Nak Bayi Cepat Belajar Seawal 0 3 Bulan Boleh Rangsang Perkembangannya Terlepas Fasa Ni Rugi


“Alah, bayi baru lahir bukan tahu apa nanti dia akan berkembang sendiri”. Tahukah mak ayah yang sebenarnya kita dah boleh merangsang perkembangan bayi sejak dari lepas lahir lagi.
Tujuan merangsang perkembangan bayi bukan untuk jadikan bayi kita lebih genius dari bayi orang lain tapi untuk memastikan perkembangannya normal. Berikut adalah perkongsian Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi
Sepanjang pengalaman menjadi terapis, jangan terkejut kalau saya kata yang 70% mak ayah yang mempunyai anak kelewatan perkembangan tak tahu akan fakta ini dan terasa sayang sangat masa genting anak membesar sudah berlalu.

Walaupun bayi selepas lahir memang hanya terbaring, nampak macam tak faham apa-apa tetapi sangat rugi kalau mak ayah tak manfaatkan waktu ini untuk merangsang perkembangannya seawal mungkin.
NAK RANGSANG APA??
Jawapan saya, semua komponen perkembangan.  Mak ayah perlu ingat yang 100% perkembangan otak anak bawah 2 tahun bergantung kepada rangsangan deria. Perkembangan deria inilah yang akan mempengaruhi perkembangan skil anak di masa akan datang. Sewaktu ini anak tak pandai cari, semuanya bergantung kepada persekitaran dan rangsangan dari mak ayah sahaja.
RANGSANG BAYI 0 – 3 BULAN
Ini tips saya:
1. DERIA VISUAL 
– Memandang dan bercakap dengan jarak 8-10 inci kerana penglihatan bayi masih kabur-kabur lagi.
– Pemilihan mainan dengan warna dan corak yang kontra. Kontra yang kuat seperti merah, hitam dan putih.
– Tarik perhatian bayi dengan menggerakkan mainan dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan sebaliknya secara perlahan-lahan.
– Kerapkan senyum dan buat ekspresi muka semasa bercakap ataupun berinteraksi bersama bayi. Lagi “over” lagi bagus.
INI PENTING UNTUK:
Skil pertuturan, Skil Fokus, Persepsi Visual, Koordinasi Mata dan Tangan
2. DERIA AUDITORI 
– Bercakap dengan bayi menggunakan intonasi dan nada yang menarik serta berbeza-beza.
– Respon seperti berbual apabila bayi mula keluarkan bunyi selain menangis.
– Pemilihan mainan yang berbunyi seperti “rattles” dan mainan yang ada muzik.
– Goncang mainan yang berbunyi untuk tarik perhatian bayi dan gerakkan ke kanan dan kiri, atas dan bawah.
– Menyanyi atau berselawat bersama bayi.
– Dapatkan pemeriksaan pendengaran jika mak ayah dapati bayi tak respon terhadap suara mak ayah atau bunyi yang kuat. Lagi cepat lagi bagus.
PENTING UNTUK:
Skil Bahasa dan Pertuturan

3. DERIA SENTUHAN 
– Tak perlu pakai sarung tangan dan kaki sekiranya persekitaran tak sejuk serta mak ayah bersama bayi jika risau bayi tercakar muka.
– Urut bayi sejak hari pertama kelahiran.
– Pemilihan mainan yang pelbagai tekstur.
– Kerapkan kontak kulit ke kulit.
PENTING UNTUK:
Perkembangan Fizikal, Skil Motor Halus, Skil Motor Kasar, Kognitif, “Special Bonding’ Mak Ayah dan Anak, Skil Sosial dan Perkembangan Emosi
4. DERIA SENDI 
– Lakukan “Tummy Time” seawal baru lepas lahir. (Saranan saya selepas tali pusat bayi dah tercabut). Lakukan sekejap sahaja tetapi kerap. *Akan kongsikan di masa akan datang
– Urutan gusi.
– Kerap memeluk bayi.
– Membedung bayi melalui teknik yang betul.
PENTING UNTUK:
Skil Motor Halus, Skil Motor Kasar, Skil Menulis, Skil Pertuturan
5. DERIA RASA 
– Urutan gusi.
– Jangan terlampau halang bayi belajar menghisap tangan, jari atau mainan! Ia adalah normal semasa meniti perkembangan bayi.
– Mohon jangan beri bayi “rasa-rasa” makanan orang dewasa, boleh merosakkan perkembangan deria rasa anak.
PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan), Skil Pertuturan

6. DERIA BAU 
– Kerap memeluk bayi untuk beri bayi bau unik mak ayah.
– Beri masa untuk bayi mencari puting sekiranya menyusu badan.
– Tinggalkan baju yang telah dipakai berdekatan bayi semasa kali pertama tinggalkan bayi bersama orang lain.
PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan), “Special Bonding” Mak Ayah dan Anak
7. DERIA VESTIBULAR 
– Menggunakan buaian dengan cara yang betul.
– Mendukung bayi dengan pelbagai posisi.
– Meniarapkan bayi di atas “gymball”.
PENTING UNTUK:
Skil Motor Kasar, Koordinasi badan, Kesedaran Ruang, Posisi Tubuh
Sudah terlampau banyak kes yang saya jumpa dimana mak ayah menyesal tak bantu perkembangan anak sejak lahir dan baru sedar bila anak dah pun terlewat perkembangan.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi idea pada mak ayah cara merangsang perkembangan bayi seawal sejak lahir.
Kenapa kena rangsang?
1. Usaha.
Kita usaha dahulu, jika memang ditakdirkan bayi kita mempunyai masalah perkembangan ataupun sindrom/disorder di masa akan datang sekurang-kurangnya kita tahu yang kita sudah buat yang terbaik untuk rangsang anak sejak lahir.

2. Intervensi awal.
Rangsangan ini juga penting untuk memastikan tahap perkembangan bayi dan keperluan intervensi awal sekiranya memerlukan. Lagi awal bayi dapatkan bantuan terapi, lagi cepat “progress” perkembangan bayi.
Tips ini juga boleh digunakan untuk bayi pra-matang dan bayi yang ada masalah kesihatan sejak lahir (perlu tanya pendapat doktor/terapis yang mengendalikan kes anak).
Sekian, semoga bermanfaat untuk mak ayah yang baru sahaja mendapat anak, ibu mengandung atau mak ayah yang merancang mendapatkan anak. Boleh simpan siap-siap tips ini.
Selamat merangsang perkembangan anak!
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy Selangor & Johor

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Nak Bayi Cepat Belajar, Seawal 0-3 Bulan Boleh Rangsang Perkembangannya. Terlepas Fasa Ni Rugi!  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-bayi-cepat-belajar-seawal-0-3-bulan-boleh-rangsang-perkembangannya-terlepas-fasa-ni-rugi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kandungan Wawa Dah Nak Masuk 7 Bulan Kalau Boleh Aeril Nak Cukupkan 5 Anak

Kandungan Wawa Dah Nak Masuk 7 Bulan Kalau Boleh Aeril Nak Cukupkan 5 Anak

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 284 hits
Pelakon yang juga suami kepada Wawa Zainal Aeril Zafrel berkongsi berita gembira mengenai kehamilan keempat isterinya setelah peminat membuat teka teki Ini berikutan satu gambar yang dikongsikan ketika sambutan hari lahir anak sulungnya bar...
Ini Pilihan Karbohidrat Protein Buah Sayur Yang Boleh Diberikan Pada Bayi 6 8 Bulan

Ini Pilihan Karbohidrat Protein Buah Sayur Yang Boleh Diberikan Pada Bayi 6 8 Bulan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 327 hits
Bila anak dah mula boleh makan mama pasti terfikir apa lagi yang sesuai diberikan kepada si kecil Maklumlah mereka masih kecil pasti mama risau nak kenalkan pelbagai jenis pilihan makanan BAYI SAYA DAH BOLEH MAKAN TAPI NAK BAGI MAKAN APA Ra...
Tak Berbaloi Guna Paksaan Nak Anak Belajar Teknik Kena Tepat Baru Anak Tarik Minat Nak Belajar

Tak Berbaloi Guna Paksaan Nak Anak Belajar Teknik Kena Tepat Baru Anak Tarik Minat Nak Belajar

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 294 hits
Ibu dan bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya dan mampu menguasi pelbagai ilmu dengan baik Namun semua kemahuan dan keinginan kita pastinya tidak dapat bergolek tanpa usaha dari kita sendiri dan anak Namun paksaan bukanlah jalan...
Takut Nak Potong Kuku Bayi Bimbang Terkena Isi Jari Ini Cara Yang Betul Untuk Potong

Takut Nak Potong Kuku Bayi Bimbang Terkena Isi Jari Ini Cara Yang Betul Untuk Potong

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 292 hits
Aspek kebersihan dan kecantikan si kecil adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh setiap ibu bapa Pun begitu ramai ibu bapa terutamanya ibu bapa yang baru masih mengalami kemelut setiap kali ingin memotong kuku bayi mereka Untuk meny...
Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini

Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 256 hits
Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu Hal ini kera...
Boleh Tido Dalam Kuliah Saya Tapi Mintak Tolong Jangan Berdengkur Sobab Orang Sebelah Pun Nak Tido

Boleh Tido Dalam Kuliah Saya Tapi Mintak Tolong Jangan Berdengkur Sobab Orang Sebelah Pun Nak Tido

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 238 hits
Boleh Tido Dalam Kuliah Saya Tapi Mintak Tolong Jangan BERDENGKUR Sobab Orang Sebelah Pun Nak Tido Ustaz Syamsul Debat Lawak Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 240 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet kitar semula Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan ...
Boleh Tak Dapat Duit Dari Youtube I Tips Buat Orang Baru Nak Buat Channel Youtube

Boleh Tak Dapat Duit Dari Youtube I Tips Buat Orang Baru Nak Buat Channel Youtube

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 320 hits
Mulanya aku ingat nak tulis keperluan asas nak buat channel YouTube Tapi pikir pikir balik rasa tak payah lah Apa saja yang korang ada yang boleh rekod video dan suara gunakan dulu Upgrade sikit demi sedikit Oklah jom pergi kepada topik Kis...
Teringin Nak Makan Pani Puri Boleh Cuba Resipi Ini

Teringin Nak Makan Pani Puri Boleh Cuba Resipi Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 380 hits
Ada peminat makanan masyarakat India iaitu pani puri Biasanya tengok makanan ini dalam cerita Hindi atau Tamil Terutamanya dalam filem Dangal apabila Amir Khan bagi last call untuk anak anak dia makan pani puri sebelum mula hardcore trainin...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah