Perlombongan Ada Kaitan Kerabat Pahang?Tinjauan itu mencatatkan 15 mamalia yang dilindungi sepenuhnya dan 11 mamalia yang dilindungi di kawasan itu.
15 mamalia yang dilindungi sepenuhnya ialah Gajah Asia, Tapir Asia, Beruang Matahari Malaya, Harimau Malaya, Harimau Kumbang (Panthera pardus), Harimau Dahan (Neofilis nebulosa), Kucing Batu (Prionailurus bengalensis), Tupai Muncung Bsar, Ungka Tangan Putih, Kerawak Hitam (Ratufa bicolor), Kerawak Putih-Kuning (Ratufa affinis), Tupai Gading, Musang Jebat (Viverra zibetha), Bambun Ekor Pendek (Cerpelai Herpestes brachyurus) dan Rusa Sambar. - mk





BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/06/hutan-simpan-dijadikan-projek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

Jabatan Perhutanan Pahang Cadang Hutan Simpan Chini Di Warta Hutan Perlindungan

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan mencadangkan supaya keseluruhan Hutan Simpan Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Perlindungan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Menurut kenyataan JPNP hari ini peruntukan dianggarkan berjuml...
Satu Lagi Projek Perlombongan Bijih Besi Di Pahang Sedang Tunggu Kelulusan Eia

Satu Lagi Projek Perlombongan Bijih Besi Di Pahang Sedang Tunggu Kelulusan Eia

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Satu lagi projek perlombongan sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar untuk menggali bijih besi di kawasan hutan simpan yang sudah dinyahwartakan di Kuala Tembeling Jerantut Pahang Demikian kenyataan yang dikelu...
Jangan Kecualikan Kawasan Perlombongan Dari Rancangan Hutan Simpan Tasik Chini

Jangan Kecualikan Kawasan Perlombongan Dari Rancangan Hutan Simpan Tasik Chini

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 194 hits
KUANTAN Sebuah kumpulan alam sekitar hari ini mendesak kerajaan negeri Pahang untuk tidak mengecualikan kawasan perlombongan dari hutan simpan Tasik Chini yang dirancang Persatuan Pencinta Alam Malaysia cawangan Pahang percaya bahawa adalah...
Pahang Tiada Akta Hutan Simpan Kekal Mudah Dinyahwarta

Pahang Tiada Akta Hutan Simpan Kekal Mudah Dinyahwarta

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 168 hits
Pahang tiada Akta Hutan Simpan Kekal mudah dinyahwartaOleh June 24 2021Kerajaan Pahang perlu mewujudkan Akta Hutan Simpanan Kekal bagi mengelakkan hutan simpan sedia ada secara mudah dinyahwarta dan dijadikan kawasan perlombongan atau perta...
Sahabat Alam Gesa Kerajaan Pahang Henti Aktiviti Perlombongan Di Tasik Chini

Sahabat Alam Gesa Kerajaan Pahang Henti Aktiviti Perlombongan Di Tasik Chini

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 228 hits
SAM menggesa kerajaan negeri mewartakan keseluruhan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan perlindungan kerana ia merupakan satu daripada kawasan sensitif alam sekitar KUALA LUMPUR Sahabat Alam Malaysia menggesa kerajaan negeri ...
Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 189 hits
TEMERLOH Kemusnahan hutan simpan di Tasik Chini sudah tidak perlu dinafikan lagi Ini kini menjadi buah mulut ramai pihak dari dalam dan luar negara Tasik Chini adalah merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera ...
Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 205 hits
KUANTAN Tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 menurut Pejabat Tanah dan Galian Pahang Menurut kenyataan PTG Pahang hari...
Selepas Lebih Dua Tahun Tasik Chini Masih Belum Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan

Selepas Lebih Dua Tahun Tasik Chini Masih Belum Di Wartakan Sebagai Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini di Pekan Pahang yang dikatakan telah dijadikan hutan simpan kekal pada tahun 2019 untuk melindungi biodiversiti belum diwartakan secara rasmi Difahamkan pewartaan itu tidak dibuat lebi...
Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 137 hits
KUALA LUMPUR Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong kenyataan kerajaan Pahang yang komited untuk tidak meluluskan mana mana permohonan baharu aktiviti perlombongan di dalam kawasan Tasik Chini Tuan Ibrahim m...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Dilaporkan 10 Orang Terkorban 2 Helikopter Atm Bertembung Di Udara

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara