Takut Nak Potong Kuku Bayi Bimbang Terkena Isi Jari Ini Cara Yang Betul Untuk Potong


Aspek kebersihan dan kecantikan si kecil adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh setiap ibu bapa.

Pun begitu, ramai ibu bapa terutamanya ibu bapa yang baru, masih mengalami kemelut setiap kali ingin memotong kuku bayi mereka. Untuk menyelesaikannya, ikuti artikel yang dikongsi oleh Hello Doktor ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui petua untuk potong kuku bayi dengan berkesan.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
#1. Gunakan pengetip kuku bayi
Perkara yang paling penting dalam hal penjagaan kuku bayi adalah anda menggunakan pengetip kuku bayi apabila hendak memotong kuku mereka. Jangan sesekali anda menggunakan gunting atau pengetip kuku dewasa kerana ia adalah lebih besar dan boleh menyebabkan anda terlebih potong kuku bayi. Sebaiknya, gunakan pengetip kuku bayi yang mempunyai saiz yang lebih kecil dan bentuk yang lebih bulat, sesuai untuk si kecil anda.
#2. Potong kuku bayi di tempat yang terang
Ada segelintir individu terutamanya yang sudah lama bergelar ibu bapa, menganggap ini adalah sesuatu yang remeh dan boleh dilakukan dengan mudah. Disebabkan itu, ada ibu bapa yang memotong kuku bayi tanpa melihat kuku bayi dengan teliti malah ada yang melakukannya di dalam bilik yang gelap! Ini adalah cara yang salah kerana ia boleh menyebabkan anda tersalah potong alur kuku bayi lalu menyebabkan kecederaan kepada mereka.

#3. Potong kuku bayi ketika dia tidur
Jika si kecil anda merupakan bayi yang lasak, anda boleh memotong kuku mereka secara curi-curi ketika mereka sedang nyenyak tidur. Ini kerana jika anda mahu memotong kuku bayi yang aktif semasa mereka berjaga, ia hanya akan mendatangkan stres kepada anda ataupun kecederaan kepada bayi. Oleh itu, potong kuku bayi ketika mereka sedang nyenyak tidur tetapi, anda diingatkan untuk pasang lampu bilik terlebih dahulu sebelum melakukannya.
#4. Potong kuku bayi ketika dia mandi
Kuku bayi adalah sama sahaja seperti kuku individu dewasa yang mana ia adalah keras dan tajam. Bagi memudahkan proses memotongnya, anda boleh jadikan tabiat untuk memotong kuku ketika atau selepas bayi mandi. Ini kerana kuku bayi akan menjadi lembut selepas terkena air lalu memudahkan anda untuk memotong kuku bayi dengan tenang.
#5. Cara potongan kuku yang berbeza untuk jari tangan dan jari kaki bayi
Kebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa cara memotong kuku bayi adalah sama sahaja untuk jari tangan dan jari kakinya. Ia adalah tidak benar kerana ketika memotong kuku tangan bayi, anda perlu memotong mengikut alur kukunya. Namun jika memotong kuku kaki bayi, anda tidak perlu memotong mengikut alur kukunya tetapi potongan yang dicadangkan adalah secara lurus sahaja. Ini bertujuan mengelak sebarang kecederaan ketika memotong kuku bayi.
Jika berlaku sebarang kecederaan pada kuku atau jari si kecil, apa yang perlu dilakukan?
Paling penting, anda perlu bertenang dan jangan panik. Pertama sekali, basuh luka tersebut menggunakan air yang bersih. Kemudian, tekan sedikit luka tersebut menggunakan tisu atau apa-apa kain yang bersih untuk menghentikan pendarahan.
Menurut pakar, anda tidak disarankan untuk menampal balutan di jari bayi yang terluka kerana ia akan tertanggal dengan mudahnya apabila bayi memasukkan jari ke dalam mulutnya, lalu meningkatkan risiko bayi tertelan lalu tercekik balutan tersebut. Selain itu juga, jangan gunakan sebarang ubat pada luka bayi seperti ubat gamat kerana khuatir mereka akan menghisap jari mereka.
Jika luka pada jari bayi anda masih tidak sembuh atau makin teruk, segera bawa bayi anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan sebarang infeksi daripada berlaku pada luka yang dialami oleh si kecil kesayangan anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
The post Takut Nak Potong Kuku Bayi Bimbang Terkena Isi Jari? Ini Cara Yang Betul Untuk Potong! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/takut-nak-potong-kuku-bayi-bimbang-terkena-isi-jari-ini-cara-yang-betul-untuk-potong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Takut Nak Minum Air Gula Masa Mengandung Tak Susah Pun Kalau Ikut Step Betul

Tak Perlu Takut Nak Minum Air Gula Masa Mengandung Tak Susah Pun Kalau Ikut Step Betul

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 223 hits
Sebut sahaja minum air gula pasti ibu hamil seakan tidak sanggup untuk kembali melakukan rutin itu sekali lagi ketika hamil Sukar namun terpaksa Biarpun bukan setiap bulan proses yang satu ini menjadi satu ketakutan buat semua ibu Bimbang m...
Kenali Tanda Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya Pada Bayi

Kenali Tanda Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya Pada Bayi

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 243 hits
Kulit bayi lebih rentan dari orang dewasa kenali tanda tanda kulit sensitif pada bayi dan cara mengatasinya
Baru Nak Bertiktok Dah Dat0 K B4lik Comel Betul Part Last Tu

Baru Nak Bertiktok Dah Dat0 K B4lik Comel Betul Part Last Tu

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 233 hits
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik video mengenai kehidupan seharian menerusi saluran Youtube rasmi Mempunyai hampir 291 000 pengikut di Youtube penyanyi yang mesra disapa Tokti itu berkongsi pelbagai video me...
Hiburan 3 Cara Nak Maintain Perniagaan Semasa Pandemik Yang Last Tu Paling Penting

Hiburan 3 Cara Nak Maintain Perniagaan Semasa Pandemik Yang Last Tu Paling Penting

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 237 hits
Mat aku rasa perniagaan aku tak boleh survivelah mana ada orang nak datang Sedih rasanya bila melihat satu demi satu jenama terkenal tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi yang membebankan Jika jenama besar ...
Caprice Takut Nak Balik Malaysia

Caprice Takut Nak Balik Malaysia

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 267 hits
Caprice takut nak balik Malaysia Penyanyi rap Caprice mengakui pihak Polis Diraja Malaysia membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli melalui sesi Live di In...
Ada Orang Pas Tak Puas Hati Tapi Takut Nak Hentam Ulama Parti

Ada Orang Pas Tak Puas Hati Tapi Takut Nak Hentam Ulama Parti

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 341 hits
ZOLKHARNAIN ABIDIN Ada seorang dua lebai Pas dok bagi idea kepada saya suruh hentam ulama Pas Dia kata dia sendiri tidak berani nak tulis takut kena hentam balik Dia juga takut doa ulama Pas makbul Orang Pas ni rupanya penakut Dengaq ke sem...
Nak Doh Donut Super Gebu Boleh Ikut Cara Yatiekitchen

Nak Doh Donut Super Gebu Boleh Ikut Cara Yatiekitchen

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 323 hits
Bila dihidangkan dengan donut bergula ni siapa pun tidak menolaknya Tambah pula dapat yang lembut dan gebu Memang confirm tak cukup satu Nak buat doh yang gebu begini kenalah tahu tekniknya Mengikut tip yang dikongsi oleh bila nak buat doh ...
Kalau Bayi Tak Nak Menyusu Cuba Periksa Hidungnya Mungkin Tersumbat

Kalau Bayi Tak Nak Menyusu Cuba Periksa Hidungnya Mungkin Tersumbat

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 281 hits
Ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah hidung bayi tersumbat adakalanya membuatkan anak tidak mahu menyusu dan sukar tidur Ada ke kaedah rawatan untuk mengatasi masalah ini Masalah hidung bayi tersumbat Situasi hidung tersumbat atau n...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat