Sabah Bakal Perkenalkan Hanya Satu Dos Vaksin Cansino


CanSino Sesuai digunakan untuk kawasan pedalaman di Sabah


Faktor geografi, tempat tinggal berselerak di pedalaman Sabah dilihat memberi cabaran kepada Program Imunisasi COVID-19 di negeri ini. Namun... Ada khabar gembira yang boleh diambil kerajaan pusat dan negeri. Menggunakan vaksin yang baharu diluluskan pihak berkuasa kawalan dadah (PBKD) iaitu CanSino kerana hanya memerlukan satu dos suntikan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menambah baik proses vaksinasi COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan jumlah penerima vaksin harian.

Pengarah JKNS Dr Rose Nani Mudin berkata antara strategi yang akan dilaksanakan ialah mempercepatkan tempoh pemeriksaan kesihatan bagi melancarkan lagi proses vaksinasi, supaya lebih ramai dapat menerima suntikan setiap hari. Beliau, yang memulakan tugas sebagai Pengarah JKNS Selasa lepas (13 Julai), berkata penambahbaikan itu dilihat mampu menggandakan jumlah pemberian vaksin sehingga dua kali ganda, selain memastikan sasaran 40 peratus kadar vaksinasi yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara direalisasikan secepat mungkin.

Pengarah JKNS Dr Rose Nani Mudin Sabah juga tidak mahu ketinggalan dalam konteks ini kerana misi dan visi kita untuk memvaksinasi semua penduduk secepat dan seramai mungkin. Dr Rose Nani Mudin Pengarah JKNS Bagi kawasan pedalaman, Dr Rose Nani berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sabah telah menetapkan beberapa strategi termasuk memperkenalkan pemberian vaksin satu dos seperti CanSino.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu bekalan vaksin berkenaan untuk diberikan kepada penduduk pedalaman, namun buat masa ini, proses pemberian vaksin di kawasan berkenaan masih diteruskan seperti biasa.

Sementara itu, Dr Rose Nani, yang terlibat secara langsung dalam program vaksinasi di peringkat kebangsaan sebelum ini, akan memanfaatkan pengalamannya untuk meningkatkan kadar serta keupayaan pemberian vaksin kepada penduduk Sabah.

Vaksin CanSino hanya satu dos akan diperkenalkan di Sabah. Antaranya beliau berperanan dalam pembukaan PPV mega di Kuala Lumpur seperti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, selain pembukaan PPV mega di Selangor seperti Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines, Serdang dan Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

"Saya fikir kaedah yang digunakan di PPV terbabit boleh digunakan di Sabah supaya lebih ramai rakyat dapat divaksin," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan rakyat Sabah untuk terus mengamalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan kerap membasuh tangan sehingga negeri itu berjaya memvaksinasi 80 peratus penduduknya, agar kadar jangkitan dan kluster baharu ketika ini dapat dikurangkan.

Dr Rose Nani, sebelum ini menggalas jawatan Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit, dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Sabah bagi menggantikan Datuk Dr Christina Rundi yang ditukarkan ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. -- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/sabah-bakal-perkenalkan-hanya-satu-dos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Sabah Diberi Keutamaan Suntik Satu Dos Vaksin Cansino

Orang Sabah Diberi Keutamaan Suntik Satu Dos Vaksin Cansino

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 260 hits
HAJIJI Noor mengadakan zoom meeting bersama Khairy Jamaluddin di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu hari ini Kota Kinabalu Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin covid 19 dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima...
Vaksin Dijual Rm800 Satu Dos Di Lembah Kelang

Vaksin Dijual Rm800 Satu Dos Di Lembah Kelang

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 212 hits
SHAH ALAM Perbuatan khianat menjual vaksin yang disediakan oleh kerajaan secara haram didakwa sememangnya berlaku di beberapa buah pusat pemberian vaksin di sekitar Lembah Klang Satu sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahka...
Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

Malaysia Bakal Terima 1 Juta Dos Vaksin Pfizer Sumbangan As Esok

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 303 hits
Sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang sedang berlangsung Vaksin mRNA Pfizer BionTech merupakan vaksin yang dipilih untuk vaksinasi remaja di beberapa buah negar...
Beri Satu Dos Vaksin Anwar Cadang Bulan Mac Julai Baru Buat

Beri Satu Dos Vaksin Anwar Cadang Bulan Mac Julai Baru Buat

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 256 hits
Polisi memberi satu dos vaksin Covid 19 terlebih dahulu kepada semua rakyat telah diungkapkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bulan Mac lalu Namun pelaksanaannya hanya dilakukan pada Julai 2021 akibat...
Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 180 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Utamakan Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu

Utamakan Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 228 hits
CHINA ialah negara pertama diserang pandemik Covid 19 Meskipun kes kumulatif hanya 103 380 tetapi vaksin yang diberikan kepada rakyatnya adalah tertinggi iaitu 878 5 juta dos Walaupun graf pandemik telah melandai di negara berkenaan ia masi...
Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 254 hits
195 Pusat Pemberian Vaksin telah diwujudkan RANAU 8 Julai Sabah dijangka menerima 2 2 juta lagi dos vaksin daripada kerajaan Persekutuan pada bulan ini dan awal Ogos depan dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat menerusi Program ...
Beri Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu Pn Terima Cadangan Anwar

Beri Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu Pn Terima Cadangan Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 286 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Keutamaan Vaksin Cansino Untuk Orang Sabah

Keutamaan Vaksin Cansino Untuk Orang Sabah

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 272 hits
DATUK Hajiji Noor Datuk Masidi Manjun dan Ir Shahelmey Yahya ketika pertemuan secara maya bersama Khairy Jamaluddin Kota Kinabalu Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin covid 19 dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan