Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus Ini Tanda Tandanya


Kanser kolon di negara ini adalah penyebab kedua kematian dan nombor satu menyerang lelaki. (📸 ©bharian.com.my) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Najis Boleh Jadi Petunjuk Anda Alami Kanser Usus, Ini Tanda-tandanya! Jangan terkejut, kerana daripada bentuk dan warna najis, anda sebenarnya boleh mengetahui jika diri berisiko mengalami kanser usus atau tidak. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan bentuk dan warna najis kanser usus.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Apa itu kanser usus Sebelum mengetahui mengenai bentuk dan warna najis kanser usus, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai penyakit ini.
Kanser usus merupakan antara punca kematian berkaitan kanser tertinggi di dunia. Antara sebab di sebalik kematian yang tinggi ini adalah kekurangan gejala pada peringkat awal. Akibatnya banyak diagnosis berlaku apabila sel kanser telah merebak ke bahagian badan lain.
Kenal pasti simptomnya Tanda dan gejala kanser usus seperti:
Perubahan berterusan dalam tabiat usus seperti cirit-birit, sembelit atau perubahan dalam konsistensi najis Pendarahan rektum atau darah dalam najis Ketidakselesaan perut yang berterusan seperti kekejangan, berangin atau sakit Dapat merasai usus tidak kosong sepenuhnya Lemah badan atau keletihan Pengurangan berat badan tanpa sebab Kebanyakan individu tidak mengalami sebarang gejala pada peringkat awal. Jika gejala muncul, ia mungkin berbeza-beza, bergantung kepada saiz dan lokasi kanser dalam usus.
Kanser usus tahap 1 mempunyai manifestasi yang berbeza jika dibandingkan dengan penghidap kanser usus tahap akhir. Apa yang buatkan penyakit ini berbahaya adalah penghidap kanser usus peringkat awal kebiasaannya tak tunjuk sebarang simptom. (📸 ©hellodoktor.com) Fahami faktor risiko Berikut merupakan antara faktor risiko untuk mengembangkan kanser usus:
Usia Semakin meningkat usia, risiko untuk mengalami kanser usus menjadi tinggi. Kebanyakan kes berlaku pada mereka berusia 50 tahun ke atas.
Gaya hidup Gaya hidup tidak aktif fizikal Berat badan berlebihan atau obes Penggunaan alkohol berlebihan Merokok Etnik Individu daripada etnik Afrika-Amerika berisiko lebih tinggi berbanding yang lain.
Sejarah keluarga Anda berisiko tinggi jika ahli keluarga seperti ibu bapa, adik-beradik atau anak menghidap kanser usus.
Ia mungkin kerana kecenderungan genetik, terdedah kepada persekitaran yang sama atau kedua-duanya.
Sejarah keluarga atau diri menghidap polip Polip kolorektal adalah ketumbuhan bukan kanser yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian usus atau rektum. Ia perlu dibuang kerana boleh menjadi kanser pada masa hadapan.
Individu yang pernah menghidap polip usus atau rektum – khususnya berbilang polip – berisiko lebih tinggi untuk mengembangkan kanser usus.

Warna najis kanser usus Coklat Diet dan jumlah cecair hempedu menentukan warna najis. Cecair hempedu berwarna kuning-hijau dan fungsinya membantu mencerna lemak. Najis yang normal biasanya akan berwarna kecoklatan.
Warna najis kanser usus hijau? Walaupun mengejutkan, tetapi najis berwarna hijau mungkin bukan sesuatu yang serius. Ia mungkin kerana anda makan terlalu banyak sayuran atau makanan dengan pewarna hijau.
Ia boleh terjadi apabila makanan bergerak melalui usus terlalu cepat dan hempedu tidak sempat mencernanya.
Namun jika berterusan, lakukan pemeriksaan doktor.
PROSES kolonoskopi dilakukan dengan penggunaan satu tiub yang disambungkan ke alat perakam kamera video bagi memudahkan pemeriksaan keseluruhan kolon dan dubur. (📸 ©SHIDDIEQIIN ZON) Warna merah, antara warna najis kanser usus Najis merah boleh disebabkan pengambilan ubat berwarna merah, pewarna makanan berlebihan atau makan ubi bit. Namun ia harus kembali normal selepas satu atau dua hari.
Sebaliknya, jika merah terang mungkin petanda usus berdarah. Ia mungkin darah daripada buasir, jangkitan, keradangan atau kanser. Jika kerap berlaku, lakukan pemeriksaan doktor.
Jadi, adakah warna najis kanser usus hitam? Ia mungkin berlaku disebabkan pengambilan ubat atau suplemen zat besi. Namun jika ia tidak berkaitan (anda tiada mengambil ubatan tersebut), berjumpalah dengan doktor segera.
Najis berwarna hitam atau merah pekat dan berbau busuk mungkin menandakan saluran penghadaman mengalami pendarahan.
Perubahan bentuk najis Pendarahan daripada rektum antara gejala kanser usus. Sebarang perubahan pada najis boleh menjadi petunjuk tentang keadaan di dalam badan.
Najis yang nipis boleh menjadi tanda kanser usus. Jika pada bila-bila masa anda melihat najis halus dan nipis seperti reben, ia menunjukkan berlakunya perubahan dalam usus.
Perubahan tabiat pergerakan usus Cirit birit juga menyumbang kepada kematian kerana dehidrasi yang berlaku dalam badan. (📸 ©mstar.com.my) Cirit-birit Najis berair adalah perkara biasa dan mungkin disebabkan tindak balas terhadap ubat, tekanan, makanan tertentu atau jangkitan. Jika berterusan selama lebih 3 hari, doktor perlu memeriksa puncanya.
Sembelit Ia boleh terjadi disebabkan tabiat pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, tekanan atau dehidrasi.
Namun jika sembelit berterusan anda mungkin perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
Perubahan gaya hidup Beberapa petua berikut boleh membantu mengurangkan risiko kanser usus, seperti:
Buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh yang mengandungi vitamin, mineral, serat dan antioksidan memainkan peranan dalam mencegah kanser. Pelbagaikan pilihan buah dan sayuran supaya anda mendapat pelbagai vitamin dan nutrien Jika memilih untuk meminum alkohol, hadkan jumlahnya Berhenti merokok Lakukan senaman berkala setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap sesi Kekalkan berat badan sihat dengan menggabungkan diet dan senaman Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkaitan kanser usus, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan kepastian.
SOURCE: hellodoktor.com

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penyakit-sifar.blogspot.com/2024/04/najis-boleh-jadi-petunjuk-anda-alami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 216 hits
8 Tanda tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus 5 Pernahkah anda mengalami berdarah Artikel ini menerangkan apakah itu buasir berdarah punca punca terjadinya buasir berdarah dan tanda tanda buasir berdarah sebenarnya kanser usu...
Tanda Tanda Kanser Darah Dan 4 Komplikasi Serius Jika Tidak Dirawat

Tanda Tanda Kanser Darah Dan 4 Komplikasi Serius Jika Tidak Dirawat

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 191 hits
Tanda tanda Kanser Darah dan 4 Komplikasi Serius Jika Tidak Dirawat 14 Adakah anda mengetahui apakah itu Artikel kali ini menerangkan apakah itu kanser darah jenis jenis kanser darah punca punca kanser dan rawatan kanser darah Apakah itu Ka...
Lana Nodin Masuk Hospital Dah 4 Hari Tak Boleh Bangun Akibat Bengkak Usus

Lana Nodin Masuk Hospital Dah 4 Hari Tak Boleh Bangun Akibat Bengkak Usus

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 140 hits
Pelakon Lana Nodim masuk hospital dan dipercayai terkena jangkitan kuman pada bahagian usus dan menyebabkan ia bengkak Lana Nodin masuk hospital Pemilik nama Mazlina Hasan Nordin 46 berkata dia mula mengalami simptom sakit perut sejak beber...
Selamat Hari Kesedaran Autisme 2024 Apakah Autisme Dan Tanda Tandanya

Selamat Hari Kesedaran Autisme 2024 Apakah Autisme Dan Tanda Tandanya

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 247 hits
Selamat Hari Kesedaran Autisme 2024 atau dikenali dengan nama Hari Peduli Autisme sumber Hari Kesedaran AutismeHari Kesedaran Autisme disambut pada tarikh 2 April setiap tahun Sambutan ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedara...
Saya Hanya Setahun Bercinta Lee Mijoo Beri Petunjuk Bakal Kahwini Song Bumkeun

Saya Hanya Setahun Bercinta Lee Mijoo Beri Petunjuk Bakal Kahwini Song Bumkeun

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 123 hits
Selepas sah sedang bercinta kenyataan Lee Mi joo baru baru ini telah mendapat perhatian Artikel Berkaitan Pada minggu lalu agensi telah mengesahkan tentang hubungan antara Lee Mi joo dan pemain bola sepak profesional iaitu Song Bum keun Men...
7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu

7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 176 hits
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan diadakan 11 Mei ini susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong bakal menyaksikan gelombang politik baharu cukup unik sekali gus beberapa petunjuk wajar diberikan perhatian Pertama Dewan Undang...
Penjawat Awam Tidak Boleh Terima Duit Raya Dan Penerangan Hadiah Penjawat Awam

Penjawat Awam Tidak Boleh Terima Duit Raya Dan Penerangan Hadiah Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 260 hits
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penjawat awam tidak boleh terima duit raya Perkara ini telah dijelaskan oleh Unit Integriti MAFI Perkara ini juga telah termaktub dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 1998 Pegaiwai awam t...
Vettel Beri Petunjuk Akan Kembali Ke Formula Satu Selepas Berbincang Dengan Bos Mercedes

Vettel Beri Petunjuk Akan Kembali Ke Formula Satu Selepas Berbincang Dengan Bos Mercedes

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 104 hits
LONDON Juara dunia empat kali Sebastian Vettel telah mengisyaratkan bahawa beliau mungkin akan kembali ke Formula Satu selepas berbincang dengan bos pasukan Mercedes Toto Wolff Mercedes sedang mencari pemandu baru selepas Lewis Hamilton men...
Pencarian Eran Haya Belum Temui Petunjuk Positif

Pencarian Eran Haya Belum Temui Petunjuk Positif

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 92 hits
Identiti individu bernama Eran Haya didakwa dicari lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 Mac lalu belum dapat dikenal pasti Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ini kerana siasatan di peringka...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut