Vaksin Dijual Rm800 Satu Dos Di Lembah Kelang



SHAH ALAM - Perbuatan khianat menjual vaksin yang disediakan oleh kerajaan secara haram didakwa sememangnya berlaku di beberapa buah pusat pemberian vaksin (PPV) di sekitar Lembah Klang.
Satu sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan kepada Sinar Harian bahawa ada segelintir pihak tidak berintegriti menjual vaksin bermula dari RM200 sehingga RM800 untuk satu dos.

Menurut sumber, harga yang dikenakan adalah sangat tinggi, sedangkan kerajaan telah menyediakannya secara percuma kepada orang ramai.
“Semua ini dilakukan sebab tamak untuk buat duit tepi secara mudah.
“Apa yang difahamkan, ada kelompok yang tidak bertanggungjawab ini sangat berani kerana mereka menjual secara face to face atau bersemuka secara terus,” katanya kepada kru Rasuah Busters Sinar Harian.
Mengulas lanjut, sumber berkata, sindiket terancang itu menjual stok vaksin yang disediakan oleh KKM di beberapa PPV itu sendiri di sekitar Lembah Klang.
Sumber berkata, antara taktik licik yang digunakan oleh sindiket tersebut adalah dengan menukar nama penerima di dalam sistem pendaftaran sistem vaksin.
Selain itu kata sumber, permohonan vaksin diluluskan kepada mereka yang sanggup membayarnya walaupun dengan harga yang tinggi.
“Ada juga yang menjual vaksin ini dengan mengambil daripada slot allocation atau peruntukan kepada individu yang tidak dapat datang pada hari temujanji kerana mempunyai urusan,” katanya.
Kata sumber lagi, kejadian penjualan vaksin secara haram mungkin berlaku di tempat tertentu dan melibatkan pihak yang berada di lokasi PPV.
Ditanya sama ada kes seumpama itu berjaya dikesan, sumber berkata, terdapat kes yang berjaya dihidu petugas lain atau pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai.
Jelasnya, memang ada petugas dalaman sendiri yang melakukan kes penjualan vaksin seperti mana yang dilaporkan pihak media.
“Namun kes seumpama ini semakin berkurangan sebab ramai yang 'kantoi' dan ia tidak berbaloi jika ditangkap. Ia sangat berisiko,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah (ACFE)-Cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, isu berkaitan penjualan vaksin secara haram tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menggugat kepercayaan rakyat kepada pihak berkuasa.
“Hal ini amat memerlukan pemantauan oleh ketua-ketua yang terlibat dan perlu ambil tindakan tegas yang mencemarkan nama baik kerajaan.
“Agihan vaksin perlu dibuat dengan adil dan semua berhak dapatkan sama rata," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, orang ramai juga disaran untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui ada kegiatan penjualan slot vaksin Covid-19.
Dalam pada itu, pada 12 Julai, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menubuhkan sebuah Jawatankuasa Integriti dan Siasatan bagi menangani isu penjualan slot janji temu vaksinasi yang dilaporkan sebelum ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai wakil daripada CITF, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, satu laporan polis diterima pihaknya dibuat oleh seorang petugas di PPV di Kuala Lumpur.
Sebelum ini turut tular beberapa video apabila ada individu yang mendakwa mereka menerima suntikan vaksin ‘kosong’ di pusat PPV.
Antara situasi yang dialami mereka sama ada jarum suntikan vaksin diterima kosong dan tidak diisi dengan vaksin atau petugas di PPV hanya menyuntik jarum tanpa menekan bahagian atas picagari.
Dalam pada itu, beberapa aktivis pertubuhan bukan kerajaan turut mengaitkan perbuatan menyuntik picagari kosong dengan aktiviti penjualan vaksin.
Malah, mereka meminta CITF membuat siasatan menyeluruh tentang kemungkinan terdapat lebih banyak kes yang sama berlaku tanpa disedari penerima vaksin.
Laporan penuh sila lihat di SINI


Laporan dari Utusan Malaysia mendakwa sebanyak 13 laporan polis telah diterima berhubung dakwaan pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) sejak beberapa hari yang lalu di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes berlaku di PPV Kuala Lumpur diikuti Selangor (tiga kes) dan Kedah, Perak serta Melaka (satu kes).
Sila baca di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/vaksin-dijual-hingga-rm800-satu-dos-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Utamakan Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu

Utamakan Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 261 hits
CHINA ialah negara pertama diserang pandemik Covid 19 Meskipun kes kumulatif hanya 103 380 tetapi vaksin yang diberikan kepada rakyatnya adalah tertinggi iaitu 878 5 juta dos Walaupun graf pandemik telah melandai di negara berkenaan ia masi...
Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 214 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Beri Satu Dos Vaksin Anwar Cadang Bulan Mac Julai Baru Buat

Beri Satu Dos Vaksin Anwar Cadang Bulan Mac Julai Baru Buat

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 286 hits
Polisi memberi satu dos vaksin Covid 19 terlebih dahulu kepada semua rakyat telah diungkapkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak bulan Mac lalu Namun pelaksanaannya hanya dilakukan pada Julai 2021 akibat...
Vaksin Sinovac Akan Dijual 14 Juta Dos Wow Kaya

Vaksin Sinovac Akan Dijual 14 Juta Dos Wow Kaya

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 422 hits
Rafidah Aziz mendesak jawatankuasa pemantauan vaksin menjelaskan keputusan untuk membenarkan penjualan 14 juta dos Sinovac kepada syarikat swasta Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata rakyat tidak sepatutnya membay...
Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 306 hits
ARIF ATANHanya 47 6 peratus daripada populasi di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin setakat semalam Peratusan vaksinasi tersebut merangkumi populasi penduduk bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Selangor ...
Orang Sabah Diberi Keutamaan Suntik Satu Dos Vaksin Cansino

Orang Sabah Diberi Keutamaan Suntik Satu Dos Vaksin Cansino

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 301 hits
HAJIJI Noor mengadakan zoom meeting bersama Khairy Jamaluddin di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu hari ini Kota Kinabalu Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin covid 19 dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima...
Sabah Bakal Perkenalkan Hanya Satu Dos Vaksin Cansino

Sabah Bakal Perkenalkan Hanya Satu Dos Vaksin Cansino

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 272 hits
CanSino Sesuai digunakan untuk kawasan pedalaman di Sabah Faktor geografi tempat tinggal berselerak di pedalaman Sabah dilihat memberi cabaran kepada Program Imunisasi COVID 19 di negeri ini Namun Ada khabar gembira yang boleh diambil keraj...
Beri Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu Pn Terima Cadangan Anwar

Beri Satu Dos Vaksin Terlebih Dahulu Pn Terima Cadangan Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 320 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Kelonggaran Sop Individu Lengkap Dos Vaksin Diputuskan Selepas Aidiladha

Kelonggaran Sop Individu Lengkap Dos Vaksin Diputuskan Selepas Aidiladha

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Kelonggaran prosedur operasi standard bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin Covid 19 dan sektor perniagaan diumum selepas Hari Raya Aidiladha Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Seb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024