Orang Sabah Diberi Keutamaan Suntik Satu Dos Vaksin Cansino


HAJIJI Noor (tengah) mengadakan ‘zoom meeting’ bersama Khairy Jamaluddin di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu hari ini.



Kota Kinabalu: Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin covid-19 dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan vaksin itu bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, di sini, tadi.

Khairy berkata, penghantaran pertama vaksin berkenaan akan diberikan kepada Sabah bagi memastikan negeri ini mampu mencapai sasaran 60 peratus populasinya divaksin menjelang Oktober depan.

"Pada masa sama, kami juga akan memaklumkan dan memberi pilihan kepada Sabah berhubung vaksin Johnson & Johnson," katanya sebagai maklum balas terhadap permintaan Hajiji supaya lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah untuk mencapai sasaran vaksinasi sebanyak 60 peratus menjelang Oktober hadapan.

Pertemuan secara maya itu turut disertai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang juga jurucakap covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

DATUK Hajiji Noor (tengah), Datuk Masidi Manjun (kiri) dan Ir Shahelmey Yahya (kanan) ketika pertemuan secara maya bersama Khairy Jamaluddin. Bersama Khairy dalam pertemuan itu pula ialah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman.

Sementara itu Hajiji berkata, bekalan vaksin yang mencukupi penting bagi Sabah untuk membantu masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau terpencil yang berdepan masalah perhubungan disebabkan keadaan muka bumi yang sukar dan jauh.

"Sehingga kini, kita sudah membuka sebanyak 177 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri. Melalui kemudahan jangkauan luar (mobile outreach) serta Program Vaksinasi Medic Tentera Darat, kita berada di landasan yang tepat untuk memastikan lebih ramai orang menerima vaksin covid-19," katanya.

Hajiji turut menyatakan penghargaan kerajaan negeri terhadap maklum balas kerajaan Pusat berhubung permintaan Sabah dan tindakan segera yang diambil Khairy ke atas isu kekangan bekalan vaksin di negeri ini.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin, menjelaskan PPV Integrasi pertama Sabah akan bermula minggu depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

PPV Integrasi itu, katanya akan memberi vaksin dengan kerjasama hospital swasta untuk mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus mengurangkan beban yang dihadapi hospital awam ketika ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/orang-sabah-diberi-keutamaan-suntik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Bakal Perkenalkan Hanya Satu Dos Vaksin Cansino

Sabah Bakal Perkenalkan Hanya Satu Dos Vaksin Cansino

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 296 hits
CanSino Sesuai digunakan untuk kawasan pedalaman di Sabah Faktor geografi tempat tinggal berselerak di pedalaman Sabah dilihat memberi cabaran kepada Program Imunisasi COVID 19 di negeri ini Namun Ada khabar gembira yang boleh diambil keraj...
Keutamaan Vaksin Cansino Untuk Orang Sabah

Keutamaan Vaksin Cansino Untuk Orang Sabah

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 379 hits
DATUK Hajiji Noor Datuk Masidi Manjun dan Ir Shahelmey Yahya ketika pertemuan secara maya bersama Khairy Jamaluddin Kota Kinabalu Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin covid 19 dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga ...
2 8 Juta Dos Vaksin Pfizer Cansino Diterima Di Sabah Bermula Ogos Ini

2 8 Juta Dos Vaksin Pfizer Cansino Diterima Di Sabah Bermula Ogos Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 367 hits
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan bakul makanan BSP 3 0 kepada salah seorang penerima di Dewan Majlis Daerah Keningau KENINGAU Sebanyak 2 8 juta dos vaksin jenama Pfizer dan dos tunggal vaksin jenama Cansi...
Beri Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu Pn Terima Cadangan Anwar

Beri Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu Pn Terima Cadangan Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 339 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Kuantiti Vaksin Dos Tunggal Di Sabah Mesti Dipertingkat Mp Kimanis

Kuantiti Vaksin Dos Tunggal Di Sabah Mesti Dipertingkat Mp Kimanis

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 237 hits
Mohamad juga meminta pemain Industri Kecil Sederhana dan pelancongan di negeri itu diberi suntikan vaksin secepat mungkin bagi merancakkan semula sektor ekonomi Bernama KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains Teknologi dan ...
Utamakan Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu

Utamakan Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 282 hits
CHINA ialah negara pertama diserang pandemik Covid 19 Meskipun kes kumulatif hanya 103 380 tetapi vaksin yang diberikan kepada rakyatnya adalah tertinggi iaitu 878 5 juta dos Walaupun graf pandemik telah melandai di negara berkenaan ia masi...
Vaksin Dijual Rm800 Satu Dos Di Lembah Kelang

Vaksin Dijual Rm800 Satu Dos Di Lembah Kelang

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 267 hits
SHAH ALAM Perbuatan khianat menjual vaksin yang disediakan oleh kerajaan secara haram didakwa sememangnya berlaku di beberapa buah pusat pemberian vaksin di sekitar Lembah Klang Satu sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahka...
Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 243 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Beri Satu Dos Vaksin Anwar Cadang Bulan Mac Julai Baru Buat

Beri Satu Dos Vaksin Anwar Cadang Bulan Mac Julai Baru Buat

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 312 hits
Polisi memberi satu dos vaksin Covid 19 terlebih dahulu kepada semua rakyat telah diungkapkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bulan Mac lalu Namun pelaksanaannya hanya dilakukan pada Julai 2021 akibat...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Jetliner Tronton

Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications